World Islamic Nation ( Daulah Islamiyah yang akan menggantikan United Nation )

CG Sponsors




Sponsored Post

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.*

*Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, Keluarga Baginda, Para Sahabat Dan seluruh Umat Islam.*

*Ke hadrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia.*

*Sembah Patik Harap Di Ampun.*

*Per : Mencadangkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah Sebagai Perdana Menteri Bagi Kerajaan Interim Malaysia.*

Patik pacal yang hina, Dato Dr Mohd Ramalan Bin Yunus yang bermastautin di Setiawangsa, Kuala Lumpur, mohon berdatang sembah Ke Bawah Duli Tuanku.

Patik sebagai rakyat Tuanku menjunjung di atas batu jemala patik *Titah Perkenan Ke Bawah Duli Tuanku* atas *Proklamasi Dharurat* yang telah di isytiharkan oleh YAB Tan Seri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri Ke Bawah Duli Tuanku.

Pada hemat patik, *Titah Perkenan* tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, bijaksana, adil dan tepat pada masanya.

Ini kerana negara sedang berhadapan dengan suasana yang sungguh luar biasa dan sudah pasti menuntut kepada satu kaedah yang luar biasa juga bagi menghadapinya.

Negara pada masa ini bukan sahaja sedang menghadapi ancaman kesihatan akibat dari serangan pandemik Covid 19 tetapi juga turut di ancam kestabilan dan kesejahteraannya oleh krisis politik, kewangan dan ekonomi.

Namun ada satu lagi ancaman yang lebih besar yang tidak di sedari oleh banyak pihak adalah ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*

Ini adalah satu gerakan besar untuk menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sekular menjelang tahun 2030.

Atas dasar ini maka patik dengan segala rendah diri menyatakan bahawa *Proklamasi Dharurat* adalah tepat pada masanya.

Dan atas dasar tersebut juga patik berhasrat untuk mencadangkan agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah di perkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku untuk di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memimpin sebuah kerajaan interim bagi menangani pelbagai krisis yang timbul serta berusaha untuk menghapuskan ancaman yang datang dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*

Dan di harapkan kerajaan interim ini juga mendapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yang akan meletakkan kembali negara ke landasan yang sebenar sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan kembali prinsip-prinsip kenegaraan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Agenda Reset Malaysia juga merupakan satu pelan induk bagi mentransformasikan negara ini untuk menjadi,

1. Hub Digital kepada negara-negara Islam dan umat Islam khususnya dan seluruh penduduk di rantau Asia Tenggara.

2. Untuk menjadi pusat monetari, kewangan dan perdagangan Islam sedunia.

3. Untuk menjadi hub kepada produk-produk halal dan juga sebagai Bank Makanan Sedunia.

Pada hemat patik tidak ada tokoh lain yang boleh di harapkan dan di percayai di negara ini selain daripada beliau bagi mewakili Ke Bawah Duli Tuanku untuk meletakkan kembali kesejahteraan kepada rakyat Ke Bawah Duli Tuanku.

Untuk makluman Ke Bawah Duli Tuanku, ada 3 aset besar yang kini di bawah penguasaan seorang sahabat baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Yang Mulia Datu Abdul Aziz Bin Hussein @ YM Datu Aziz Chemor.

Aset-aset tersebut adalah,

1. Heavy Hydrogen @ Deuterium.
Konsesi yang bernilai Trillion Dollar US ini kini telah di perolehi oleh YM Datu Aziz Chemor. Konsesi ini adalah hasil kerjasama beliau dengan keluarga mendiang Presiden Marcos.

Sumber kekayaan baru ini telah menyebabkan kerajaan China berusaha untuk mengklaim bahawa Laut China Selatan adalah milik mereka.

2. Azizzerite @ Besi Paling Keras Di Dunia.

YM Datu Aziz Chemor adalah orang yang telah menemui sumber kekayaan baru tersebut. Besi tersebut mempunyai kekerasan melebihi 9.5 Moh's Scale.

Besi ini hanya terdapat di Malaysia. Ia terkandung di dalam Al Quran Surah Al Hadid, Ayat ke 25.

3. The Royal Heritage Fund.

Ini adalah merupakan aset2 rampasan Perang Dunia Ke Dua. Aset-aset tersebut juga kini berada di bawah penguasaan YM Datu Aziz Chemor sebagai Pemegang Amanah.

Bagi tujuan merealisasikan sumber- sumber kekayaan tersebut, kita di perlukan untuk bekerjasama dengan *Committee 300* yang di pengerusikan oleh Queen Elizabeth.

Atas kedudukan Queen Elizabeth maka tidak ada tokoh lain yang setaraf dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat mewakili Ke Bawah Duli Tuanku untuk menguruskan perkara ini.

Ini atas status beliau sebagai Ahli Kerabat Di Raja dan juga atas pengalaman beliau yang pernah di lantik menjadi Pengerusi Bank Dunia.

Tanpa kerjasama dari *Committee 300* maka agak sukar untuk kita mendapatkan aset-aset tersebut buat selama-lamanya.

Ketiga-tiga sumber kekayaan baru ini akan di letakkan di bawah *Tabung Amanah Di Raja* yang akan di letakkan di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.

Ini penting agar wang dan aset-aset tersebut dapat di gunakan sepenuhnya demi kepentingan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Negara Malaysia tanpa sebarang campur tangan dari pihak-pihak lain.

Tabung Amanah tersebut akan di bentuk setelah YBM Tengku Razaleigh Hamzah di perkenankan untuk di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Untuk mencapai hasrat yang telah tersebut di atas maka patik sekali lagi memohon agar kerajaan interim ini mendapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk beroperasi sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

Setelah 3 tahun patik juga memohon mencadangkan agar satu *Referendum Rakyat* di adakan bagi mendapat kan pandangan rakyat sama ada kerajaan interim ini perlu di kekalkan atau satu Pilihanraya Umum di adakan bagi membentuk sebuah kerajaan politik pilihan rakyat.

Di dalam era *The Global Reset 2021* maka ini adalah saat yang terbaik untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim yang bebas dari tekanan politik bagi melaksanakan agenda besar negara.

Agenda Reset Malaysia menepati agenda reset global yang bertujuan untuk mereset sistem monetari dunia dan perlaksanaan matawang digital dalam era *All Digital* pasca Covid 19.

InsyaaAllah, Agenda Reset Malaysia akan menjadikan kedudukan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain dalam G20.

Demi kepentingan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Negara Malaysia, patik sangat berharap agar hasrat dan cadangan patik ini mendapat perhatian dan perkenan dari Ke Bawah Duli Tuanku.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Raja-Raja Melayu menjadi payung Negara dan Negeri serta menjadi simbol kebijaksanaan dan keadilan sebuah negara bangsa senantiasa di limpahi dengan rahmat dari Allah SWT.

Sekian dari patik.

Ampun patik Tuanku. Sembah patik harap di ampun.

*Dato Dr Mohd Ramalan Bin Yunus.*

Setiawangsa, Kuala Lumpur.
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Single Currency For The Muslim's World.*

Antara pengisian dalam *Agenda Reset Malaysia* saya mencadangkan agar Malaysia menjadi *Monetary, Financial and Trade Center* kepada dunia Islam.

Kalau masyarakat Eropah dalam gagasan *European Union* boleh mempunyai *Euro Dollar* sebagai *single currency* mereka, mengapa dunia Islam tidak boleh ?

Kenapa umat Islam tidak kembali menggunakan *dinar dan dirham @ emas dan perak* sebagai media pertukaran dalam urusan perdagangan sesama mereka ?

Bukankah emas dan perak adalah duit Sunnah ? Dan ia di gunakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Bukankah emas dan perak mempunyai nilai yg sebenar ?

Kalau *fiat money* di mana nilai sebenarnya ?

Bukankah nilainya hanya berdasarkan kepada apa yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaan dan naik turun nilainya bergantung kepada bekalan dan permintaan dalam pasaran ?

Apa akan jadi kepada *fiat money* kalau sesebuah negara itu jatuh muflis ?

Sudah pasti tidak ada nilai. Macam duit Zimbabwe. Macam duit pisang zaman Jepun.

Lagi satu, di mana bagusnya idea *multi currency* seperti yang di amalkan oleh dunia pada masa ini ?

Dan yg paling menarik, semua matawang di dunia di sandarkan kepada *US Dollar* yang juga *fiat money* dan tidak mempunyai nilai yang sebenar.

Tau tak apa yang paling menarik dalam isu ini ?

Ia di anggap benar dan normal oleh semua pihak yang terlibat. Ia di anggap begitulah sepatutnya ia beroperasi dan tak perlu di ubah lagi.

Begitulah hebatnya indoktrinasi para elit global terhadap kita semua.

Perkara yang tidak masuk akal pun sudah jadi masuk akal kerana ianya sudah di anggap sebagai satu kebenaran dan normal oleh semua pihak.

Perkara yang jelas haram sudah jadi halal kerana semua pihak sudah menganggap ianya halal.

*Nauzubillahi min zalik.*

Semoga kita semua masih sudi di ampuni oleh Allah SWT kerana terlibat dalam *Konspirasi Riba'* yang terbesar di sepanjang zaman.

Oleh kerana itu sempena dengan *zaman reset* yang sedang di sambut secara besar-besaran di seluruh dunia, saya ingin mengajak anda semua untuk melihat isu ini dan menilai kembali amalan yang telah di anggap benar, halal dan normal oleh semua pihak.

Ayuh ! Sama-sama kita raikan zaman reset ini dengan kembali membincangkan perkara ini besar-besaran juga.

Perbincangan ke arah ini harus di munculkan dan di teruskan di tengah-tengah masyarakat Muslim.

Bincang dengan kawan-kawan, bincang dengan keluarga dan bincang dengan sesiapa sahaja.

Bincangkan apa itu *fiat money,* bagaimana ia di cipta, bila ia bermula, bagaimana ia di sebarkan ke seluruh dunia dll.

Bincangkan apa sahaja mengenai *fiat money.*

Ingat ! Sebagai Muslim ada kewajipan agama yang perlu kita penuhi.

Jangan lupa, kita sedang berada dalam zaman yang penuh dengan tipu daya. Segala yang kita pandang, kita dengar dan kita buat penuh dengan tipu daya.

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga anda, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
15 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Tegakkan SOP Allah SWT.*

*Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah di redhai-Nya bagi mereka, dan Dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang ( tetap ) kafir sesudah ( janji ) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.*

- Surah An Nur Ayat 55.

Pandemik Covid 19 seharusnya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam.

Kita melihat bagaimana bersungguh-sungguhnya kerajaan-kerajaan di seluruh dunia melaksanakan SOP yang telah di tetapkan oleh WHO.

Umat manusia di seluruh dunia mematuhi SOP tersebut. Ada yang di denda atau di penjara kerana melanggar SOP tersebut.

Bagaimana pula dengan SOP yang telah di tetapkan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya junjungan besar Nabi Muhammad SAW ?

Alangkah baiknya kalau komitmen yang sama di berikan untuk mematuhi SOP dari Allah SWT pemilik sekelian alam.

Sebab itu sejak dari awal pandemik ini berlaku saya cadangkan agar kita semua kembali mereset diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

*Agenda Reset Malaysia adalah agenda untuk merevolusi akhlak manusia agar kembali mematuhi SOP dari Allah SWT.*

Ini kerana Allah SWT telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka. Dan menukar keadaan mereka dari ketakutan kepada aman dan sentosa.

Proklamasi Dharurat sudah kita perolehi. Kita tunggu pembentukan sebuah *care taker govt* untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*

InsyaaAllah, dengan melaksanakan ARM dan kembali mematuhi SOP Allah SWT, kita akan bangkit menjadi satu negara bangsa yang akan menguasai dunia.

*The greatest wisdom of all time* adalah kembali menegakkan SOP Allah SWT.

*The greatest secret of all time* adalah meyakini dengan sepenuh hati setiap janji-janji Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Yakinlah bahawa dengan menegakkan kembali SOP Allah SWT, kita akan menjadi lebih hebat dari Amerika dan China.

Allah SWT tidak akan membantu mereka. Mereka bukan orang-orang yang beriman dan beramal dengan SOP Allah SWT.

Di sepanjang sejarah para Nabi dan Rasul, sudah banyak kerajaan yang besar tumbang di tangan para Nabi dan Rasul.

Pemerintah yang hebat seperti Namrud dan Firaun juga tumbang di tangan para Nabi dan para Rasul. Apalah sangat kalau di bandingkan Amerika dan China dengan mereka.

Apa yang kita perolehi dengan menegakkan SOP dari WHO ? Nak bersaing dengan Singapura, Vietnam dan Indonesia pun kita tak mampu.

Tapi kalau kita tegakkan SOP Allah SWT, Allah janji kita akan jadi *Penguasa Dunia.*

Kalau umat Islam yang ada di seluruh dunia tidak yakin dengan janji dari Allah, kita umat Islam di Malaysia *haqqul yakin* dengan janji Allah.

Kita sama-sama berazam dan bertekad untuk bernegara dengan SOP Allah SWT.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kepada Raja kita *Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah* untuk memperkenankan Proklamasi Dharurat yang akan memberi laluan kepada perlaksanaan *Agenda Reset Malaysia* tidak lama lagi.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Raja kita dan negara yang kita cintai ini.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
16 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : World Baitul Mal.*

*Riba'* adalah perkara yang cukup besar dalam kehidupan seorang Muslim setelah *Aqidah yang benar.*

Sekecil-kecil dosa Riba' adalah sama dengan dosa seseorang yang berzina dengan ibunya.

*Nauzubillahi min zalik.*

Ini dosa yang paling tidak masuk akal. Dosa yang seharusnya hanya di lakukan oleh orang-orang yang tidak waras @ terencat akal.

Mana mungkin seorang anak yang waras berzina dengan ibunya ?

Allah SWT dan Rasul-Nya sangat membenci Riba' malah mengisytiharkan perang terhadap para pengamalnya dan mereka yang terlibat dengan Riba'.

Tidak ada dosa lain yang Allah dan Rasul-Nya isytiharkan perang melainkan Riba'.

Berperang dengan Amerika dan China sahaja sudah sangat mengerunkan apalagi berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Mahu lari ke mana kita ?

Sistem monetari dan kewangan dunia yang berasaskan kepada Riba' telah menyebabkan dunia sentiasa di landa krisis kewangan. Dan ia juga telah menyebabkan jurang di antara yang kaya dan miskin menjadi terlalu besar.

Ramai yang sudah jatuh miskin dan melarat akibat Riba'. Sama ada individu, syarikat mahu pun negara.

Perkara seperti ini tidak wajar di biarkan terus berlanjutan.

Maka sudah sampai waktunya segenap perhatian dan usaha di tumpukan untuk memerangi Riba'.

Kesedaran dari seluruh umat Islam di Malaysia mahu pun di dunia sangat di perlukan dalam mengerakkan usaha ke arah memerangi Riba'.

Oleh itu sempena era *Agenda Reset Malaysia* maka Malaysia harus mempromosikan penubuhan sebuah *Baitul Mal Dunia @ World Baitul Mal* dan juga sebuah *Pusat Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Dunia* bagi tujuan untuk mewujudkan satu *pelantar tunggal @ single platform* untuk menjadi tapak *sistem monetari dan kewangan Islam dunia.*

Kaedah *multi platform* sebagaimana yang menjadi amalan sistem monetari dan kewangan dunia pada hari ini tidak mampu dan tidak sesuai untuk melaksanakan sistem monetari dan kewangan Islam.

Sebagai pemahaman yang mudah, *Single Platform Theory* adalah kaedah menggunakan *Single Balance Sheet* untuk sistem monetari dan kewangan Islam sedunia.

Hanya kaedah ini yang akan mampu membina kewangan umat Islam sedunia dan mampu menghapuskan Riba'.

*Sistem monetari dan kewangan Islam tidak boleh di dirikan di atas platform sistem monetari dan kewangan konvensional.*

Tidak masuk akal untuk bermain ragbi di stadium permainan bolasepak. Tiap sesuatu itu ada tempatnya yang tersendiri. Dan meletakkan sesuatu pada tempatnya, itulah yang di namakan sebagai keadilan.

*Keadilan dan kesejahteraan adalah matlamat Islam. Cara hidup mulia yang di redhai oleh Allah SWT.*

Buktinya, walau pun sistem perbankan Islam moden sudah wujud lebih dari 40 tahun namun ianya tidak mampu menyelesaikan masalah *Riba'* dan masalah pembiayaan *@ financing* peribadi dan perniagaan umat Islam. Apatah lagi untuk membantu pembiayaan negara-negara Islam.

Ini menjadikan umat Islam semakin lemah dan terus ketinggalan dalam arus perkembangan perdagangan dan ekonomi moden yang di kuasai oleh para elit global.

*Dan ia juga hanya menjadikan umat Islam semakin keliru dan merasa semakin di zalimi.*

Kalau dunia boleh mempunyai *World Bank, Bank of International Settlement dan IMF* untuk mengatur sistem monetari dan kewangan konvensional mengapa tidak dengan sistem monetari dan kewangan Islam ?

Sistem monetari dan kewangan Islam juga perlukan institusi-institusi kewangannya sendiri yang bersifat global dan sentral bagi memastikan ianya muafakat dgn Syariat Islam dan mencapai tujuannya.

Sudah ada gerakan2 seperti *Monetary Movement For Justice* yang di pimpin oleh *Prof Dr Ahmed Kameel* untuk menjadi *think tank* kerajaan Malaysia bagi merealisasikan agenda ini.

Kita ada ramai pakar dan ahli-ahli kewangan yang berpengalaman untuk membantu pihak kerajaan. Apa yang penting di sini, kerajaan hanya perlu tahu apa yang sepatutnya di lakukan.

Agenda seperti ini tidak perlukan pakar fizik atau *Rocket Scientist.* Kita bukan nak menjelajah Planet Marikh seperti *Elon Musk.*

Kita hanya nak melakukan sesuatu yang *down to earth* dan menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam. Kewajipan besar yang masih gagal di penuhi sehingga ke hari ini.

Semoga *care taker govt* yang akan di pimpin oleh *YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li* nanti akan memberikan penumpuan kepada agenda ini.

InsyaaAllah, agenda ini akan menjadikan Malaysia sebagai *Pusat Monetari, Kewangan Dan Perdagangan Islam Dunia.*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
17 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : The Royal Politburo Of Malaysia.*

Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang masalah sebenar dan utama kita di negara ini.

Ramai yang hanya melihat korupsi, salah guna kuasa, pecah amanah, *money laundering* dan kes seperti 1MDB sebagai masalah utama kita.

Pelbagai kecelaruan dan masalah yang timbul sehingga rakyat tidak merasai keadilan dan kesejahteraan di negara ini adalah kerana kita sebenarnya mengalami krisis perlembagaan sejak sekian lama.

Kegagalan kerajaan politik pilihan rakyat telah menjadikan seluruh institusi atau alat-alat negara tidak berfungsi sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

*Kerajaan politik selama ini telah gagal untuk mengemban amanah negara yang sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.*

Perjalanan negara dalam tempoh 40 tahun ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan politik telah memanipulasi alat-alat negara demi kepentingan politik mereka. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Dan ianya menjadi semakin ketara dan menjolok mata sejak PRU 14 sehinggalah ke hari ini.

Pandemik Covid 19 lebih menyerlahkan lagi aksi-aksi para pemain politik dalam memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan mereka. Bukan kepentingan rakyat dan negara.

Mereka di lihat sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kepentingan politik mereka.

Keperitan dan penderitaan rakyat tidak menjadi keutamaan dalam agenda perjuangan mereka.

Kepelbagaian ideologi yang menjadi pegangan pelbagai parti juga di lihat sebagai punca kecelaruan, perbalahan dan perpecahan yang berpanjangan di dalam masyarakat.

Rakyat dan negara kehilangan jati diri akibat larut dalam pertempuran kepelbagaian ideologi tersebut.

Pelbagai krisis yang timbul ini hanya merugikan dan memudharatkan rakyat dan negara.

*Negara sudah jauh terkeluar dari landasan yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Negara sedang menuju ke jurang kehancuran.*

*Sesungguhnya negara ini memang sedang berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Proklamasi Dharurat adalah keputusan yang tepat pada masanya.*

Oleh itu sudah sampai masanya sebuah badan yang bebas dari sebarang pengaruh dan kepentingan parti-parti politik di tubuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

*THE ROYAL POLITBURO OF MALAYSIA @ POLITBIRO DI RAJA MALAYSIA* perlu di tubuhkan demi menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

POLITBURO adalah sebuah badan yang bertanggung-jawab untuk merangka dasar-dasar negara dan juga hala tuju negara di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.

Penubuhan badan tersebut bertepatan dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Badan tersebut juga akan bertindak sebagai lembaga yang akan mengawasi perjalanan semua institusi-institusi negara agar menepati kehendak Islam sebagai Agama Negara.

Idea penubuhan sebuah POLITBURO mungkin tidak akan di senangi oleh para elit politik di negara ini.

Itu wajar. Ini kerana penubuhannya adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Bukan demi kepentingan para elit politik.

Jadi sewajarnya penubuhan POLITBURO ini akan lebih di alu-alukan dan di sokong oleh rakyat jelata berbanding oleh para elit politik.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
18 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0*

Pagi ini saya ingin mengajak anda semua terbang ke negara Paman Sam iaitu Amerika.

Kita perlu mengikuti perkembangan Amerika kalau kita bercita-cita untuk menjadi negara maju dan kuasa besar dunia.

Kita tinjau apa yang sedang berlaku di Amerika menjelang 20 Januari 2021 tarikh perlantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika yg baru.

Ramai yang menganggap apa yang sedang berlaku di Amerika adalah pertandingan di antara Trump dan Joe Biden atau di antara Republican dan Demokrat.

Sepatutnya memang begitu. Tetapi sekarang ini nampaknya sudah tidak begitu lagi.

Trump sebagai Presiden, mempunyai banyak peluru.

*1. SCOTUS* - dari sisi perundangan.
*2. Pentagon* - dari sisi Militari dengan *Executive Order.*

Sementara Parlimen pula mempunyai *Amendment 25, Impeachment, Electoral College dan Congress.*

Di barisan depan, Demokrat menggunakan Nancy Pelosi untuk meng-impeachkan Trump.

Kalau Trump di impeach maka pengantinya adalah *second in command* iaitu Naib Presiden, Mike Pence.

Apa yang Trump buat ?

Mike Pence di suruh mengundurkan diri. Jadi Amerika tidak mempunyai Naib Presiden pada masa ini.

Kalau di impeach maka kekuasaan tidak ada pejabatnya kerana Mike Pence sudah berundur. Jadi Presidennya tetap Mr Donald Trump.

Jadi apa yang Trump buat supaya *impeachment* ini akan di katakan sebagai makar @ kecurangan.

Jadi sebelum *amendment 25* di wartakan oleh parlimen, Presiden telah mengeluarkan *Executive Order.* Menerapkan *Insurrection Act of 1807.* Ini meletakkan negara dalam keadaan *Dharurat Perang.* Memberikan wewenang kepada Tentera untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Jadi sekarang ini, Pentagon yang mengendalikan pemerintahan setelah *Executive Order* di keluarkan.

Kalau *amendment 25* di keluarkan oleh parlimen makaTentera akan menganggap itu sebagai *Kudeta* terhadap Tentara dan Negara.

Keputusan itu akan meletakkan Pelosi, Biden dan Hillary dalam posisi dilema.

*Dan ini adalah satu peperangan di antara kekuasaan politik Tentera dan kekuasaan politik sivil.*

Trump adalah frontliner Tentera Pentagon. Manakala Biden dan Pelosi pula adalah front liner politik sivil.

Persoalannya sekarang, mengapa Tentera masuk ke dalam wilayah politik praktik ?

Pada saat ini di Amerika, Tentera sudah menganggap bahawa Sivil sudah keterlaluan dalam menjual negara kepada pihak luar. Sudah terlalu korup, sudah tidak boleh di kompromi lagi dan sudah tidak lagi bernegara kecuali untuk menguntungkan *Oligarki* dan kepentingan sekelompok orang sahaja. Bukan untuk rakyat Amerika lagi. Patriotisme dan Nasionalisme sudah hilang di Amerika.

Konstitusi dan kedaulatan Amerika terancam dengan politik sivil Amerika. Oleh kerana itu maka Tentera harus campur-tangan.

Konstitusi Amerika sudah tersasar jauh dari kehendak dan cita-cita *the founding father* yang membangun Amerika. Dan ini mahu di luruskan kembali oleh pihak Tentera dengan memasuki kancah politik aktif.

Politik sivil Amerika sudah sangat mewakili para Oligarki @ para elit global dan meminggirkan rakyat Amerika. Tentera sudah tidak boleh berdiam diri lagi.

Mereka saat ini sudah memperolehi *keris Taming Sari* versi Amerika iaitu *Insurrection Act 1807.* Jadi Amerika sudah bersiap sedia untuk *Perang Saudara 2.0*

Pada saya, inilah saat dan ketika atau masa yang paling sesuai kalau kita ingin mengalahkan Amerika.

Kita ada *Agenda Reset Malaysia* sebagai *Pedang Sakti* yang boleh kita gunakan untuk menguasai dunia.

Cuma persoalannya di sini, apakah *Proklamasi Dharurat* yang sudah di isytiharkan akan menjadi *tapak kebangkitan sebuah negara bangsa atau menjadi maqam perkuburan sebuah kedaulatan,* semuanya bergantung kepada kebolehan dan ketrampilan kerajaan PN di bawah kepemimpinan YAB Tan Seri Muhyiddin Yasin.

Kita hanya mampu berdoa agar beliau menumpukan segenap usahanya untuk membangun dan mensejahterakan negara. Bukan hanya sibuk menguruskan politik.

Suasana yang luar biasa memerlukan mindset dan sikap yang luar biasa. Dan ini yang akan menentukan hasil yang luar biasa.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
19 Januari 2021.



Kita juga dalam suasana dharurat seperti Amerika.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Raja Lawan Elit Politik.*

Nota saya yang bertajuk *Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0* mengundang persoalan mengenai apa sebenarnya mesej yang cuba saya sampaikan.

Ramai juga yang menyoal kenapa saya tidak berterus terang sahaja. Pening juga saya nak jawab soalan dari kawan- kawan itu.

Baik, macam ni la...

Secara peribadi, saya melihat ada sesuatu yang salah sejak dari awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

*Sistem politik Raja Berperlembagaan yang bersandarkan kepada Kedaulatan Islam telah di adukan dengan sistem politik Demokrasi Berparlimen yang bersandarkan kepada ideologi sekular, liberal, demokrasi dan kapitalis.*

*Kekuasaan Raja-Raja Melayu versus kekuasaan rakyat yang pada hakikatnya adalah kekuasaan para elit politik @ oligarki.*

*Monarchy versus Civil.*

Setelah 62 tahun masa berjalan, kekuasaan politik sivil ini, saya lihat telah gagal untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat rakyat dan negara.

Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adakalanya seperti tidak wujud.

Rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah sudah menjadi lumrah di mana-mana bahagian negara dan di semua jabatan.

Fitnah, pembohongan, penyebaran maklumat palsu @ hoax, manipulasi maklumat semakin bermaharaja lela.

Semua ini menjadi semakin parah dan semakin tidak terkawal setelah PRU 14 dan selama 22 bulan di bawah pentadbiran PH.

Kita mengharapkan akan ada perubahan yang besar apabila kerajaan PN yang kononnya kerajaan Melayu/ Islam mengambil alih pentadbiran.

Harapan hanya tinggal harapan. Kerajaan PN adalah kerajaan PH 2.0. Mereka meneruskan aspirasi kerajaan PH.

Ini tidak boleh di biarkan terus berlaku. Sesuatu perlu di lakukan demi kepentingan rakyat dan negara.

Saya sarankan *Proklamasi Dharurat* dan sebuah kerajaan interim *@ care taker govt.*

Sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili YDPA dan Raja-Raja Melayu @ kekuasaan monarki utk mengembalikan negara ini ke landasannya yang sebenar sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan serta menegakkan prinsip-prinsip kenegaraan yang terkandung dalam Rukun Negara.

Saya gariskan Visi, Misi dan Formula yang perlu di ikuti untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yang bukan sahaja akan memulihkan negara dari pelbagai krisis yang sedang melanda rakyat dan negara, bahkan ia juga berupaya untuk menjadikan negara ini berdiri setanding dengan Amerika dan China dalam Abad ke 21 pasca Covid 19.

Proklamasi Dharurat telah pun di perkenankan dan di isytiharkan. Namun mengekalkan TSMY dan kabinetnya untuk mengisi Proklamasi Dharurat menurut pengamatan saya, adalah satu kesilapan besar yang tidak wajar di lakukan.

Mana mungkin sebuah kerajaan yang sudah terbukti gagal mampu mengisi agenda Proklamasi Dharurat yang seharusnya melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*

Satu lagi yang paling penting adalah...

Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada *Gerakan Subversive Republik Malaysia @ GSRM* di belakang PH dan PN.

Sekiranya ini tidak di tangani dengan baik, ia akan mendatangkan kemudharatan yang besar kepada institusi Raja-Raja Melayu yang memegang amanah untuk memelihara Islam pada setiap masa di negara ini.

GSRM adalah ancaman besar kepada Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.

Kenapa kerajaan PH terburu-buru membubarkan *Institut Kajian Strategik Islam Malaysia @ IKSIM* yang di pimpin oleh Prof Dato Naser Disa ?

Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana IKSIM yang bertanggung-jawab mengangkat isu GSRM ke permukaan.

Mereka merasa terancam dengan pendedahan IKSIM.

Ada gerakan global di belakang GSRM. Apa yang sedang berlaku di Amerika dan di seluruh dunia, sedang berlaku juga di negara kita. Malangnya ia masih di anggap remeh oleh semua pihak walau pun IKSIM sudah berusaha mendedahkannya kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan juga masyarakat Malaysia.

Kenapa ? Persoalan yang masih sulit di temukan jawapannya.

Sehingga tertubuhnya *care taker govt* yang bakal di terajui oleh Ku Li atau tertubuhnya sebuah *Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja* yang khusus untuk menyiasat mengenai perkara ini maka kebenaran mengenai perkara ini akan terus di tutupi sampai bila-bila.

Suka atau tidak suka, saya ingatkan, *we are at war time. The monarchy versus the local elite @ oligarchy.*

Saya hanya berusaha sekadar yang saya mampu untuk menyelamatkan institusi Raja-Raja Melayu, rakyat dan negara ini.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
19 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Make Islam Great Again.*

Apa yang sedang berlaku di Amerika menarik perhatian dunia. Sebuah negara yang menjadi promoter demokrasi mengisytiharkan *dharurat perang.*

Apakah pesan politik dari Amerika kepada dunia ?

Apakah demokrasi sudah mati di Amerika ? Atau ada jurus baru dalam politik, *stay in power by all mean ?*

Saya suka Trump. Bukan kerana karakternya yang berwarna-warni tapi kerana dia seorang nasionalis yang *patriotik berperlembagaan.*

*Dia membuktikan kepada dunia bahawa perlembagaan negara lebih tinggi dari demokrasi*

Ini yang wajar kita pelajari dari Trump untuk bernegara secara cerdas. Dia seorang nasionalis yang patriotik *yang menjunjung tinggi perlembagaan negara berbanding ideologi politik.*

Trump sanggup berbuat apa sahaja demi melaksanakan sumpahnya sebagai Presiden Amerika untuk mempertahankan perlembagaan negaranya.

Slogan Trump, *Make Amerika Great Again @ MAGA* adalah slogan seorang nasionalis yang patriotik.

Sikap dan pendirian ini yang membuatkan Trump di sokong oleh sebahagian besar rakyat dan Tentera Amerika.

Wajar saja Trump tidak di senangi oleh para elit global.

Slogan nasionalis Trump ini yang menyebabkan berlakunya perang perdagangan, teknologi dan matawang dengan China.

Bagi saya, tidak timbul soal Trump gila kuasa. Apa yang sedang di lakukannya adalah untuk mempertahankan Amerika dari tangan-tangan para elit global.

Dunia tahu kecenderungan dan kemesraan Obama, Hillary dan Biden terhadap China.

Bagaimana pula dengan saya ? Apakah ini bermakna saya pro Amerika dan anti China ?

Tidak. Saya tidak pro Amerika atau anti China. Pro demokrasi atau anti komunis. Saya seorang Muslim. Saya pro Islam. Sebab itu nota saya pagi ini saya beri tajuk *Make Islam Great Again.*

Saya berangan-angan untuk menyaingi Amerika dan China. Saya mahu membuktikan kepada dunia bahawa Islam jauh lebih baik dari demokrasi dan komunis.

Saya juga seperti mereka, sanggup berbuat apa sahaja demi Islam dan negara. Saya harap anda semua juga begitu.

Sebab itu saya sentiasa mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Amerika dan China. Belajar dari mereka bagaimana cara mereka bernegara dan menjadi negara-negara kuasa besar di dunia.

Kita perlu belajar dari mereka secepat mungkin demi *survival* kita dalam era perang dunia ke tiga ini. Iaitu *perang teknologi, matawang, perdagangan dan bio-chemical.*

Kita perlu belajar bagaimana mereka menguasai dunia dengan jaringan media, ekonomi, dan militari.

*Trump dan Xi Jin Ping adalah dua orang tokoh nasionalis yang patriotik.*

Banyak yang boleh kita pelajari dari sikap dan pendirian mereka.

Ingat ! Kita ada kekuatan yang paling unggul dan mulia di dunia iaitu *ISLAM.* Cara hidup terbaik sebagai individu, keluarga, masyarakat dan bernegara.

*Ukhuwah Islamiyah* boleh mewujudkan jaringan diplomasi, media, teknologi, matawang, perdagangan dan militari yang paling hebat di peringkat global.

*Kita hanya perlukan seorang pemimpin yang berani, tegas dan ada hala tuju untuk mencapai hasrat kita.*

Dari 33 juta penduduk takkan tak ada seorang pun kot....

Lupakanlah hasrat dan impian sekadar untuk memenangi PRU 15. Impian tersebut terlalu kecil buat kita semua.

Saya sudah sampaikan, dalam sejarah bangsa Melayu, urusan politik adalah urusan Raja-Raja Melayu dan bangsawan Melayu. Bukan urusan rakyat jelata.

Urusan rakyat jelata adalah *Kesetiaan kepada Raja dan Negara.*

Kita serahkan kembali kepada kebijaksanaan dan budi bicara YDPA dan Raja-Raja Melayu untuk memilih seorang pemimpin baru dan membentuk sebuah *care taker govt* yang akan melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.* Agenda yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara terunggul di dunia.

*Let us MAKE ISLAM GREAT AGAIN.*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
20 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : The Greatest Book Of All Time.*

Saya pernah di jemput untuk meresmikan sebuah seminar antarabangsa yang bertajuk *' Quantum & Non Linear Optic '* yang di anjurkan oleh University Malaya pada 2 - 5 Februari 2018 bagi mengantikan *Dato Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif* pada ketika itu.

Di hadapan hampir seribu orang tetamu jemputan dan juga lebih dari dua ratus orang saintis dunia, saya menyatakan secara tegas bahawa, *" tidak ada gunanya kita membaca ribuan buku se umur hidup kita sekiranya kita tidak pernah membaca sebuah buku ini yang di panggil AL QURAN. "*

*AL QURAN is not a book of science. It is a book of signs.*

Pesanan yang saya tujukan khusus kepada para saintis dunia itu sebagai hadiah kerana sudi bertandang ke sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Saya berharap dengan saranan tersebut maka hati mereka terbuka untuk membaca Al Quran dan berkenalan dengan *Kebenaran Yang Hakiki.*

Al Quran adalah sebuah buku @ kitab yang memberi pertunjuk kepada jalan hidup yang benar. Baik hidup sebagai seorang individu, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara.

*Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan baginya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya ) ; dan merupakan pertunjuk bagi orang yang ( hendak ) bertaqwa.*

- Surah Al Baqarah Ayat 2.

80% kandungan Al Quran telah di buktikan kebenarannya oleh Sains Moden. Dan kalau 80% sudah terbukti benar maka yang 20% juga sudah pasti benar.

Biar pun sudah terbukti kebenarannya namun manusia masih juga tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.

*Sesungguhnya kami telah mengemukakan kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu, mereka khuatir akan mengkhianati amanat itu, dan di pikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.*

- Surah Al Ahzab Ayat 72

Sia-sialah kehidupan orang yang tidak pernah membaca Al Quran dan tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.

Maka kekallah mereka sebagai manusia yang amat zalim dan amat bodoh.

Oleh sebab itu, *Agenda Reset Malaysia* mengajak anda untuk kembali berpegang kepada Al Quran agar kita tidak terus kekal di dalam golongan manusia yang amat zalim dan amat bodoh.

Hanya Al Quran sahaja yang mampu mengajar kita tentang *Kebenaran Yang Hakiki* dan juga mengajar kita bagaimana mana untuk berlaku adil dan benar. Baik kepada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat mahu pun kepada negara.

Hanya dengan berpandukan kepada pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja baru kita akan dapat mencapai kejayaan yang hakiki baik di dunia mahu pun di akhirat.

Sudah sampai masanya sebagai sebuah negara bangsa untuk kita sama-sama kembali kepada Al Quran.

Hanya pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja yang akan menjamin kejayaan kita dalam perjuangan untuk membina keunggulan kita sebagai sebuah negara bangsa.

Kita berkewajipan untuk menunaikan amanah kita untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan di atas muka bumi ini. Untuk memerangi kebathilan dan kemungkaran yang sedang berleluasa di atas muka bumi.

Kebathilan dan kemungkaran yang di taja oleh para elit global melalui proksi-proksi mereka di seluruh dunia.

Dengan memiliki sebuah kitab sakti yang luar biasa kehebatan dan kemuliaannya mustahil kita tidak dapat mengalahkan agenda jahat para elit global.

Ayuh ! Marilah kita mulai membina hubungan kita dengan Al Quran. Kita mulai bertadarus walau pun dengan sepotong ayat pada setiap hari.

Yakinlah bahawa hidup yang di temani Al Quran itu akan lebih menyenangkan dan mendamaikan. Kita akan bertambah yakin dan bersemangat hari demi hari.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
21 Januari 2021.

www.worldislamicnation.blogspot.com
 
Sponsored Post
Top
Log in Register