BTC USD 103,258 Gold USD 3,231.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Android X Lancar Dua Pelan Langganan Baharu, Ada Pilihan Bebas Iklan Sepenuhnya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,578
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,578
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
Platform media sosial X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memperkenalkan dua pelan langganan baharu, Premium+ yang ditawarkan pada RM70/bulan dan Basic pada RM13.13/bulan. Merupakan pelan yang paling mahal buat masa ini, Premium+ yang boleh dilanggan pada RM70/bulan atau RM738/tahun. Menenerusi pelan ini, anda akan mendapat akses seperti:​
  • Tiada iklan dalam ‘Untuk Anda’ atau ‘Pengikut’
  • Rangsangan algoritma yang lebih besar dalam balasan
  • Akses penuh kepada alatan pencipta
  • Tanda semak biru
  • Keupayaan untuk memuat turun video
  • Siarkan video yang lebih panjang
  • Ciapan yang lebih panjang
Manakala pelan Basic, yang merupakan pelan paling asas ditawarkan X ini boleh dilanggan pada RM13.13/bulan atau RM140.57/tahun. Pelan Basic pula membolehkan akses seperti:​
  • Suntingan ciapan
  • Ciapan yang lebih panjang
  • Muat turut video
  • Siarkan video yang lebih panjang
Pelanggan pelan Basic juga akan mendapat akses rangsangan algoritma dalam balasan, namun dalam skala lebih kecil berbanding Premium+ atau Premium. Pelan Premium yang diperkenalkan pada awal tahun ini, kini boleh dilanggan pada harga lebih murah iaitu RM35/bulan berbanding RM50/bulan. Pun begitu, satu perkara yang perlu anda ambil maklum adalah langganan yang ditawarkan tadi hanyalah tersedia pada versi web dan bukannya pada peranti Android mahupun iOS. Tetapi kenapa ya tidak pelan tidak diperkenalkan untuk peranti mudah alih?

Berdasarkan spekulasi yang didengar, X tidak memperkenalkan pelan langganan pada platform mudah alih kerana untuk memintas bayaran tambahan yang dikaitkan dengan dengan aplikasi Google Play Store dan Apple Apps Store. X juga baru-baru ini mengumumkan bahawa penggunanya boleh membuat panggilan video dan suara secara terus daripada aplikasi. Di samping itu, X turut melancarkan langganan ‘Bukan Bot’ kepada pasaran terpilih.

 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register