BTC USD 35,974.7 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wikileaks - Banyak Rahsia Terbongkar!

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Dokumen dedah AS laku jenayah perang

Dokumen dedah AS laku jenayah perang

JULIAN ASSANGE menunjukkan akhbar Guardian yang menyiarkan kebocoran dokumen tentera Amerika Syarikat di London semalam.

LONDON - Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah WikiLeaks menyiarkan kira-kira 91,000 maklumat sulit tentera AS di Internet sejak enam tahun lalu mengenai perang Afghanistan.

Antara maklumat yang bocor termasuk sejumlah insiden pembunuhan orang awam Afghanistan yang tidak dilaporkan selain operasi rahsia terhadap ketua-ketua Taliban. Pembocoran dokumen sulit tentera itu dikecam AS, Britain dan Pakistan.

Assange memberitahu kumpulan wartawan di London bahawa sama ada jenayah perang telah berlaku bergantung kepada mahkamah antarabangsa.

Menurutnya, apa yang pasti, terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen-dokumen itu. Beliau membandingkan impak pendedahan dokumen perang itu dengan pendedahan arkib polis rahsia Jerman Timur.

"Pendedahan ini menyamai pendedahan arkib Stasi (polis rahsia Jerman Timur)," katanya.

Dokumen-dokumen sulit tentera AS itu meliputi apa yang telah diketahui umum mengenai peperangan selama sembilan tahun di Afghanistan antaranya melibatkan operasi khas AS untuk menghapuskan kumpulan militan tanpa perbicaraan, orang awam Afghanistan dibunuh tanpa sengaja dan pegawai-pegawai AS marah berhubung kerjasama perisikan antara Pakistan dengan kumpulan militan yang mahu menghapuskan rakyat AS. WikiLeaks menyiarkan dokumen-dokumen sulit itu di Internet kelmarin tanpa menyebut bagaimana ia diperoleh.

Terdahulu, akhbar AS, New York Times, akhbar Guardian di Britain dan akhbar Jerman, Der Spiegel memperoleh akses awal terhadap dokumen-dokumen sulit tersebut. - AP
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
AS kafir yg nyata..
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
apa ada kisah,terbongkar ko tak,takdo sapo berani lawan US ni.
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
Baru-baru ini wikileaks mendedahkan 391,832 dokumen mengenai Perang US di Iraq selama 6 tahun yang mengorbankan 109,032 rakyat Iraq. Ini jauh lebih tinggi dari yang diumumkan oleh pihak berkuasa iaitu sebanyak 66,081 rakyat Iraq yang terbunuh sepanjang tempoh peperangan.

Pendedahan terbaru juga mendedahkan pihak israel tak henti-henti berdialog secara rahsia dengan US supaya menyerang Iran:

LINK

Dan yang paling menggemparkan ialah Raja Abdullah (raja arab saudi) juga menyaran US supaya menyerang Iran :

LINK

Sebarang pendedahan dari Wikileaks sila update di thread ni


.
 

glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33
Arab Saudi minta US menyerang Iran

Kerajaan Amerika Syarikat kini disifatkan sebagai tidak senang duduk berikutan kebimbangannya terhadap pendedahan demi pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah laman web, wikileaks.com yang memberi peluang kepada mana-mana individu untuk memuat naik sebarang dokumen penyelewengan yang melibatkan mana-mana pemimpin negara di dunia.

Sebelum ini Wikileaks mendedahkan kekejaman tentera US di Iraq serta pelbagai salah laku yang mendapat kecaman dunia. Kali ini tambah memeranjatkan apabila Wikileaks mendedahkan dokumen tentang beberapa pemimpin dunia arab termasuk Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang meminta Amerika Syarikat untuk menyerang negara Iran berhubung dakwaan isu nuklear negara berkenaan.

Beberapa hari ini dijangka lebih banyak lagi dokumen rahsia negara-negara berkaitan bakal didedahkan. Pengasas laman sesawang Wikileaks, Julian Assange berkata, setakat ini hanya 200 dokumen yang baru disiarkan daripada 251,287 yang telah diterima.

Sumber : BBC News

Source: Arab Saudi Talam dua muka

:eek: Patutlah US besar kepala!
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
kang cakap lebih kang orang marah...:((
 

sawamura

Legendary Member
Joined
Mar 24, 2010
Messages
12,479
Reaction score
925
Points
161
bukan berdiam laa...

satu dunia tgh tunggu signal rosmah.. :p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register