WT Share: Dilema 'takut pasangan berubah hati' ...

CG Sponsors




ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
daku jalan-jalan terjumpa tulisan menarik di blog sahabat kita... Jom hayati jap :)


Deru ombak pecah berderai.. Mengulang pantai datang dan pergi.. Begitu kasih insan diibaratkan.. Bagai ombak merubah pantai..

Tika kasih melestarikan sayang..Semuanya indah dipandang mata..
tapi bila rasa benci terbit di hati, Rasa kasih dan sayang pun menyisih..

Tanda kasih yang abadi, Dalam senang jua dalam kesempitan sedia bersama.. mampukah?

Kasih Ilahi tiada bersempadan,Tak memilih siapa tidak berakhirKekal selamanya.. Kasihnya terjamin.. tak perlu diduga kesetiaanNya..

Di antara dua kasih: Kasih makhluk dan kasih Allah

Mudah dijumpai namun sukar untuk diperlihara permulaannya. Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya. Kasih sesama insan mengundang keredhan Allah jika dan hanya jika insan menghargainya dan memuliakannya...

serta sentiasa meletakkan kasih Allah number ONE before kasih manusia..

Kasih sayang Allah kekal selamanya.. Kasih manusia hanya sementara..


Manusia mungkin berubah.. faktor umur, persekitaran dan komitmen.. begitu juga kasih manusia.. sedangkan bila kita sayangkan org tu kerana Allah, kita kena terima hakikat bahawa yang akan membalas sayang itu adalah Allah.. bukan dia.. adakalanya bila Allah jauhkan kita dari dia, barangkali kerana kasih kita pada dia sudah melebihi kasih kita pada Allah..

Allah sayangkan kita.. setelah kita memberi hati kita padaNya, hati itu milik Dia.. Dia akan buat apa sahaja supaya hati itu kembali padaNya..

Mungkin si dia kesayangan kita berubah.. dan semakin berubah.. kita juga mungkin sedang berubah.. dan berubah tanpa disedari..

tatkala rumahtangga bergoncang, kembalilah kepada niat asal.. why did I married you? Because you ni baik? so.. bila tinggal yg buruk, should we divorce? sebab you ni soleh? so.. bila you tak buat usaha dakwah, kita dah tak sama wavelength (fikrah) ? sebab you ni hensem, bergaya, bla..bla..

I choosed you because of Allah.. I love you because of Allah.. And I married you because of Allah.. I am not perfect.. that's why He gave me you.. You might change, but I'm not afraid.. because Allah had promised that if I did something because of Allah, He will take care everything~ even your heart.. and my heart too..



coretan fisabilillah
 
Sponsored Post

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Allah MAHA MENGETAHUI segala-galanya... :)
 

venomous

Active+ Member
Joined
Oct 29, 2008
Messages
4,469
Reaction score
61
Points
30
thank TT....
info yg amat bgus....
Allah maha besar...
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Benarlah...

Cinta Allah cinta yang hakiki..
cinta manusia kepada Allah belum tentu terbit secerah mentari...

Cinta manusia kepada manusia adalah cinta Idhafi...
namun cintanya bisa meresap ke sanubari...

Ibarat Muhammad dan isteri al-awwali...
cintanya diterjemah menerusi lisani...
tidak pernah kering lidahnya memuji-muji..
beliau bagaikan hidup sentiasa di sisi..

Khadijah radhiallahu anha...Isteri sejati...
Pengukuh dakwah pengiring Nabi
Orangnya suci melahirkan Fatimah sang bidadari...
Zuriat suci yang kekal dan abadi...

fatimah dimanja dan disayangi..
hinggakan isteri lainnya merasa iri...
Fatimah juga wanita suci...
melahirkan pemuda2 yang lagak bistari..

Hasan dan Husein pemuda syurgawi..
Di sisi Nabi menjadi Qurratul Aini
Siang dan malam menjadi penyeri..
Jika mereka disentuh dan dimarahi..
menjadi murka akan Allah dan Nabi...

Sayyidina Ali sepupu Nabi..
akhirnya menjadi..menantu yang dicintai..
Kemurkaan Ali kemurkaan Nabi..
Kemurkaan Nabi kemurkaan Ilahi...

Itulah cinta yang hakiki. Cinta Allah kepada hambaNya cinta bersyarat..FirmanNya;

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله


"Katakanlah (wahai Muhammad) jika kalian mencintai Allah maka ikutlah aku maka kalian akan dicintai Allah"

Mengikut perintah Nabi adalah syarat bagi memperoleh kecintaan Allah...Setelah hampir belasan tahun Nabi mengajar umat untuk mendapatkan cinta Allah, baginda meminta upah yang bukan berbentuk wang dan kehormatan duniawi...hanyalah dengan mencintai ahli keluarganya menerusi.. Firman Allah:

قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة فى القربى

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta upah dari kerja dakwahku ini melainkan cinta kasih kepada ahli kerabatku"

para ulama diantaranya Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mardawaih menerusi kitab-kitab tafsir mereka dan ath-Thabrani di dalam Mu`jamul Kabir telah mengeluarkan riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas sebagai berkata: Setelah turunnya ayat ini, para sahabat bertanya Nabi siapakah al-Qurba yang diwajibkan kami mencintai mereka? Nabi menjawab:

علي وفاطمة وولدهما وأبناءها

"Mereka adalah Ali, Fatimah dan kedua anaknya juga keturunan darinya" (1)

1- Sila rujuk mengenainya: Ihya`ul Mayyit: Hadits No. 2, Manaqib Ali: Hal. 307. Bil 352, Dzakairul Uqba: Hal. 25 & 138, Mathalibus Suul: 1/21, Kifayatuth Thalib: Hal. 91, 93 & 313, Al-Fusulul Muhimmah: Hal. 11, Maqtal Husein: 1/1 & 57, Mustadrak al-Hakim: 3/172, Nuzm Durar Simthin: Hal. 24, Nurul Absar: Hal. 102, Majma` Zawaid: 7/103 & 9/168,As-Sawa`iqul Muhriqah. Hal.101,135-136, Syawahidul Tanzil. 2/130. Bil. 822-828, 832-834 & 838, Yanabi`ul Mawaddah: Hal.106, 194 & 311, Tafsir Kasysyaf, Tafsir Fakhrul Razi, Tafsir Baidhawi, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Thabari, Tafsir Qurthubi, Fathul Qadir, Ad-Durul Mantsur dan Tafsir Nasafi. Rujuk ayat Berkenaan.

Berdasarkan riwayat ini, baginda Rasulullah s.a.w telah menjelaskan maksud al-Qurba di dalam ayat tersebut adalah Ahlul Bait iaitu Ali, Fatimah, Hasan, Husein dan keturunan dari keduanya.

Cintai mereka adalah bukti cinta kepada Nabi, seterusnya sebagai bukti cinta kepada Allah s.w.t. Itulah cinta yang Hakiki
 

aqua84

Active+ Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
2,942
Reaction score
82
Points
30
daku jalan-jalan terjumpa tulisan menarik di blog sahabat kita... Jom hayati jap :)


Deru ombak pecah berderai.. Mengulang pantai datang dan pergi.. Begitu kasih insan diibaratkan.. Bagai ombak merubah pantai..

Tika kasih melestarikan sayang..Semuanya indah dipandang mata..
tapi bila rasa benci terbit di hati, Rasa kasih dan sayang pun menyisih..

Tanda kasih yang abadi, Dalam senang jua dalam kesempitan sedia bersama.. mampukah?
Kasih Ilahi tiada bersempadan,Tak memilih siapa tidak berakhirKekal selamanya.. Kasihnya terjamin.. tak perlu diduga kesetiaanNya..

Di antara dua kasih: Kasih makhluk dan kasih Allah

Mudah dijumpai namun sukar untuk diperlihara permulaannya. Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya. Kasih sesama insan mengundang keredhan Allah jika dan hanya jika insan menghargainya dan memuliakannya...

serta sentiasa meletakkan kasih Allah number ONE before kasih manusia..

Kasih sayang Allah kekal selamanya.. Kasih manusia hanya sementara..


Manusia mungkin berubah.. faktor umur, persekitaran dan komitmen.. begitu juga kasih manusia.. sedangkan bila kita sayangkan org tu kerana Allah, kita kena terima hakikat bahawa yang akan membalas sayang itu adalah Allah.. bukan dia.. adakalanya bila Allah jauhkan kita dari dia, barangkali kerana kasih kita pada dia sudah melebihi kasih kita pada Allah..

Allah sayangkan kita.. setelah kita memberi hati kita padaNya, hati itu milik Dia.. Dia akan buat apa sahaja supaya hati itu kembali padaNya..

Mungkin si dia kesayangan kita berubah.. dan semakin berubah.. kita juga mungkin sedang berubah.. dan berubah tanpa disedari..

tatkala rumahtangga bergoncang, kembalilah kepada niat asal.. why did I married you? Because you ni baik? so.. bila tinggal yg buruk, should we divorce? sebab you ni soleh? so.. bila you tak buat usaha dakwah, kita dah tak sama wavelength (fikrah) ? sebab you ni hensem, bergaya, bla..bla..

I choosed you because of Allah.. I love you because of Allah.. And I married you because of Allah.. I am not perfect.. that's why He gave me you.. You might change, but I'm not afraid.. because Allah had promised that if I did something because of Allah, He will take care everything~ even your heart.. and my heart too..



coretan fisabilillah
kdg2..tanpa kite sedar..bende nih berlaku....:):)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register