BTC USD 27,965.8 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

X File - Mona Fandey (Main Puja Gambar)

jamal karim

Junior Member
Messages
52
Joined
Feb 19, 2012
Messages
52
Reaction score
3
Points
11
Biasanya saya tengok The Unbelievable setiap hari.Ia bermula pada pukul 12:30 malam dari Isnin hingga Khamis.Ia adalah dokumentari tentang hal-hal yang ghaib dalam berbahasa Kantonis yang diproduce oleh orang Hong Kong.Mereka selalu datang sekali-kala ke Malaysia atau Thailand. Dalam video ni, ditunjukkan preview mereka sedang memegang gambar Mona Fandey.Cuma tahu mereka mungkin sedang cuba menarik perhatian atau menyeru roh mona Fandey .Saya cuma boleh meneka mungkin tempat tu berdekatan rumah kejadian pembunuhan Dato Mazlan.

Dua hos Hong Kong tu kata tak pernah jumpa gambar orang yang begitu menakutkan.Lepas tu,seorang hos hong kong dan seorang pelakon singapore(atau tempatan?) masuk penjara dan cuba tinggal dalam bilik Mona Fandey dan tunggu tapi takde respon.Lepas tu,nak cari rumah Mona Fandey tapi sesat.

Jadi soalan yang tergantung di sini adalah siapa yang merasuk aktress tempatan tu yang pengsan.Hos-hos itu pun end segment dengan berpendapat bahawa Mona betul-betul "takkan mati" dan akan merasuk seorang lagi pada masa hadapan justeru pembunuhan akan berlaku lagi.Tapi saya pasti roh dia tak mampu kembali kerana ia dah berada di alam lain dan stuck there forever.Dan para pembaca thread ini pun tahu roh dia tak mampu kembali lagi kerana menurut ajaran Islam,roh tak boleh kembali ke dunia untuk menakutkan orang. Yang peliknya,kenapa mereka kata Mona Fandey pengamal Voodoo?Kata Voodoo Afrika lagi.Mereka ada buat kajian ke?
Saya search dekat Google cuma orang luar(yang guna bahasa Inggeris) yang kata ilmu yang digunakan Mona Fandey adalah Voodoo.Hakikatnya, kalau ilmu sihir siam pun pembaca Barat akan panggil Voodoo.Mungkin semua website bahasa Inggeris nilah yang mengelirukan krew Hong Kong ni.

















Amaran:Mungkin ada terlalu banyak adegan penyembahan cara tempatan(Hong Kong) Taoisme yang mungkin menyebabkan penonton berlainan agama rasa kurang selesa

link:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register