BTC USD 22,748.0 Gold USD 1,922.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Woods didakwa bayar Rachel RM3.38 juta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods didakwa membuat rundingan untuk membayar AS$1 juta (RM3.38 juta) kepada 'kekasih pertamanya,' Rachel Uchitel supaya membatalkan sidang akhbar dan mendiamkan diri berhubung skandal seks melibatkan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Rachel yang merupakan seorang promoter sebuah kelab di sini bertindak membatalkan sidang akhbar yang pada awalnya dirancang diadakan di Los Angeles kelmarin.

Sebelum ini, wanita yang berumur 34 tahun itu menafikan mempunyai hubungan dengan Woods walaupun beberapa laporan mendakwa dia akan membuat pendedahan sebaliknya mengenai skandal tersebut.

Namun, menurut media Amerika Syarikat (AS), Woods dan Rachel saling berhubungan antara satu sama lain berhubung isu skandal itu.

Pemain golf itu dikatakan mahu Rachel tidak memburukkan lagi masalah yang dialami oleh Woods sejak minggu lalu.

Pada minggu lalu, Woods terlibat dengan kemalangan jalan raya apabila keretanya merempuh pada sebatang pokok di Florida dan didenda sebanyak AS$164 (RM553) oleh pihak berkuasa kerana memandu dengan cuai.

Menurut beberapa laporan kelmarin, Woods bergaduh dengan isterinya yang berumur 29 tahun apabila dia mengetahui suaminya itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rachel.

Pada Rabu lalu, Woods memohon maaf selepas berita kecurangannya disebarkan oleh media.

Dua lagi wanita yang dikaitkan mempunyai skandal seks dengan Woods ialah peserta program realiti televisyen, Jamie Grubbs dan eksekutif sebuah kelab malam di Las Vegas, Kalika Moquin. - Agensi
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register