BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan 'Chat' Kumpulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu dipanggil sebagai "Expiring Groups", yang membolehkan pengguna menetapkan tamat tempoh untuk grup di aplikasi itu. Mengulas lanjut, pengguna kelak mempunyai pilihan untuk menetapkan tamat tempoh seperti satu hari, seminggu, atau menyesuaikan tempoh tertentu. Setelah tempoh yang ditetapkan itu berakhir, pengguna akan digesa untuk membersihkan ruang sembang itu. Bagaimanapun, perlu diketahui pilihan itu hanya ditetapkan secara individu dan tidak terpakai untuk ahli kumpulan yang lain. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengubah pilihan yang telah ditetapkan. Dengan pengenalan ciri ini kelak, ia dijangka akan memberikan penyelesaian yang baik bagi isu seperti grup yang tidak relevan untuk dikekalkan dalam tempoh tertentu.

Di samping itu, ia juga membolehkan pengguna menguruskan lambakan chat kumpulan dengan baik selain menjimatkan ruang dan storan, terutamanya bagi ruang sembang yang diwujudkan sementara untuk acara tertentu seperti sambutan hari lahir dan sebagainya. Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam peringkat pembangunan dan belum diketahui bila ia akan dilepaskan kepada versi stabil.

WA_EXPIRING_GROUPS_IOS-768x683.jpg

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-ios-23-5-0-71-whats-new/
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register