World Tennis Discussion @ CG

Recommended Brokers


Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,443
Reaction score
8,699
Points
2,226


NAOMI gagal pada pusingan 16 terakhir Terbuka AS baru-baru ini. - FOTO Agensi
Naomi tukar jurulatih sekali lagi


BINTANG tenis Jepun, Naomi Osaka mengumumkan hari ini dia berpisah dengan jurulatihnya, perpisahan keduanya tahun ini ketika dia berusaha mengatasi kemerosotan prestasi dan ranking dunia.

Menjelang kejohanan Terbuka Pan Pasifik di Osaka, barat Jepun, pemain berusia 21 tahun itu mengumumkan dia tidak lagi berlatih di bawah kendalian Jermaine Jenkins, yang menyertai pasukannya selepas kejayaannya pada Terbuka Australia, Januari lalu.

“Saya menulis hari ini untuk memberitahu anda saya dan Jay tidak lagi bekerjasama,” luah Naomi dalam Twitter.

“Saya amat bersyukur dengan masa kami habiskan bersama dan perkara yang saya pelajari dalam dan luar gelanggang tapi saya berasakan kini masa yang tepat bagi perubahan... Terima kasih atas segala-galanya,” kata Naomi.

Naomi mencuri tumpuan dunia tenis apabila dia mengumumkan berpisah dengan jurulatih Sascha Bajin, yang mengemudi kejayaannya memenangi dua gelaran Grand Slam – Terbuka AS 2018 dan Terbuka Australia, Januari lalu.

Namun keputusannya sejak Melbourne mengecewakan. Dia tewas pusingan ketiga Terbuka Perancis di tangan Katerina Siniakova dari Republik Czech, 41 anak tangga di bawahnya dalam ranking dunia.

Dia kemudiannya mengalami kekalahan memalukan pada pusingan pertama di Wimbledon kepada Yulia Putintseva dari Kazakhstan sebelum tunduk pada pusingan 16 terakhir Terbuka AS bulan ini di tangan pemain Switzerland, Belinda Bencic.


 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,656
Points
1,346
Andreescu terima sambutan wira

16 September 2019 10:38 AM



KANADA 16 Sept. - Bianca Andreescu yang menewaskan Serena Williams dalam final Terbuka Amerika Syarikat (AS) menjadi pemain pertama Kanada menjuarai kejohanan Grand Slam menerima sambutan wira di negara kelahirannya.

"Saya sangat gembira. Kejayaan ini tidak hadir dalam semalaman. Banyak usaha dilakukan dan peluh mengalir untuk mencapainya," kata Andreescu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Datuk bandar Mississauga, Bonnie Crombie di daerah Toronto turut hadir dalam majlis tersebut.

"Dia menjadi inspirasi kepada rakyat Kanada baik tua atau muda namun jujurnya, menjadi inspirasi kepada remaja Kanada sebab dia membuktikan orang muda boleh melakukan apa sahaja," kata Trudeau.

Andreescu menewaskan Williams dengan kemenangan 6-3, 7-5 di Flushing Meadows, 8 September lalu. - AFP

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,443
Reaction score
8,699
Points
2,226


Andy Murray ketika beraksi di Masters Shanghai semalam. Pemain Britain ini sudah pun mengesahkan penyertaan di Terbuka Australia tahun depan. - AFP
Murray kembali beraksi di Grand Slam


MELBOURNE 8 Okt. - Selepas lama menyepi daripada acara perseorangan lelaki Grand Slam, Andy Murray akhirnya akan kembali beraksi dengan destinasi pertamanya adalah Terbuka Australia pada Januari ini.

Ini disahkan penganjur Terbuka Australia ketika mengumumkan barisan pemain yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Grand Slam pembuka tirai setiap tahun itu.

Ketika ini pemain berusia 32 tahun itu sudah mula berjinak-jinak menyertai beberapa kejohanan kompetitif dengan terbaharu di Masters Shanghai sepanjang minggu ini. Semalam dia menang ke atas pemain Argentina, Juan Ignacio Londero di pusingan pertama.

“Sah! Andy Murray akan kembali beraksi di #AusOpen pada 2020,” kata penganjur menerusi Twitter rasmi mereka hari ini.

Sebagai rekod, sudah setahun Murray menjalani pembedahan pinggul menyebabkan dia terpaksa berehat panjang. Bagaimanapun perlahan-lahan dia berjaya bangkit semula dan kini berada di ranking ke-289 dunia berbanding 503 seminggu yang lalu.

Bekas pemain No. 1 dunia sebelum ini pernah lima kali layak ke final Terbuka Australia dengan kali terakhir pada tahun 2016 namun tidak pernah sekali pun berjaya menjulang trofi kejuaraan.

Dia juga pernah menyatakan hasrat untuk bersara selepas Wimbledon tahun ini sambil menangis kerana tidak tahan lagi menanggung kesakitan di pinggulnya sebagai manifestasi kekecewaannya ketika itu. - AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register