BTC USD 47,949.000 Gold USD 1,702.090
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Islamic Nation ( Daulah Islamiyah yang akan menggantikan United Nation )

CG Sponsors




W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Tersungkur Di Pintu Syurga.*

Sidang Media TS Annuar Musa semalam, 6 Januari 2021, mengemparkan seluruh negara.

Sekiranya benar dakwaan beliau bahawa surat sokongan kpd DS Anwar yg bertarikh pada bulan Oktober 2020 itu benar, maka benarlah kenyataan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, DS Anwar Ibrahim bahawa TSMY sudah kehilangan sokongan majoriti.

*Ini bermakna kerajaan PN sudah tumbang sejak bulan Oktober lagi !*

Jadi,

1. Kenapa TSMY tidak membuktikan di parlimen bahawa dakwaan DS Anwar itu salah ?

2. Kenapa TS Annuar Musa dan rakan2nya yg mengetahui mengenai perkara ini terus berada di dlm kabinet ?

3. Kenapa kabinet tetap membentangkan belanjawan 2021 di parlimen ?

*Nauzubillahi min zalik !*

Ini namanya satu pengkhianatan secara berjemaah terhadap rakyat dan negara ini.

Komplot utk menipu YDPA, Raja2 Melayu, rakyat dan negara ini.

Manusia jenis apa diorg ni semua ??

Mereka ini semua patut di tangkap, di siasat dan di dakwa di mahkamah kerana berani menipu YDPA, Raja2 Melayu dan rakyat Malaysia.

Ingatkan PH sahaja yg menipu. Rupa-rupanya PN lebih teruk lagi.

Malas saya nak ulas panjang mengenai TS Annuar Musa dan sidang medianya. *To me he is just another baby cry* yg sdg meroyan kerana merasa haknya telah di rampas oleh *baby cry* yg lain.

Utk makluman, bagi saya, apa pun yg sdg di usahakan oleh Ku Li, DS Najib dan DS Zahid pada akhirnya adalah utk kepentingan Islam, Melayu, Raja2 Melayu dan negara ini.

Mereka sdg mencari formula yg terbaik utk menyelamatkan negara ini.

Sudah terbukti kerajaan PN tidak sah dan gagal utk memimpin negara.

Hari ini sudah genap seminggu kita berada di tahun baru.

Ini bermakna sudah lebih dari setahun kita di tipu, di perbodoh-bodohkan dan di takut-takutkan dgn propaganda pandemik Covid 19 oleh para elit global.

Sebagai sebuah kerajaan yg mempunyai pelbagai agensi dan jentera pentadbiran dan pengurusan, sepatutnya pada waktu ini, kerajaan sudah boleh membuat kesimpulan sama ada Covid 19 ini adalah pandemik atau plandemik.

Berhenti jadi kerajaan kalau masih belum mampu nak membezakan antara pandemik dgn plandemik.

Memang sangat mengecewakan melihat sebuah negara Islam yg berdaulat mempunyai sebuah kerajaan yg seperti lembu di cucuk hidungnya. Hanya menjadi pak turut kpd segala yg di sarankan oleh WHO.

Rakyat di paksa mematuhi SOP WHO walau pun pada sesetengah perkara ianya jelas bertentangan dgn Islam.

Kenapa perlu mematuhi SOP WHO ?

Bukankah sebagai umat Islam kita sepatutnya menyelesaikan segala masalah dlm kehidupan kita berdasarkan kpd ajaran2 Islam ?

Tak yakin ke yg Islam mampu menyelesaikan semua masalah manusia ?

Sgt mengecewakan apabila kerajaan hanya menguruskan pandemik sahaja tapi bukan menyelesaikannya.

Lebih malang bila satu-satunya jalan penyelesaian Covid 19 bagi kerajaan adalah dgn menyuntik rakyat Malaysia dgn vaksin.

Kerajaan jenis apa yg kita ada ini kalau solusi Covid 19 bagi mereka hanyalah vaksin ?

Terlalu jelas di mata rakyat bahawa kerajaan hari ini tidak mempunyai *consciousness and competency* utk berhadapan dgn cabaran yg sdg di hadapi oleh rakyat dan negara.

Kalau sudah begitu utk apa lagi di pertahankan kerajaan ini ? Apa faedahnya ?

Semakin lama kerajaan ini mentadbir negara maka akan semakin menderita rakyat jelata jadinya.

Dgn masalah ekonomi yg semakin meruncing dan kini sdg di landa pula dgn masalah banjir, rakyat benar2 memerlukan satu pasukan baru utk memimpin negara ini.

Hanya YDPA dan Raja2 Melayu sahaja yg mampu menyelamatkan rakyat dan negara ini dari terus di timpa bala dan bencana akibat dari kelemahan dan kegagalan kerajaan yg ada pada hari ini.

Saya bukan seorg ahli politik. Sebab itu jalan penyelesaian saya bukan PRU 15.

Saya seorg *visionary.* Saya melihat satu peluang yg cukup besar sdg terhidang di depan mata namun sdg di sia- siakan oleh byk pihak terutamanya oleh org2 politik.

*Times up ! Enough is enough. No more baby cry. We need big boys to run this country. Those who knows what to do and how to do it.*

Umat Islam dan umat manusia di seluruh dunia sdg menantikan kita bangkit utk menyelamatkan mereka.

Sedangkan kita pula masih terus membuang masa dgn kerenah2 kebudak-budakkan lagi.

Banyak lagi yg saya perlu tulis mengenai *Agenda Reset Malaysia.* Tapi tak apa la pagi ini kita ulas sikit tentang politik semasa.

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

Demi Melayu.
7 Januari 2021.
 
Sponsored Post

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Pedoman Bistari Yang Hakiki.*

Sekelian alam ini wujud dalam sebuah kesatuan di liputi oleh kekuasaan dan kebesaran Raja segala Raja. Pemerintah Sekelian Alam iaitu Allah SWT. Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Baik alam manusia mahu pun alam di luar manusia, semuanya saling berhubungan dan berkaitan di antara satu sama lain.

Dan manusia atas sifatnya sebagai *' sebaik-baik kejadian '* mempunyai potensi yg luar biasa dan tanpa batasan.

Potensi itu mengalir melalui dua komponen penting yg di miliki oleh manusia iaitu akal dan nafsunya.

Kekuatan akal dan nafsu ini yg menguatkuasakan hukum alam,

*THOUGHTS become THINGS.*

Akal dan nafsu yg mempunyai kekuatan dan potensi yg luar biasa ini sekiranya tidak di kawal akan menjadikan seseorg manusia itu boleh bertukar menjadi seekor raksaksa @ *monster.*

*" You wouldn't like me when I'm angry. "*

Kata *Dr David Banner* kpd *Mr Mc Gee,* seorg wartawan yg sentiasa mengekorinya dlm cerita *The Incredible Hulk.* Drama TV bersiri yg cukup popular pada lewat tahun 70an.

Kisah seorg lelaki yg baik dan terpelajar mampu bertukar menjadi *the green beast* apabila dia gagal menahan rasa marahnya.

Sejarah panjang manusia telah membenarkannya. Maka muncullah beberapa personaliti seperti *Firaun, Namrud dan Qarun* yg mewakili sisi buruk manusia yg gagal mengawal akal dan nafsu mereka.

Sebab itu Allah SWT menurunkan *Kitab SuciNya* melalui para NabiNya agar manusia sentiasa kekal pada statusnya sebagai *sebaik-baik kejadian.*

Dan di akhir zaman di turunkanNya *Nabi Muhammad Rasulullah SAW* bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Manusia perlu sentiasa berpegang teguh kpd buku manualnya iaitu kitab suci *Al Quran Al Karim.*

Ini kerana seluruh aspek kehidupannya adalah berkaitan dgn aspek budi pekerti @ akhlak yg mulia.

*Baik politik, ekonomi dan kemasyarakatan, dasarnya adalah moral. Dan moral dasarnya adalah agama. Tanpa agama tiada moral.*

*Al Quran adalah pedoman dlm kehidupan berbangsa dan bernegara.*

*Al Quran mengatur kehidupan manusia sesuai dgn fitrahnya sebagai SEBAIK-BAIK KEJADIAN.*

*Al Quran wajib di pegang sebagai aqidah, tuntunan ibadah, politik, perekonomian dan akhlak.*

Tidak wajar adanya *sekularisasi* dlm kehidupan sebagaimana yg terjadi di dlm politik.

Jika seorg *mukmin* meninggalkan Al Quran maka terbelah identitinya menjadi *sekular.*

Berlaku *split personality* apabila pada satu saat kita berpegang kpd Al Quran dan di satu saat yg lain kita meninggalkannya.

Kita menjadi *sekular* dan secara tiba-tiba menjadi pengikut *situational morality.*

Ahli politik yg meninggalkan Al Quran dgn kata lain telah menjadi *sekular* bahkan menjadi *atheis.*

Apabila menjadi *sekular* atau *atheis* semuanya bersifat *permisif @ semuanya boleh.*

Silakan, tetapi ingat, semuanya akan berakhir dgn kehancuran.

Ini yg sdg kita saksikan sekarang @ *the current reality !*

Setiap langkah atau dasar politik wajib berlandaskan kpd agama. Ini kerana langkah dan dasar politik yg akan menentukan kehidupan berbangsa dan bernegara.

Demi menjamin keadilan dan kesejahteraan maka wajib menerapkan *Islam secara Kaffah* dlm semua aspek.

Jadi amat penting dalam *Agenda Reset Malaysia* semua pihak kembali berpegang teguh kpd *Al Quran Al Karim.*

Luruskan niat dan berjuanglah utk mendapatkan keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

Demi Melayu.
8 Januari 2021
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,485
Reaction score
377
Points
46
Utk makluman, bagi saya, apa pun yg sdg di usahakan oleh Ku Li, DS Najib dan DS Zahid pada akhirnya adalah utk kepentingan Islam, Melayu, Raja2 Melayu dan negara ini.
lawak opera van java ke ni..
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Antara Fakta dan Auta.*

Hari ini baru sembilan hari kita berada dlm tahun 2021.

Suasana negara terus gegak gempita dgn isu politik yg semakin memanas. Sama naik dgn angka yg positif Covid 19.

Di akhir zaman terutamanya di zaman kita ini, zaman *social media @ socmed* susah kita nak bezakan yg mana fakta dan yg mana auta.

Terlalu nipis garis yg membezakan antara keduanya.

*Negara hilang arah tuju kerana sandiwara yg tercipta hasil dari kedunguan sebuah negara bangsa.*

Agak2 la kenapa saya buka cerita mengenai *the greatest wisdom of all time ?*

Ini kerana kita semua sdg di liputi dgn kabus kedunguan. Perkara yg mudah jadi susah. Perkara yg susah apatah lagi.

Dlm suasana hari ini, apa lagi tindakan yg paling bijaksana yg perlu kita lakukan selain dari kembali kpd Allah SWT.

Agak2 la, mahukah Allah SWT memberikan pertolonganNya kpd org2 yg tidak mahu bertaubat dan bermuhasabah diri ?

Makin hari kita menjadi semakin *zulmat.* Semakin tertutup pintu hati kita dari mendapat cahaya taufiq dan hidayah dari Allah SWT.

Ancaman kita pada hari ini bukan Covid 19, bukan krisis politik atau krisis ekonomi. Ancaman terbesar kita adalah *Kerajaan Perikatan Nasional.*

Kelemahan dan kegagalan kerajaan PN dlm mengurus dan mentadbir negara menjadikan keadaan semakin huru hara.

Saya hairan kenapa UMNO dan PAS masih mahu terus menyokong kerajaan yg seperti ini ?

Di mana perjuangan UMNO dan PAS yg kononnya hendak membela agama, bangsa dan negara ?

Kalau benar *Parlimen Malaysia* itu mewakili rakyat, sepatutnya parlimen sudah memecat kerajaan PN kerana kelemahan dan kegagalannya.

Tapi itu tidak berlaku. Gegak gempita sahaja yg lebih.

Saya sudah tulis sejak awal lagi. Bubarkan kerajaan PN. Gantikan dgn kerajaan interim. Kita reset Malaysia.

Berikan masa kpd kerajaan interim sekurang-kurangnya tiga tahun utk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*

Saya sudah berikan garis panduannya. Visi, misi dan formula bagaimana *Agenda Reset Malaysia* dapat kita laksanakan.

Cukup tiga tahun kita buat *Referendum Rakyat.* Sama ada kita mahu kekalkan kerajaan interim atau kita mahu satu PRU utk memilih dan membentuk kerajaan rakyat.

Saya bukan pengkritik yg hanya pandai mengkritik sahaja. Saya berikan solusinya.

Saya juga sudah berikan nama2 tokoh yg mampu melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* ini. Iaitu tiga tokoh dari Pantai Timur. *Tengku Razaleigh Hamzah, TG Hj Hadi Awang dan DS Najib Razak.*

Kalau mahu saya buktikan formula saya, saya bersedia utk membuktikan formula saya. Bila2 masa sahaja.

Sampai hari ini saya belum nampak lagi ada formula lain yg lebih baik dari apa yg telah saya sampaikan.

Kalau ada, mari kita bincangkan. Sama2 kita buat *comparative study.*

Malangnya, sampai hari ini tidak ada seorg pun wakil dari Istana, parlimen atau kerajaan yg menghubungi saya.

*Its ok. I'm fine. I don't have problem with that.*

Saya akan terus menulis setiap pagi. InsyaaAllah. Itulah cara saya berkomunikasi dgn Tuhan saya. *Zat Wajibul Wujud* yg memerintah dan menguasai sekelian alam.

Saya sampaikan hasrat dan harapan saya setiap pagi kpd Allah SWT melalui nota2 pendek saya. Semoga ia juga akan turut di *AMIN* kan oleh semua yg membaca nota2 pendek tersebut.

Saya luahkan semua isyarat yg telah di pancarkan ke dlm hati saya melalui tulisan saya.

Saya *Haqqul Yakin* dgn kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Saya *Haqqul Yakin* dgn *Sunatullah @ Hukum Alam @ The Universal Law.*

*THOUGHTS become *THINGS.*

Saya *Haqqul Yaqin* kita akan mendapat sebuah *kerajaan interim.* Saya *Haqqul Yaqin* bahawa *Agenda Reset Malaysia* akan dapat di laksanakan di negara ini.

Saya *Haqqul Yaqin* bahawa Visi, Misi dan Formula yg terkandung dlm *Agenda Reset Malaysia* akan menjadikan Malaysia sebagai tapak *Kebangkitan Islam dari Timur.*

Saya *Haqqul Yaqin* dgn janji2 dari Allah SWT. Saya *Haqqul Yaqin* dgn setiap apa yg telah di sampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Kepada sahabat2 yg sering mengikuti nota2 pendek saya, sentiasa bertaubat kpd Allah SWT. Sentiasa memohon keampunan dariNya. Sentiasa berdoa agar Allah SWT membantu rakyat dan negara kita.

Hanya pertolongan dari Allah SWT sahaja yg akan dapat menyelamatkan kita semua dari *Fitnah Dajjal dan sekutu2nya.*

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

Demi Melayu.
9 Januari 2021
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Mentari Merah Dari Ufuk Timur.*

Bukan calang2 org ahli parlimen BN yg telah menarik sokongannya dari kerajaan PN.

Beliau adalah YB Dato Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Macang yg juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Ini bermakna beliau bukan sahaja mewakili pengundi di Macang bahkan seluruh ahli2 UMNO di Kelantan.

Ini menjadikan kedudukan kerusi di Parlimen Malaysia 110 di pihak kerajaan dan 110 di pihak pembangkang.

Walau pun secara resminya ini belum mencukupi utk menyingkirkan TSMY sebagai PM Malaysia namun rakyat Malaysia sedia maklum bahawa *kerajaan PN sudah tumbang.*

Ini kerana rakyat tahu pendirian seorg lagi ahli parlimen BN dari Gua Musang iaitu *YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li* yg terus mempertikaikan keabsahan kerajaan PN dan menolak utk menghadiri pembentangan belanjawan 2021.

Bukankah itu bukti jelas yg menunjukkan bahawa beliau tidak menyokong kerajaan PN ?

*Oleh itu, dari sudut moral, kerajaan PN sudah tumbang.*

Tak salah kalau ada pihak yg mendakwa kerajaan PN masih boleh bertahan. Tetapi soalannya utk apa dan apa yg ingin di buktikan ?

*Apa pesan politik dan pesan moral yg ingin di sampaikan kpd seluruh rakyat Malaysia ?*

Silakan kalau mahu terus bertahan, tetapi ingat ! Ini akan menjadi catatan moral dalam sejarah Malaysia, proses sebuah bangsa dlm bernegara.

*Org yg beragama belum tentu berakhlak tetapi org yg berakhlak sudah pasti beragama.*

Jgn lupa peringatan besar dari Allah SWT dalam Surah Al Asr.

*Demi Masa !* *Sesungguhnya manusia itu dlm kerugian -*
*Kecuali bagi org2 yg beriman dan beramal soleh.*
*Dan mereka itu berpesan -pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn sabar.*

- Surah Al Asr.

Ini satu peringatan besar dari Allah SWT tentang peri pentingnya *Akhlak Yg Mulia* dlm kehidupan seorg manusia dan dlm kehidupan bernegara.

Hanya golongan yg mempunyai ciri2 yg di sebutkan itu sahaja yg akan beruntung apabila kembali semula ke perkampungan yg kekal dan abadi suatu hari nanti.

Mereka beriman kpd Allah dan RasulNya. Mereka mengabdikan diri kpd Allah SWT secara berjemaah. Saling mengingatkan antara satu sama lain dgn penuh kesabaran.

Bukan ilmu, bukan pangkat, bukan harta atau keluarga yg akan memberi keuntungan kpd manusia tetapi *Akhlak Yg Mulia.*

*Kpd YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yasin, saatnya sudah sampai. Terimalah kenyataan bahawa YAB Tan Sri perlu mengundurkan diri dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.*

Beri laluan kpd *Agenda Reset Malaysia* yg bertujuan utk mengembalikan sebuah negara bangsa ke landasannya yg sebenar.

Jalan lurus org2 terdahulu yg telah mendapat kurniaan nikmat dari Allah SWT. Bukan jalan org2 yg di murkaiNya. Juga bukan jalan org2 yg sesat.

Sebagai saudara seaqidah, saya hanya mampu mengingatkan YAB Tan Sri dan saudara2 yg lain dlm kerajaan PN kpd peringatan dan ancaman dari Allah SWT.

Saudara2 Ku semua sudah tersesat jauh. Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT peluang masih ada. Semoga Allah SWT masih sudi mengampuni segala dosa2 kita semua.

Ayuh, secara berjemaah sebagai sebuah negara bangsa kita jadikan tahun ini tahun *The Great Reset 2021* utk kembali ke jalan yg di redhai oleh Allah SWT.

*Agenda Reset Malaysia* adalah sebuah agenda *Revolusi Akhlak* yg telah di tunjukkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan agenda yg telah di tempuh oleh para sahabat.

Mengutip kata2 sahabat baik saya, *Dato Aziz Chemor,*

*" Tidak ada pelaburan yg terbaik selain dari melabur ke dalam TABUNG AMANAH SAHAM AKHIRAT. "*

*Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.*

Ayuh kita kembali kepadaNya dgn segala rendah diri utk memohon keampunan dan keredhaanNya sebelum kita di kembalikan kepadaNya secara paksa.

Sama2 saling mengingatkan antara satu sama lain sementara masa masih ada.

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

Demi Melayu.
10 Januari 2021
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Inilah artikel Pemuda Bani Tamim Guruku selain dari keluargaku yang amat cintakan Allah Rasulullah dan seluruh umat manusia .. jom kita jumpa dia wahai sahabat2 ku

Reset Malaysia : Minal Aidin Wal Faidzin.*

Kita sudah hampir pasti akan mendapat sebuah kerajaan baru. Kerajaan interim atau kerajaan politik hasil dari PRU 15.

Apa yg penting di sini bukan kerajaan yg macam mana yg akan kita perolehi tetapi hala tuju kerajaan tersebut ?

Pro kpd *The New World Order* atau pro kpd *Agenda Reset Malaysia ?*

Kalau kerajaan yg bakal tertubuh nanti adalah sebuah kerajaan yg pro kpd agenda *The New World Order* maka ini sgt merbahaya buat rakyat dan negara ini.

Pertama, keadaan ekonomi kita akan semakin parah dan akan di reset sesuai dgn kehendak mereka.

Kedua, masyarakat akan terbelah dua. Satu pro vaksin dan satu lagi anti vaksin. Saling berbenturan dan berpanjangan.

Lebih malang lagi, kerajaan yg pro *NWO* ini nanti akan bersikap otoriter @ *authoritarian* utk memaksakan kehendak mereka kpd rakyat.

Vaksin yg sepatutnya menjadi pilihan kpd rakyat akan menjadi wajib pula utk rakyat.

Negara akan menjadi semakin tersesat jauh dari landasan sebenar yg telah di tetapkan oleh Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya kita tidak berhati-hati dari skrg, menjaling 2030 negara kita akan berubah menjadi *Republik Sekular Malaysia.*

Kita bukan lagi sebuah negara Islam dgn sistem pemerintahan *Raja Berperlembagaan.*

*Islam, Hak Istimewa Org2 Melayu dan Institusi Raja2 Melayu* akan di hapuskan.

Saya bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa. Tetapi kita semua perlu tahu dgn apa yg sdg berlaku skrg dan kemana sebenarnya kita sdg di heret secara perlahan-lahan.

Ramai yg masih belum sedar bahawa *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM* semakin agresif skrg.

Kenapa tiba2 muncul beberapa buah restoran yg di hiasi dgn *simbol2 komunis ?*

Apakah itu hanya kebetulan ?

Isu penerokaan tanah secara haram oleh pengusaha2 durian *Musang King.* Apakah itu juga kebetulan ?

Apakah yg ingin di kuasai ? Tanah atau hasil yg ada di bawah tanah tersebut ?

Bagaimana pula dgn isu daging import yg tak halal ? Adakah ini juga satu kebetulan atau memang sudah di rancang ?

Jgn hanya melihat apa yg sdg berlaku. Tetapi berusaha utk melihat apa yg sdg mengerakkan sesuatu peristiwa itu berlaku. Gerakan yg berada di belakang layar.

Kehidupan berbangsa dan bernegara tidak semudah yg kita sangkakan.

Dalam era *Globalisasi @ Dunia Tanpa Sempadan,* ancaman dtg dari segenap penjuru.

Sama ada kita tahu atau tidak. Sedar atau pun tidak. Suka atau tidak suka. Negara kita adalah sebuah negara Islam. Musuh2 Islam akan terus berusaha dan berusaha utk menghancurkan negara kita.

Sebagai umat Islam, musuh akan berusaha mendekati kita dan memperalatkan kita dgn pelbagai kaedah dan cara *agar kita menjadi musuh Islam, Melayu dan Raja2 Melayu.*

Tujuan mereka adalah satu. Iaitu utk menghancurkan keyakinan kita dan cara hidup kita yg bersandarkan kpd Islam.

Musuh2 Islam sentiasa menganggap bahawa Islam adalah penghalang kpd kehendak dan cita2 mereka.

Mungkin ada pihak yg menganggap saya ini terlalu taksub dgn *Teori Konspirasi.*

Saya seorg Muslim. Agama saya mengajar saya utk mengamati tanda2 Kiamat di akhir zaman.

Kita sdg memasuki fasa *Kebangkitan Islam Dari Timur.* Sudah pasti kita yg menjadi sasaran kpd musuh2 Islam.

Saya bukan memperjuangkan *Interim Govt* utk mendapatkan sebarang jawatan atau ganjaran. Saya sdg bersedia utk kembali ke pangkuan Tuhan saya, *Allah SWT @ Zat Wajibul Wujud.* Tuhan yg menguasai sekelian alam.

Saya hanya berharap agar nota2 pendek saya menjadi wasiat yg bermanfaat buat anak bangsa saya apabila saya sudah tiada lagi suatu hari nanti.

Buat masa ini, saya tidak nampak ada tokoh lain yg mampu menjaga Islam, Melayu dan Raja2 Melayu selain dari *Tengku Razaleigh Hamzah, TG Hj Hadi Awang dan DS Najib Razak* dari ancaman *GSRM* dan memacu negara menuju kegemilangan.

Dan saya tidak nampak ada *political operator* di belakang layar yg sehebat sahabat baik saya *Dato Aziz Chemor.*

Buat Dato Aziz Chemor, *I am truly honoured to know you and to be able to fight beside you.*

Apa pun yg bakal berlaku selepas hari ini, saya redha dgn sepenuh hati dgn keputusan dari Allah SWT.

Minal Aidin Wal Faidzin @ *Semoga kita semua tergolong dlm golongan yg kembali ( ke fitrah ) dan berjaya ( perjuangan menegakkan amar maaruf nahi mungkar )*

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negara nya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
11 Januari 2021
 

userun

Super Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,405
Reaction score
75
Points
80
darurat politik pula...
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Let's Start A Brand New World.*

*Know yourself and know your enemy. The outcome of every battle is predictable.*

- Sun Tzu @ Art of War.

Nota pendek saya yg bertajuk *The Hero Is Coming* yg bertarikh pada 28/12/2020 ada mencatat bahawa kita mungkin kena *lockdown* pada tahun 2021. Hari ini kenyataan tersebut terbukti benar.

Mesej saya, saya sekadar ingin membuktikan kpd seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan PN tidak pro rakyat tetapi pro kpd *Para Elit Global.*

Tidak pro Islam tetapi pro kpd agenda *The New World Order.*

Kedua, Covid 19 telah di jadikan *political tool* oleh kerajaan PN utk terus kekal berkuasa.

Ketiga, kerajaan PN lebih mematuhi SOP dari WHO berbanding *Sunnah Rasulullah SAW* dlm menguruskan Covid 19.

Keempat, ancaman sebenar rakyat Malaysia bukan Covid 19 tetapi adalah kerajaan PN.

*Apa lagi yg boleh di harapkan dari sebuah kerajaan yg jelas mengkhianati amanah dari YDPA dan Raja2 Melayu " utk memelihara Islam pada setiap ".*

Kenapa saya menyatakan begitu ?

Jawapan saya mudah.

Bukankah setiap institusi atau pun peralatan negara berkewajipan utk melaksanakan *Sumpah Perlembagaan* yg telah di lafazkan dgn kalimah *Wallahi, Wabillahi, Watallahi* oleh YDPA selaku *Ketua Agama Islam dan Ketua Negara.*

Jgn main2 dgn *Sumpah Perlembagaan @ Sumpah Negara @ Sumpah YDPA.* Kita pasti akan di murkai dan di laknat oleh Allah SWT.

YDPA telah bersumpah dgn nama Allah dan sumpah itu telah mengikat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunannya.

*Nauzubillahi min zalik.*

Rujuk kpd Perlembagaan Persekutuan. Kita tak perlu jadi pengamal undang-undang utk faham apa yg terkandung dlm Perlembagaan Persekutuan. Kata kuncinya, *kita hanya perlu menjadi seorg Muslim yg beriman dan bertaqwa utk memahaminya.*

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dlm perkara 3(1) bahawa " Islam adalah agama bagi persekutuan ".

3(2) Raja atau Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri2. Manakala YDPA adalah Ketua Agama Islam di peringkat persekutuan.

Berkait langsung dgn perkara ini, YDPA di kehendaki mengangkat dan menandatangani *Sumpah Jawatan* seperti yg di peruntukkan dlm perkara 37(1) dan Jadual Keempat Bahagian 1 yg antara lain menghendaki YDPA melafazkan bahawa Baginda *".... Berikrar mengaku dgn sesungguhnya dan dgn sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..."*

Peruntukkan2 tersebut jelas membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan setiap institusi atau peralatan negara wajib di gunakan sepenuhnya utk menegakkan *Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam* di negara ini.

Sebarang bentuk penentangan dan pengkhianatan terhadap perkara ini adalah merupakan satu bentuk penderhakaan kpd YDPA dan merupakan ancaman kpd negara ini.

Perkara ini kelihatannya sentiasa di pandang remeh mungkin kerana kita sentiasa mempunyai *Peguam Kerajaan bukan Peguam Negara.*

Dan mungkin kerana itu kepentingan kerajaan lebih di utamakan berbanding kepentingan rakyat dan negara.

Saya berharap nota saya pagi ini akan menjadi peringatan kpd semua pihak khususnya pihak kerajaan yg memimpin pentadbiran dan pengurusan negara ini.

*Sampai bila kita mahu terus bernegara tanpa memperdulikan tanggung-jwb kenegaraan kita ?*

Soal kenegaraan ini penting buat umat Islam. Ia sebahagian dari tuntutan beragama.

Apa yg kita nak jawab di hadapan Allah SWT suatu hari nanti ?

Bab ini memang menakutkan saya. Sebab itu saya tidak boleh penat utk mengingatkan semua pihak.

Rukun Negara yg menjadi falsafah dan ideologi bernegara dan Perlembagaan Persekutuan yg menjadi undang-undang tertinggi negara di anggap seolah-olah seperti tidak wujud.

Ini bukan caranya kita bernegara.

Oleh sebab itu marilah kita sama2 berdoa ke hadrat Allah SWT semoga dgn terbentuknya satu kerajaan baru nanti kita akan dapat memulai satu lembaran baru dlm proses kita utk membina sebuah negara bangsa.

Kita mulakan *Agenda Reset Malaysia* utk mengorak langkah bagi mencapai sebuah impian utk membina satu peradaban baru di Timur di Abad ke 21 pasca Covid 19.

Semoga kita menjadi golongan yg kembali kpd fitrah kita dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaaAllah.

Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
12 Januari 2021
 

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
*Reset Malaysia : Semboyan Sudah Berbunyi.*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yg sentiasa merahmati sekelian alam.

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh jemaahnya.

Alhamdulillah, angan2 saya di waktu pagi yg di *AMIN* kan oleh rakyat Malaysia sebahagian kecil sudah menjadi kenyataan.

Apa yg sdg berlaku adalah laluan utk menuju ke arah perlaksanaan *Agenda Reset Malaysia.*

*This is how the universe works. THOUGHTS become THINGS. The greatest secret of all time.*

*Whatever your mind can conceive and believe, it can achieve.*

- Napoleon Hill

Sekelian alam sdg bekerja utk merealisasikan impian kita, *Kebangkitan Islam Dari Timur.*

PN tumbang, negara dharurat dan kerajaan interim. Semuanya berlaku sebagaimana yg kita harapkan.

Selepas ini, *its no longer a political exercise. Its a state in action.*

*Titah Keramat* dari Istana Kekuasaan Negara sudah berkumandang.

*Titah Keramat* yg menjadi simbol kebijaksanaan dan keadilan sebuah negara bangsa sudah berkuat kuasa.

Raja sudah *mencemar duli* turun dari istana utk bersama rakyat bagi melaksanakan *Agenda Reset Malaysia @ Revolusi Akhlak.*

Teruskan bersabar dan tetap berpegang teguh dgn impian kita. Yakin sepenuhnya bahawa impian kita akan menjadi kenyataan.

Jgn hiraukan segala riuh rendah dan gegak gempita yg sdg berlaku.

*This is a Great Revolution. A total disruption.* Dah tentulah riuh rendah. Biasa le tu...

*Suasana yg luar biasa perlukan solusi yg luar biasa. Dan kita sdg mengalaminya.*

Jadi bawak bertenang semua...

Jgn risau ! Saya sdg menunjukkan jalannya kpd anda semua melalui nota2 pendek saya. Yakinlah, InsyaaAllah kita tidak akan tersesat jalan.

Yakinlah kpd Allah SWT dan kpd kebijaksanaan Raja2 Melayu.

Tidak ada perkara yg kebetulan yg berlaku di dunia ini. Segalanya di dlm gengaman dan kekuasaan Allah SWT.

*Kembalilah bertuhan kpd Allah SWT bukan bertuhan kpd diri sendiri.*

Inilah perkara pertama yg perlu kita semua lakukan dlm *Agenda Reset Malaysia.*

Utk makluman semua,

*Urusan negara ini adalah urusan Raja2 Melayu dan Bangsawan Melayu. Bukan urusan rakyat jelata.*

Ini kunci utk kita bangkit menjadi sebuah negara bangsa yg berdaulat. Negara yg akan di segani dan di hormati oleh kawan dan lawan.

Sebuah negara *Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur.*

Kewajipan kita sebagai rakyat jelata adalah utk memberikan sepenuh kesetiaan dan ketaatan kita kpd Raja dan Negara.

Kita nantikan *Tokoh Bangsawan* dari Istana utk muncul memimpin kita.

Mungkin seminggu lagi atau sebulan lagi. Apa yg penting, tokoh itu pasti akan muncul. InsyaaAllah.

Kita layan je komen2 yg ada dlm media sosial. Tapi jgn masuk kepala sgt. Teruskan istiqomah mengenggam impian kita sebagai sebuah negara bangsa.

Terlalu awal utk kita bereaksi dan berkomentar.

*Be like water my brother. Just keep flowing.*

Teruskan program utk mereset diri kita. Buat *template2* baru yg lebih positif dan optimis utk menghasilkan sikap dan tabiat baru.

Kita tidak akan menghasilkan sesuatu yg baru sekiranya kita masih berpegang kpd sikap dan tabiat yg lama. Ingat tu..!

Jadi, teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
13 Januari 2021

www.worldislamicnation.blogspot.com
 
Sponsored Post
Top
Log in Register