Wings Sedia gegar Istana Budaya!

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Selepas konsert Opera Hidup pada 2011 mendapat sambutan hangat, Wings bakal muncul dengan konsert terbaru mereka, Wings Rockestra 2013 di Istana Budaya pada 26 hingga 30 April ini.

Wings kini dalam persiapan terakhir dan mereka sudah tidak sabar untuk beraksi menggegarkan IB dengan himpunan lagu-lagu hit mereka. Kumpulan yang dianggotai Awie (vokal), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) kini sibuk mengadakan latihan bagi memantapkan persembahan mereka.

Konsert kali ini bakal diiringi 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan turut disertai gitaris hebat dari Indonesia, Ian Antono dan pemain gitar tersohor negara, Hillary Ang.
Vokalis Wings, Awie berkata, kumpulan rock legenda itu kini dalam persiapan terakhir dan sedang memantapkan apa yang kurang.

“Lagu semua sudah hampir selesai, cuma tinggal nak tambah mana yang kurang dan jahit koyak-koyak yang ada. Kami juga sedang menyiapkan diri dari segi kesihatan. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya selepas selesai latihan.

Ketika ditanya adakah Wings akan melakukan gimik semasa konsert berlangsung, Awie menyifatkan persembahan yang mereka lakukan itu adalah gimik yang sebenarnya.

“Kami suka pada gimik yang spontan, yang tidak dirancang. Jika dah dirancang semuanya, itu bukanlah gimik pada kami,” ulasnya.

Penonton juga bakal disajikan dengan satu segmen khas yang menggabungkan petikan gitar dari Joe Wings, Ian Antono dan Hillary Ang.

“Ian, Hillary dan Joe akan berentap main gitar atas pentas dalam lebih kurang 10 minit. Masa itu, memang mereka saja yang main, penyanyi tiada. Selepas itu, Ian akan main dalam empat lagu bersama kita. Selepas Ian keluar, Hillary akan buat persembahan bersama kami sampai habis,” kata Awie.

Dalam pada itu, Awie berharap konsert kali ini bakal memberi kepuasan maksima kepada penonton yang hadir ke konsert Wings Rockestra 2013.

“Wings mahu kejayaan daripada sudut persembahan. Konsert mega ini kami tujukan khas kepada peminat Wings yang menyokong kami selama 27 tahun ini.

“Lagu-lagu yang kami pilih kali ini adalah lagu yang jarang-jarang dan tak pernah dimainkan dalam persembahan kami sebelum ini.

“Berkenaan dengan ‘single’ terbaru, kami tak pasti nak mainkan lagu itu atau tidak. Tapi jangan risau, ada lagu ‘sedap’ yang akan ganti lagu itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Awie menyatakan konsert ini merupakan hadiah buat peminat mereka yang setia menyokong perjalanan Wings selama ini. Tambah beliau, konsert ini juga bertujuan menyemarakkan industri muzik tempatan di samping menjadi medium untuk mereka menunjukkan kebolehan masing-masing.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat sebab masih sokong kumpulan kami. Konsert ini khusus untuk mereka dan penggemar lagu Wings.

“Jualan tiket sangat bagus dan sehingga kini, dah 70 peratus tiket terjual. Jadi kepada peminat Wings, jangan tunggu lagi dan belilah tiket cepat-cepat,” katanya mengakhiri perbualan.

Tiket konsert Wings Rockestra 2013 boleh didapati pada harga RM69 hingga RM499. Bagi yang berminat layari www.ticket2u.biz.
 
Sponsored Post

abuyah

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2009
Messages
2,697
Reaction score
201
Points
33
TT punya thread banyak text..

gambar tiada..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register