BTC USD 42,104.1 Gold USD 1,777.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wikileaks propaganda terancang - Presiden Iran

glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33
Heboh di seluruh media tempatan dan antarabangsa sejak semalam berhubung kebocoran maklumat dari laman web Wikileaks.org yang mendedahkan dokumen rahsia bahawa Arab Saudi dan beberapa negara arab lain berulang kali meminta Amerika Syarikat untuk menyerang Iran.

Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.

Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.

Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.

Namun begitu lain pula dengan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata kebocoran mesej para diplomat Amerika yang mengatakan negara-negara Arab mendesak Washington agar menghancurkan fasiliti Nuklear Iran sebagai sebuah propaganda.

Ahmadinejad mengatakan pendedahan kebocoran dokumen rahsia di laman web Wikileaks itu hanyalah merupakan sebuah perang psikologi untuk menentang Iran.

Dalam satu sidang media di Televisyen Iran, presiden tersebut mengatakan seharusnya orang ramai tidak membuang waktu membaca informasi seperti itu.

"Kami tidak menganggap informasi ini dibocorkan," kata Presiden Ahmadinejad. "Kami beranggapan penerbitan itu sengaja dirancang agar diterbitkan secara rutin untuk mencapai tujuan politik."

Dia menambah bahawa kebocoran maklumat itu tidak akan mempengaruhi hubungan Iran dengan negara-negara lain.

Di satu sudut lain, penerbitan dokumen-dokumen di Wikileaks itu mampu memberikan impak yang sangat besar yang membinasakan terhadap Iran, kata wartawan BBC di Iran, James Reynolds.

Ini merupakan kali pertama adanya bukti hitam putih tentang negara-negara arab secara aktifnya menggesa Amerika Syarikat untuk menyerang Iran. Apa yang dapat dijangkakan, dokumen tersebut menggambarkan bahawa Negara Iran kini dipulaukan dan menghadapi ancaman.

Sekiranya hal ini sememangnya menimbulkan kerisauan kepada pemerintah Iran, pemerintah itu tidak akan menyatakannya kepada umum. Sebaliknya, tanggapan Ahmadinejad itu tampaknya sesuai dengan pandangan Iran selama ini, bahwa segala tindakan Amerika sangat terancang dan bermaksud menimbulkan keretakan di antara negara-negara Islam.​


Source: Komen Presiden Iran
 
Sponsored Post

adik74

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2008
Messages
2,839
Reaction score
84
Points
30
Bagi aku la, inilah komen yg benar2 datang dari seorang pemimpin ISLAM...Tidak cepat menggelabah walaupun negara ISLAM lain ingin menghancurkannya, masih tetap berbaik sangka & mahu bersatu padu.. Berlainan mazhab tidak menjadi alasan baginya untuk bermusuhan sesama ISLAM..
 

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
btul3..
ak skong iran
sokong spenuh ati
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
Aku pn sependapat dengan Presiden Ahmadinejad..ni semua propaganda semata2.. saje nk laga2kan negara islam..
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
Aku pn sependapat dengan Presiden Ahmadinejad..ni semua propaganda semata2.. saje nk laga2kan negara islam..
betul tu... takkan US tak leh tangkap org yg bocorkan maklumat tu...


hehhee... nampak sgt sendiri bocorkan (konon la)...
 

malayneums

Active+ Member
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25
haha... mmg propaganda pun...
cuba korang fikir, org kalo godam komputer dgn cpt jer dpt tangkap...
ni wikileaks siap bleh upload dan srh org donlod..
kan ke xmunasabah tuh...
lagi pun mana dtgnya sumer dokumen tuh... bkn ratus2... bkn ribu2....
ratus2 ribu tuh.... xkanlah CIA mahupun FBI nak biarkan maklumat sulit terlepas keluar....
perisik2 diaorg pun hebat2, xkan xbleh trace empunya wikileaks tuh...
byk sungguh yg bermain di minda aku nih...
 

cikepong

Active+ Member
Joined
Apr 1, 2008
Messages
4,367
Reaction score
50
Points
30
propaganda je tu...permainan politik taik diorang...
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
haha... mmg propaganda pun...
cuba korang fikir, org kalo godam komputer dgn cpt jer dpt tangkap...
ni wikileaks siap bleh upload dan srh org donlod..
kan ke xmunasabah tuh...
lagi pun mana dtgnya sumer dokumen tuh... bkn ratus2... bkn ribu2....
ratus2 ribu tuh.... xkanlah CIA mahupun FBI nak biarkan maklumat sulit terlepas keluar....
perisik2 diaorg pun hebat2, xkan xbleh trace empunya wikileaks tuh...
byk sungguh yg bermain di minda aku nih...

perancangan jahat [email protected]
semoga dunia arab bersatu..
sunnah dan syiah bole hapuskan sengketa..:(
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,227
Reaction score
332
Points
91
Sokong...
Mula2 kasi tunjuk 'sikit' yg us ni jahat...
Kita pun... percaya ler sebab mmg us ni jahat pada mata kita dan mmg jahat pun..
bila kita dh percaya kat wikileak.. mula lah dia masuk jarum..sikit demi sikit...
Macam ler kes osama ladin...
mujur ler presiden iran ni... bijak... kalau tak.. dah perang sama islam..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register