BTC USD 64,939.2 Gold USD 2,357.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wisma Putra Kesal Nota Diplomatik Kedutaan Di Maghribi Di Sebar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,329
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,329
Reaction score
6,489
Points
916
Awards
1
23.02.2024 - Kementerian Luar Negeri memandang serius dan amat kesal berikutan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit bertarikh 23 Sept 2023 dan hasil siasatan dalaman mendapati bahawa penyebaran itu bukan berpunca daripada pihak dalaman. Penyebaran dokumen berkenaan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berhubung penyebaran dokumen diplomatik yang diterima oleh Kedutaan Malaysia di Rabat, Maghribi, menekankan kepentingan memelihara kerahsiaan komunikasi diplomatik dengan negara-negara sahabat dan rakan-rakan antarabangsa lain.

“Kementerian Luar telah memberikan penjelasan berhubung perkara itu kepada negara sahabat berkenaan dan menyatakan kekesalan di atas perkembangan ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan dan kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan. Mengambil kira implikasi negatif kepada keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap imej dan integriti Malaysia, Wisma Putra menggesa supaya tindakan penyebaran dokumen berkenaan dihentikan serta-merta.
1708694834716.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register