BTC USD 62,022.8 Gold USD 1,766.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[WTO] OEM, State Distributor, District Stokist @ Retailer

7997

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2010
Messages
146
Reaction score
0
Points
10
Assalamualaikum Warga CG,

Kami, Capville Food (M) Sdn Bhd merupakan pengilang Bumiputera di Kajang yang mempunyai usahasama dengan pihak KoMARDI untuk mengusahakan pemprosesan makanan dan minuman yang berasaskan buah-buahan tempatan tanpa menggunakan perasa dan pewarna makanan. Jus minuman buah-buahan keluaran syarikat kami mengandungi jumlah asas buah yang tinggi dan kami mengutamakan manisan asli daripada buah-buah berkenaan semasa pemprosesan berbandingkan daripada pengunaan gula berlebihan sebagai manisan jus minuman.

Penglibatan kegiatan kami dengan MARDI banyak memberi input terkini berkenaan dengan aktiviti R&D syarikat khususnya dalam bidang pengeluaran jus minuman yang tidak mengandungi bahan perisa dan pewarna makanan. Pihak kami juga amat prihatin untuk mengekalkan jus minuman kami supaya tidak mengandungi sebarang kesan sisa kimia baik daripada bahan mentah (buah-buahan) hinggalah ke produk akhir. Buah-buahan terpilih saja daripada pengusaha ladang yang mengamalkan penanaman kaedah lestari (Natural Farming) akan digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan jus minuman keluaran syarikat kami. Ini adalah untuk menentukan bahawa buah-buahan tersebut bebas daripada terkandungnya sisa-sisa kimia yang akan memudaratkan kesihatan penguna.

Kami percaya bahawa pengguna hari ini amat sedar akan kebaikan produk-produk makanan yang berstatus HALAL dan juga yang tidak mengandungi kesan-kesan sisa kimia daripada pengunaan bahan-bahan seperti perisa dan pewarna makanan demi untuk menjaga kesihatan mereka. Demi untuk mengekalkan status HALAL dalam keluaran produk-produk syarikat, kami telah memperolehi sijil HALAL daripada pihak JAKIM. Nombor rujukan sijil Halal syarikat kami adalah: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 022-11/2009.

Buat masa ini, apa yang kami tawarkan adalah pembekalan jus buah-buahan segar tempatan yang mana di antaranya adalah jus mangga (Mango Juice: mengikut musim), jus limau kasturi (Calamansi Juice), jus markisa (Passion Fruit Juice) dan jus labu (Pumpkin Juice). Bukan itu sahaja, kami juga turut menawarkan perkhidmatan untuk memproses jus bagi pihak tuan/puan menggunakan Brand tuan/puan sendiri. Perbincangan yang lebih lanjut boleh la dibincangkan di sini.

Lantaran itu, di sini syarikat ingin menawarkan 2 pakej iaitu yang pertama (Package #A) adalah memasarkan produk2 keluaran syarikat kami dan yang kedua (Package #B)pula menawarkan pakej "contract manufacturing @ OEM" di mana pihak syarikat akan memenuhi semua kehendak pelanggan mengikut pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

PACKAGE # A
Straight Drink Juice (RTD - Ready-To-Drink)
Packaging: PP bottle : 300ml dan PET bottle : 2 Litre & 5.75 Litre

1. Calamnsi Juice (Jus Limau Kasturi)
2. Passion Fruit Juice (Jus Markisa)
3. Mango Juice (Seasonal)
4. Pumpkin Juice (Jus Labu)

Makanan Spara Pepejal (Semi solid Food)
Packaging: glass bottle : 220g dan 450g

5. Passion Fruit Jam (Jem Markisa)
6. Passion Fruit Puree (Puri Markisa)

Makanan dan Minuman Berkalori Rendah / (Low Calories Juice and Jam)
Packaging: PP bottle : 300ml : PET bottle : 2 Litre

7. Passion Fruit Juice + Stevia (Jus Markisa + Stevia)

Packaging: Glass Bottle : 205g dan 370g

8. Passion Fruit Jam + Stevia (Jam Markisa + Stevia)



PACKAGE # B
Contract Manufacturing @ OEM

Contract manufacturing @ OEM di sini membawa erti pihak kami menawarkan perkhidmatan kepada pihak yang berminat untuk memproses jus buah-buahan tempatan dari awal proses hingga ke akhir proses. Kelebihannya di sini, pihak berminat boleh memilikki jus asli buah-buahan tempatan tanpa perlu mengeluarkan modal untuk memiliki premis, membeli mesin dan peralatan untuk memulakan perniagaannya. Oleh yang demikian kos awal dapat dikurangkan, dan pihak berminat boleh allocate budget yang lebih untuk aktiviti pemasaran.

Beberapa pilihan boleh dibuat di mana,
- sumber buah-buahan tempatan,
- botol,
- mencetak label,
- rekabentuk label,
- kotak (carton box) dan
- resipi (boleh datang daripada pihak berminat ataupun daripada pihak kami berdasarkan persetujuan yang telah dipersetujui bersama.)


Yang penting di sini adalah untuk mencapai Win-Win Situation di antara kedua-dua belah pihak.
 
Sponsored Post

7997

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2010
Messages
146
Reaction score
0
Points
10
Banner+Fruits.png


Flyers+Inside.jpg

Fruit+Juices.png


MAHA INTERNATIONAL 2010

P1110994.JPG


P1120059.JPG


FLEA MARKET DI KELAB TASEK PUTRAJAYA

P1110529.JPG


SDSI DI MELAKA

P1110393.JPG
 

7997

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2010
Messages
146
Reaction score
0
Points
10
bleh try kat ukm nnt nie :D

boleh, boleh try untuk market UKM. Saya cadangkan Jus Labu dan Jus Markisa kerana kedua-dua jus ini boleh memberi tenaga dan mengelakkan daripada berlaku gastrik. Sangat sesuai untuk mereka yang mana jadual pemakanannya adalah tidak teratur.

Bagi student2 yang inginkan badan yang slim pula, boleh pertimbangkan jus limau kasturi dan juga jus markisa sebagai detox mechanism semulajadi.
 

amazinggold88

CG Top Poster Club
Joined
Nov 1, 2008
Messages
44,759
Reaction score
208
Points
123
boleh, boleh try untuk market UKM. Saya cadangkan Jus Labu dan Jus Markisa kerana kedua-dua jus ini boleh memberi tenaga dan mengelakkan daripada berlaku gastrik. Sangat sesuai untuk mereka yang mana jadual pemakanannya adalah tidak teratur.

Bagi student2 yang inginkan badan yang slim pula, boleh pertimbangkan jus limau kasturi dan juga jus markisa sebagai detox mechanism semulajadi.

1 botol yng ready to drink tu bape rege ek?
 

7997

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2010
Messages
146
Reaction score
0
Points
10
Harga Runcit

1 botol yng ready to drink tu bape rege ek?

Harga Retail adalah seperti berikut:

Untuk Semua Fruit Juice:

300ml : [24 bottles / carton]
RM 2.80 / bottle

2Liter : [ 6 bottles / carton]
RM 15.00 / bottle

5.75Liter :
RM 40.00 / bottle

Tiada nilai pesanan minima (MOQ) untuk Retailers dan Stockist.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register