World Tennis Discussion @ CG

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226

With the @AustralianOpen all set to begin later this month, @RafaelNadal is all set to equal @rogerfederer's Grand Slam record! 😯💯🎾

Here's what he thinks about it! 👀🗣

#AusOpen #AusOpen2020 #RogerFederer #RafaelNadal
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226

Jerebu menyelubungi Arena Rod Laver lokasi Grand Slam Terbuka Australia yang ditangguh akibat asap beracun dari kebakaran hutan di Melbourne. - Foto AFP

Kelayakan Terbuka Australia ditangguh


MELBOURNE: Sesi kelayakan Grand Slam Terbuka Australia ditangguhkan hari ini ketika asap beracun akibat kebakaran hutan terus menyelubungi Melbourne, kata penganjur.

Keputusan untuk menangguhkan aksi pemain di gelanggang diikuti menamatkan aksi kelayakan itu berikutan masalah pernafasan semalam manakala pemain Kanada, Eugenie Bouchard memerlukan bantuan perubatan.

Waktu perlawanan dilanjutkan sejam daripada dijadualkan pada 1 petang dengan sesi latihan juga ditangguhkan.

“Keadaan di Melbourne Park sentiasa dipantau,” kata Tennis Australia.

Keputusan lanjut akan dibuat berdasarkan data dan rundingan bersama pasukan perubatan, kata Biro Meteorologi dan saintis Agensi Perlindungan Alam Sekitar Victoria.

EPA menyenaraikan kualiti udara di Melbourne, yang sebelum ini diletakkan sebagai antara terbaik di dunia, sebagai “sangat teruk” pada jam 9 pagi tetapi tidak pada tahap “bahaya” seperti dilaporkan semalam.

Sangat teruk bermakna udara diliputi asap atau debu dan orang ramai mungkin akan mengalami batuk dan sukar bernafas.

Masalah berkenaan terjadi berikutan kebakaran hutan sejak berbulan lalu di kawasan pedalaman Australia menyebabkan sekurang-kurangnya 27 terbunuh dan 2,000 tempat tinggal musnah. – AFP


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,778
Reaction score
6,869
Points
1,746
Harian Metro
9 min ·

#Melbourne Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dan juara bertahan, Naomi Osaka adalah antara penghalang utama Serena dalam usahanya untuk menyamai rekod kemenangan 24 gelaran Grand Slam yang dipegang Margaret Court dari Australia antara 1960 sehingga 1973. https://bit.ly/35TQJzp


Serena mahu tamatkan penantian


Share


Tweet



SERENA sedang memburu gelaran Grand Slam ke-24. FOTO AFP


SERENA Williams kembali kepada rentak kemenangan dalam usahanya untuk menyamai rekod memenangi 24 gelaran Grand Slam di Terbuka Australia.

Sensasi Amerika Syarikat itu mula menjadi tumpuan sejak 2017 apabila dia memenangi gelaran Grand Slam ke-23 di Melbourne namun selepas melahirkan anak dan kembali ke gelanggang, Serena tewas dalam empat final Grand Slam.

Bagaimanapun pemain berusia 38 tahun itu dilihat kembali kepada prestasi sebenar apabila menamatkan kemarau kemenangan selama tiga tahun dengan memenangi saingan Klasik Auckland.

Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dan juara bertahan, Naomi Osaka adalah antara penghalang utama Serena dalam usahanya untuk menyamai rekod kemenangan 24 gelaran Grand Slam yang dipegang Margaret Court dari Australia antara 1960 sehingga 1973.

“Kemenangan di Klasik Auckland amat penting untuk saya kerana ia dapat meningkatkan keyakinan.
“Saya tidak mahu terlalu terkekan untuk mengejar rekod. Saya hanya mahu memenangi gelaran Grand Slam sekali lagi,” kata Serena.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 2:30 PM


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226


Pemain Switzerland, Roger Federer (kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang Terbuka Australia di Melbourne, hari ini. - Foto REUTERS

Terbuka Australia diteruskan selepas cuaca baik


MELBOURNE: Suhu lebih sejuk dan cuaca cerah selepas hujan lebat semalam membolehkan pegawai meneruskan kelayakan untuk Terbuka Australia hari ini dengan ramalan menyatakan jerebu tidak akan melanda sepanjang hari.

Semua perlawanan awal di gelanggang luar Melbourne Park akan mengikut jadual asal manakala beberapa perlawanan yang sebelum ini ditunda kerana kualiti udara buruk atau hujan, dijadualkan semula lewat hari ini.

Penganjur teruk dikritik sejak dua hari lalu oleh pemain yang cuba untuk layak ke undian utama Grand Slam pembuka tirai musim ini kerana meneruskan permainan walaupun kualiti udara buruk akibat kebakaran hutan.

Australia mengalami rekod kebakaran hutan terburuk dengan kebakaran berlanjutan sejak berbulan lalu dan membunuh 28 orang, memusnahkan lebih 2,500 tempat tinggal dan hutan serta tanah pertanian seluas Bulgaria.

Beberapa pemain termasuk kelompok lima teratas wanita, Eugenie Bouchard berkata mereka menghadapi kesukaran bernafas ketika perlawanan.

Pemain Slovenia, Dalila Jakupovic terpaksa menamatkan permainan selepas mengalami masalah akibat batuk pada set kedua Selasa lalu dan mengkritik penganjur kerana meminta pemain meneruskan perlawanan. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226


Andy Murray tidak cukup cergas untuk bermain pada Terbuka Australia kerana kecederaan berulang. - Foto fail

Murray belum sedia kembali


LONDON: Andy Murray melambatkan kepulangannya dalam sukan tenis kerana pemulihan lebih lambat daripada jangkaan akibat lebam pada tulang kerana pembedahan pinggul tahun lalu, kata juara tiga kali Grand Slam itu kepada BBC.

Bekas pemain nombor satu dunia itu bermain pada Piala Davis November lalu tetapi mengambil keputusan pada lewat Disember bahawa dia tidak cukup cergas untuk bermain pada Terbuka Australia kerana kecederaan berulang.

Dia bagaimanapun berharap akan kembali ke kejohanan pada Februari.

“Lebam pada tulang mengambil masa lebih lama untuk sembuh daripada saya jangkakan, jadi saya tidak akan bermain di Montpellier atau Rotterdam pada Februari,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa atau meletakkan tempoh tertentu untuk pulih. Saya akan mendengar apa yang badan saya perlukan dan akan kembali ke gelanggang apabila masanya sesuai.”

Murray menjalani pembedahan pada permulaan 2019 apabila dia memberitahu wartawan pada Terbuka Australia tahun lalu bahawa dia kerap sakit dan kariernya tampak akan berakhir.

Pemain berasal dari Scotland itu bagaimanapun kembali Jun lalu dan bermain dalam acara beregu sebelum menyertai acara perseorangan pada Cincinnati Masters dan kemudian enam lagi kejohanan dengan dia menang di Antwerp. - Reuters


 
Sponsored Post
Top
Log in Register