BTC USD 59,936.9 Gold USD 2,414.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
WhatsApp berterusan menambah baik aplikasi pemesejan itu dengan memperkenal sejumlah ciri baharu. Dalam kemas kini WhatsApp beta untuk Android versi 2.23.17.8, WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri pelekat dengan janaan AI. Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memperlihat tangkap layar dengan butang "Create" apabila membuka bahagian tab pelekat. Pengguna boleh memasukkan penerangan untuk menjana pelekat. Seterusnya, WhatsApp akan menghasilkan sejumlah pelekat AI berdasarkan prompt yang dimasukkan.

WA_AI_STICKER_GENERATION_FEATURE_ANDROID.jpg


Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna menghasilkan pelekat lebih terperinci, terutamanya bagi menyesuaikan dengan perbualan, minat dan sebagainya. Perlu diketahui, pelekat Al ini dijana menggunakan teknologi oleh Meta, yang mana sekiranya pelekat yang dihasilkan tidak sesuai atau berbahaya, ianya boleh dilaporkan kepada pihak Meta. Buat masa ini, ciri menghasilkan pelekat dengan janaan AI hanya tersedia untuk sebilangan penguji beta dan dijangka akan tersedia kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Sumber asal WABetaInfo
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register