(News) Xiaomi Dilapor Sedang Bangunkan Telefon Yang Menuai Tenaga Matahari

Recommended Brokers


kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
6 Ogos 2019



Bateri adalah komponen yang paling lambat berkembang daripada sudut kemajuannya jika dibandingkan dengan SoC. Selain memperitngkat kapasiti bateri, pengeluar telefon sedaya upaya mengoptimumkan penggunaan bateri produk mereka melalui cara lain seperti penggunaan panel paparan cekap tenaga dan sebagainya.

Daripada makmal Xiaomi, ada berita tentang mereka mematenkan telefon yang dilengkapi panel solar untuk menguasakan telefon. Daripada imej yang dikongsikan, panel tersebut diintegrasikan pada bahagian belakang telefon, tempat yang biasanya kosong dan hanya ada cap jenama telefon saja.



Ia tidak menghairankan sebab kebanyakan telefon Xiaomi masa ini menggunakan kaca dan untuk jadikannya telap cahaya adalah sangat mudah.

Sejauh manakah idea ini akan direalisasikan tidaklah diketahui. Seperti yang anda ketahui, paten boleh difailkan dan disimpan tanpa perlu dikomersialkan.

Penggunaan panel solar untuk menuai tenaga daripada matahari, sungguhpun bersih, ia sangat tidak cekap kerana tuaian per keluasan panel solar adalah rendah. Misalnya, Aukey PB-P2, panel solar mudah alih miliki keluasan 1.5cm persegi hanya hasilkan 20W tenaga:


Panel solar sebesar ini hanya bekalkan 20W tenaga dalam cahaya optimum
 
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,722
Reaction score
1,808
Points
141
menarik..tapi dulu aku pernah beli powerbank yg ada solar panel...

bapak lambat charging....1% pun payah nak naik... last2 aku guna plug je untuk caj powerbank tu...senang sikit
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,905
Reaction score
718
Points
161
menarik..tapi dulu aku pernah beli powerbank yg ada solar panel...

bapak lambat charging....1% pun payah nak naik... last2 aku guna plug je untuk caj powerbank tu...senang sikit
ya


aku prnh ada apa nama tah rinho ka apa tah
 

John Nawi

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
4,851
Reaction score
104
Points
43
tak praktikal.. lebih mudah rosak hp
 

akundaktau

Legendary Member
Joined
Mar 6, 2013
Messages
10,727
Reaction score
179
Points
128
kurang praktikal... untuk telefon adventures mungkin okay..bagi mereka yang selalu pergi hiking...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register