Xiaomi Beri Respon Terhadap Tindakan Amerika & Ketenteraan China

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
17.01.2021 - Global, Xiaomi Memberi Respon Terhadap Tindakan Amerika – Mengatakan Tidak Terlibat Dengan Ketenteraan China; Pada awal pagi ini, kerajaan Amerika Syarikat telah menambah syarikat Xiaomi dibawah senarai yang disenarai hitamkan – sekaligus memerlukan semua pelabur dari Amerika Syarikat pada syarikat berkenaan untuk melupuskan pegangan dalam tempoh yang diberikan.

Perkara ini sekaligus memberikan impak terhadap harga saham Xiaomi – sekaligus ramai turut tetanya-tanya berkaitan dengan perancangan masa hadapan syarikat berkenaan yang mungkin sukar untuk terus memperluaskan pasaran.

Memberikan respon terhadap penyenaraian hitam oleh Amerika Syarikat ini, Xiaomi mengatakan mereka menawarkan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai dan juga komersial. Xiaomi turut mengesahkan yang mana mereka tidak dimiliki atau dikawal atau terkait dengan ketenteraan China, dan ia bukanlah sebuah “Syarikat Komunis Ketenteraan China” seperti yang diperkatakan oleh Amerika Syarikat.

Xiaomi turut mengatakan mereka akan mengambil langkah sepatutnya dalam melindungi kepentingan syarikat dan juga pemegang saham mereka.

Screenshot-3695.jpg

Sumber asal https://www.cnbc.com/2021/01/15/xiaomi-added-to-us-blacklist-of-chinese-military-companies-.html
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,528
Reaction score
1,196
Points
201
trump - huawei
biden - xiaomi


china on attack
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,320
Reaction score
1,545
Points
201
Huh sape la yg berharap biden akan berubah.. akan elokkan hubungan baik us china.. rupe2 nye biden tambah lauk.. haha
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,140
Reaction score
92
Points
80
skrg biden masih lagi takde kuasa...masih under trump
 
Sponsored Post
Top
Log in Register