BTC USD 27,707.0 Gold USD 1,959.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Wiko Bakal Lancar Telefon Pintar 5G Dengan HarmonyOS

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,637
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,637
Reaction score
5,299
Points
516
Awards
1
Kemaskini baharu Wiko mula mengacah kehadiran sebuah peranti pintar terkini. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan keupayaan 5G terbina. Namun apa yang menariknya, ia kelak menggunakan sistem operasi kendiri Huawei iaitu HarmonyOS.

Menurut beberapa sumber, telefon pintar ini dikatakan serupa dengan Huawei Nova 9 SE 5G sebelum ini dengan sejumlah pembaharuan. Namun begitu, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak Wiko mahupun Huawei berhubung dakwaan tersebut setakat artikel ini ditulis.

Telefon pintar 5G Wiko ini bakal dilancarkan di China pada 27 Disember 2022. Cip Snapdragon 695 bakal digunakan sebagai tunjang utama, di samping sokongan kamera utama 108MP + 8MP + 2MP + 2MP. Bukan itu sahaja, storan dalaman 256GB dan bateri dengan pengecasan pantas 66W turut disertakan.
Wiko-5G_6-768x432.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,637
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,637
Reaction score
5,299
Points
516
Awards
1
Rasmi Di Lancarkan, Wiko 5G Adalah Huawei Nova 9 SE Yang Di Jenama Semula

Jenama dari Perancis, Wiko kini melancarkan Wiko 5G sebagai penjenamaan semula Huawei nova 9 SE dengan sokongan 5G, untuk pasaran China. Menyentuh spesifikasi, Wiko 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.78-inci LCD bersama resolusi FHD+ serta 120Hz kadar segar semula dengan input sentuhan 270Hz. Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 695, dengan sokongan 5G bersama gandingan 8GB RAM serta pilihan storan 128GB dan 256GB.
Wiko-5G_3.jpg

Beralih ke bahagian kamera, Wiko 5G dimuatkan dengan 108MP kamera utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto 16MP pula ditempatkan pada paparan berlubang.
008voDiXgy1h9hawfpevhj31hc0u0ahh.jpg

Peranti ini didatangkan dengan kapasiti bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan 66W. Antara lainnya, ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Silver dan Black, serta menjalankan sistem operasi Huawei HarmonyOS.

Wiko-5G_1.jpg


Wiko-5G_2.jpg

Wiko 5G tersedia dengan dua varian iaitu 128GB dan 256GB storan dengan masing-masing berharga CNY 1,999 (~RM1,271) dan CNY 2,199 (~RM1,399).

Sumber asal GSMArena
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register