demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Persetujuan Malaysia dan Indonesia untuk mempercepatkan rundingan sempadan maritim tidak bermakna sekiranya sentimen anti-Malaysia berterusan di republik itu pada masa hadapan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin justeru berharap Wisma Putra menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan Indonesia mengenai perasaan tidak senang rakyat Malaysia terhadap perbuatan 'gila' membakar Jalur Gemilang dan melemparkan najis ke pejabat kedutaan negara di Jakarta pada 23 Ogos lalu.
Menurutnya, walaupun demonstrasi serta bantahan merupakan amalan biasa di Indonesia, pihak berkuasa negara itu perlu memastikan ia tidak dilakukan secara keterlaluan atau melanggar undang-undang serta mengandungi elemen anti-Malaysia.
Katanya, keadaan yang menyaksikan sentimen anti-Malaysia itu berterusan mungkin disebabkan pendekatan terlalu lembut oleh Wisma Putra sewaktu menyatakan bantahan negara kepada Kementerian Luar Indonesia selama ini.
"Soal pokoknya kenapa perkara ini (bantahan biadab) dibenarkan berterusan dan kenapa sentimen anti-Malaysia ditiupkan dalam media perdana Indonesia dan sebagainya?" katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Harga Pemuda BN-Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)-Pasar Raya di sini hari ini.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa bertemu di Kota Kinabalu dan bersetuju mempercepatkan penyelesaian isu sempadan maritim kedua-dua negara melalui mesyuarat Kumpulan Teknikal hujung tahun ini.
Pertemuan dan persetujuan itu dibuat setelah berlakunya insiden penahanan nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia dan penahanan pihak berkuasa negara itu oleh polis marin Malaysia di perairan bersama pada 13 Ogos lalu.
Insiden itu kemudiannya dijadikan 'modal' sesetengah kumpulan seperti Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (Bendera) dan Laskar Merah Putih yang mengganggu ketenteraman di Kedutaan Malaysia di Jakarta serta kepentingan lain negara seperti premis bank CIMB dan Maybank di Makassar, Sulawesi baru-baru ini.
Pada pertemuan semalam, Malaysia antaranya bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) penahanan yang membabitkan penguat kuasa Indonesia di negara ini seperti menggari atau memakaikan baju tahanan ke atas mereka.
Khairy menambah, beliau tidak menyalahkan pemerintah dan rakyat Indonesia yang lantang mengkritik Malaysia berhubung insiden itu kerana sistem negara republik tersebut mungkin membenarkannya tetapi mengingatkan Wisma Putra supaya bertegas dalam hal berkenaan.