To Sell (WTS) KAMUS AL-FARID (Tri-Bahasa: Arab-Melayu-English)

CG Sponsors




kiemiftah

Fun Poster
Joined
Aug 3, 2008
Messages
591
Reaction score
27
Points
20


KAMUS AL-FARID BANTU CARI MAKNA DENGAN PANTAS
SUMBER : www.bharian.com.my/

Judul: Kamus Al-Farid Bahasa Arab-Inggeris-Melayu
Penulis: Dr Mohd Puzhi Usop, Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Norasmazura Muhammad,
Marzidah Hashim, Raja Munirah Raja Sulaiman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

KAMUS Al-FARID (yang bermakna unik) menggambarkan keunikan pendekatan digunakan bagi menghasilkan kamus ini. Keistimewaan kamus ini ialah ia mesra pengguna kerana dapat membantu mencari makna perkataan dengan pantas.

Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mencari kata dasar (masdar) sesuatu perkataan sebaliknya pengguna hanya perlu merujuk kepada huruf pertama setiap perkataan. Teknik atau pendekatan ini sangat membantu dan menjimatkan waktu.

Kekuatan kamus ini terletak pada penggunaan tiga bahasa, dimulakan dengan bahasa Arab, diterangkan secara sepenuhnya menggunakan tiga bahasa (bahasa Arab-Inggeris-Melayu).

Kata kerja suruhan yang dilengkapkan pada setiap kata kerja juga menjadikan kamus ini Istimewa dan pendekatan itu membantu menambahkan perbendaharaan kata serta memudahkan menggunakan kata kerja kerja dengan tepat.

Perkataan dalam kamus ini merangkumi pilihan perkataan yang penting, relevan dan sering diguna pakai dalam kehidupan seharian. Kamus Al-Farid juga memuatkan perkataan digunakan dalam sukatan pelajaran sekolah kebangsaan dan J-QAF.

Kamus Al-Farid sesuai untuk rujukan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, tenaga pengajar bahasa Arab serta mereka yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab. Ia juga menyediakan kata jamak selain perkataan sama erti dan berlawanan.
 
Top
Log in Register