BTC USD 103,936 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Apple Android WhatsApp Sedang Menguji Ciri Nama Pengguna Dengan Sokongan PIN

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,528
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,528
Reaction score
7,078
Points
916
Awards
1
Aplikasi permesejan WhatsApp secara konsisten hadir dengan penambahbaikan dalam pelbagai fungsi dan ciri terbaru untuk menambahbaik pengalaman penggunaan pengguna. Justeru itu, hari ini WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri nama pengguna bersama sokongan PIN. Melaluinya, pengguna boleh memilih nama unik yang dimahukan untuk nama pengguna bagi menggantikan nombor telefon yang sebelum ini digunakan sebagai carian kepada akaun WhatsApp. Sebagai contoh, pengguna lain boleh melakukan carian kepada akaun WhatsApp dengan hanya memasukkan nama pengguna seperti “amanz123” dan bukan lagi nombor telefon.

WA_CREATE_USERNAME_PHONE_NUMBER_PRIVACY_FEATURE_PIN_SUPPORT_ANDROID.webp


Kemas kini terbaru yang sedang dibangunkan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi ciri privasi dan keselamatan dimana pengguna tidak perlu lagi mengedarkan nombor telefon peribadi kepada setiap orang untuk menghantar pesanan di WhatsApp. Bukan itu sahaja, ciri ini juga pastinya akan menjadikan proses carian menjadi lebih mudah jika dibandingkan dengan carian menggunakan nombor telefon. Bersama-sama dengan ciri nama pengguna, WhatsApp turut membangunkan ciri kod PIN dimana ia akan berfungsi sebagai pengesahan identiti sekiranya terdapat nombor akaun WhatsApp asing yang ingin memulakan kiriman pesanan teks. Melaluinya, pengguna perlu menyusun PIN empat digit atau lebih dan PIN ini akan diperlukan oleh kenalan baru tersebut untuk memulakan kiriman pesanan menerusi nama pengguna sekaligus dapat mengurangkan pesanan yang tidak diingini daripada ia dapat dikirim dengan sewenang-wenangnya.

Ini bermakna, apabila seseorang cuba untuk menghubungi anda melalui nama pengguna untuk kali pertama, mereka akan diminta untuk memasukkan PIN yang telah anda tetapkan. Bagi kiriman pesanan teks yang telah ada, PIN tidak lagi diperlukan. Ciri seumpama ini memberikan pengguna kawalan yang lebih besar dan cekap ke atas siapa yang boleh menghubungi mereka dan dapat mengurangkan jumlah pesanan yang tidak diingini. Namun menurut WhatsApp, ciri ini masih dalam proses pembangunan dan akan tersedia dalam kemaskini yang akan datang.

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-android-2-24-18-2-whats-new/
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register