World Tennis Discussion @ CG

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,179
Reaction score
12,110
Points
1,906
Dua ujian positif itu dilaporkan terdiri daripada anak kapal dan penumpang lain, bukannya pemain.
#AWANInews #AWANI745 #HapusCOVID19

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan


Januari 16, 2021 13:25 MYT
COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan

Pemain Sepanyol Rafael Nadal (tengah) ketika tiba di Lapangan Terbang Adelaide bagi menyertai Terbuka Australia, 14 Jan, 2021. (Foto AP)

SEKUMPULAN pemain dan kakitangan Terbuka Australia diarah supaya dikuarantin selama dua minggu selepas dua individu dalam penerbangan mereka ke Melbourne diuji positif COVID-19.
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.


Dalam satu kes penerbangan dari Los Angeles yang mendarat semalam, dua kes positif dikesan sebelum dua pemain, Pablo Cuevas dan Santiago Gonzalez, tampil berkongsi sepucuk yang menyatakan: "Malangnya, kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa kesihatan bahawa dua orang dalam penerbangan QR7493 kami dari LAX yang tiba pada jam 5.15 pagi semalam dikesan positif COVID-19 melalui kaedah 'PCR' sejurus tiba di Melbourne."

"Ketua pegawai kesihatan telah memeriksa penerbangan itu lalu memutuskan bahawa setiap orang yang berada di dalam pesawat berkenaan perlu menjalani kuarantin dan akan dikurung di bilik mereka selama 14 hari."



Dua ujian positif itu dilaporkan terdiri daripada anak kapal dan penumpang lain, bukannya pemain.

Pemain akan dibenarkan berlatih selama lima jam sehari, namun mereka yang berada dalam penerbangan itu perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selama dua minggu.

Wilayah Victoria pada hari ini mencatatkan hari ke-10 berturut-turut tanpa kes baru dalam kalangan tempatan.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,179
Reaction score
12,110
Points
1,906
Dua penerbangan yang terlibat adalah dari Los Angeles dan Abu Dhabi.
#AWANInews #AWANIpagi #HapusCOVID19

Terbuka Australia: Tiga kes positif COVID-19 dikesan
Astro Awani
Januari 17, 2021 10:43 MYT
Terbuka Australia: Tiga kes positif COVID-19 dikesan

Sebanyak 17 pesawat disewa khas untuk membawa 1,200 pemain tenis, jurulatih, kakitangan dan pegawai ke Australia untuk kejohanan Terbuka Australia, dari tujuh destinasi antarabangsa.

TIGA kes positif COVID-19 dikesan dari penerbangan yang membawa pemain tenis, jurulatih dan pegawai ke Melbourne, bagi menyertai kejohanan Terbuka Australia.
Susulan itu, 47 pemain terpaksa menjalani kuarantin ketat di hotel, menurut laporan AP.


Pemain-pemain yang terlibat dengan dua penerbangan - dari Los Angeles dan Abu Dhabi - dikenakan kuarantin 14 hari, tidak dibenarkan keluar bilik hotel atau menjalani latihan, menurut pihak berkuasa kesihatan dan penganjur kejohanan pada Sabtu.
Terbuka Australia dijadual bermula 8 Februari.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, dua kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam penerbangan dari Los Angeles.
Kes positif ketiga pula ialah dalam penerbangan dari Abu Dhabi, menurut Tennis Australia.

Sylvain Bruneau, jurulatih pemain Kanada Bianca Andreescu, berkata dia dikesan positif ketika tiba dari Abu Dhabi. "Mereka yang lain dalam pasukan saya semuanya negatif."
Terdahulu, pihak berkuasa mengatakan semua penumpang dari penerbangan Los Angeles akan menjalani kuarantin di hotel selama 14 hari.

"Semua 66 penumpang lain dalam penerbangan tersebut telah dikenal pasti sebagai kontak rapat," menurut jabatan kesihatan negeri Victoria dalam satu kenyataan.
"Tiada pemain atau pegawai sukan yang akan dibenarkan meninggalkan kuarantin untuk mengikuti latihan.

"Semua kru penerbangan telah diuji negatif dan dibenarkan terbang tanpa penumpang untuk terus pulang."

Tennis Australia mengesahkan terdapat 24 pemain dalam penerbangan dari Los Angeles dan 23 dalam penerbangan dari Abu Dhabi.
Dua penerbangan itu merupakan antara 17 pesawat yang disewa khas untuk membawa 1,200 pemain tenis, jurulatih, kakitangan dan pegawai ke Australia untuk kejohanan tersebut, dari tujuh destinasi antarabangsa.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,179
Reaction score
12,110
Points
1,906
#melbourne Penganjur Terbuka Australia tidak melayan desakan pemain untuk melonggarkan peraturan proses kuarantin.
https://www.hmetro.com.my/.../tiada-perubahan-peraturan

Tiada perubahan peraturan


PEMAIN tenis Australia, Bernard Tomic dilihat menjalani latihan di biliknya. FOTO AFP

PEMAIN tenis Australia, Bernard Tomic dilihat menjalani latihan di biliknya. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Barisan pemain bintang yang perlu menjalani proses kuarantin di hotel menjelang saingan Terbuka Australia diberitahu bahawa mereka tidak akan menerima layanan istimewa untuk meninggalkan bilik bagi menjalani latihan.

Pihak berkuasa kesihatan Australia menolak permintaan melonggarkan peraturan pengasingan diri selepas pemain dilihat berlatih dengan memukul bola ke pintu, dinding dan mengubah kedudukan katil dalam usaha untuk menghadapi saingan Grand Slam pertama tahun ini.

Terbuka Australia dijangka berlangsung pada 8 Februari, namun ia mencetuskan huru-hara menjelang saingan itu apabila terdapat kes positif Covid-19 membabitkan tiga daripada 17 penerbangan khas yang membawa pemain dan kakitangan lain.

Seramai 72 pemain daripada tiga penerbangan itu dilabel sebagai kontak rapat empat kes positif Covid-19 dan tidak dibenarkan menjalani latihan di luar selama 14 hari bagi mengelak virus itu menjangkiti orang awam.

Beberapa pemain meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial berhubung situasi terkini itu.
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang dibenarkan untuk menjalani latihan dilaporkan menghantar senarai permintaan kepada penganjur kejohanan, antaranya meminta pemain dipindahkan ke kawasan perumahan yang berhampiran dengan gelanggang tenis.

Ahli Parlimen Victoria, Daniel Andrews membidas semula permintaan itu apabila berkata, pihak berkuasa tidak akan mengubah segala peraturan kesihatan yang ketat.
"Tiada layanan istimewa. Kerana virus itu tidak melayan anda dengan penuh istimewa, jadi kami tidak akan melakukannya," katanya.

Majoriti pemain lain dibenarkan untuk menjalani latihan selama lima jam sehari, tidak seperti individu lain yang memasuki Australia yang perlu menjalani proses kuarantin di hotel selama 14 hari.
Andrews berkata, setiap pemain sedar mengenai peraturan kuarantin yang ketat di Australia sebelum tiba di negara itu.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 12:12 PM


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,179
Reaction score
12,110
Points
1,906
#BHsukan Peningkatan satu tangga ranking WTA pemain Jepun itu, susulan kejayaan menjuarai tenis Terbuka Australia di Melbourne, kelmarin.
https://bit.ly/2ZAZDBe

Osaka kini nombor dua dunia


Februari 22, 2021 @ 9:10pm
TENNIS-AUS-OPEN-TROPHY_1613999390.jpg

Pemain Jepun, Osaka Naomi (tengah) memperaga trofi kejuaraan Terbuka Australia 2021 bersama pasukan kejurulatihannya di kawasan rumah kerajaan di Melbourne, Australia pada Ahad lalu. - Foto AFP.

PARIS: Naomi Osaka melonjak ke tangga kedua ranking WTA selepas menjuarai saingan Terbuka Australia, kelmarin sekali gus merekodkan gelaran Grand Slam keempat buat dirinya.

Bintang sensasi Jepun itu menewaskan Jennifer Brady dari Amerika Syarikat (AS) pada aksi final bagi menjulang trofi di Melbourne buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
Naomi, 23, merampas kedudukan Simona Halep yang menyaksikan kedudukan pemain Romania itu jatuh ke tangga ketiga ranking dunia selepas tewas di tangan Serena Williams pada aksi suku akhir.
Kedudukan Serena pula naik empat anak tangga ke kedudukan ketujuh biarpun gagal dalam misi untuk merekodkan gelaran major ke-24. Pemain AS itu itu tewas di tangan Naomi pada aksi separuh akhir.



Asheigh Barty kekal sebagai pemain nombor satu dunia biarpun tewas di tangan Karolina Muchova pada aksi suku akhir.
Ranking terbaharu WTA:

1. Ashleigh Barty (AUS) 9186 mata
2. Naomi Osaka (JPN) 7835 (+1)
3. Simona Halep (ROM) 7255 (-1)
4. Sofia Kenin (USA) 5760
5. Elina Svitolina (UKR) 5370
6. Karolina Pliskova (CZE) 5205
7. Serena Williams (USA) 4915 (+4)
8. Aryna Sabalenka (BLR) 4810 (-1)
9. Bianca Andreescu (CAN) 4735
10. Petra Kvitova (CZE) 4571 (-2)
11. Kiki Bertens (NED) 4505 (-1)
12. Belinda Bencic (SUI) 4010
13. Jennifer Brady (USA) 3765 (+11)
14. Victoria Azarenka (BLR) 3535 (-1)
15. Garbine Muguruza (ESP) 3320 (-1)
16. Johanna Konta (GBR) 3206 (-1)
17. Elise Mertens (BEL) 3060 (-1)
18. Iga Swiatek (POL) 3014 (-1)
19. Madison Keys (USA) 2962 (-1)
20. Marketa Vondrousova (CZE) 2952
*nota - ( ) kedudukan terdahulu
- AFP

 
Sponsored Post
Top
Log in Register