BTC USD 100,043 Gold USD 2,680.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Sedang Kemaskini Pembangunan Ciri “Mention” Pada Status

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,020
Points
916
Awards
1
Pada bulan Mac lalu kami melaporkan WhatsApp sedang membangunkan ciri ‘mention’ pada status yang membolehkan pengguna menyertakan kenalan lain dalam kemas kini status. WhatsApp kini mengumumkan pihak mereka sedang mengemaskini persediaan ciri berkenaan sebelum ia akhirnya benar-benar dilancarkan.

WA_STATUS_UPDATES_MENTION_CONTACTS_FEATURE_RESHARE_OPTION_ANDROID.webp


Melalui ciri ini, pengguna akan dibolehkan untuk menyertakan kenalan lain dalam kemas kini status dengan ‘mention’. Kemudian kenalan berkenaan akan menerima notifikasi tentang perkara tersebut dan diberikan pilihan untuk berkongsi semula status berkenaan dengan kenalan lain. Konsepnya dilihat sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories, tetapi identiti pencipta asal status berkenaan akan kekal peribadi. Hanya kenalan yang terlibat sahaja yang akan menerima pemberitahuan berkenaan perkara tersebut di ruangan mesej.

Cara menggunakan ciri ini juga sangat mudah dimana pengguna hanya perlu menekan butang ‘@’ yang tersedia dan kemudian memilih nama kenalan yang ingin disebut sebelum memuatnaik status. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada sebahagian pengguna WhatsApp versi beta untuk tujuan ujian. Ciri ini akan segera dilancarkan kepada semua pengguna dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-android-2-24-20-3-whats-new/
 
Sponsored Post

Anda Kini Boleh “Mention” Rakan Di Status WhatsApp Dan Menghantar “Like”

WhatsApp Status
semakin lama semakin banyak ciri menarik disertakan. Entah kenapa saya tidak tergerak hati untuk menggunakannya, tetapi orang ramai menyukai penggunaan ciri ini. Terbaru, selepas berbulan dalam pembangunan – anda kini boleh Mention rakan atau orang tersayang di dalam WhatsApp Status.

Status-WhatsApp-Mention-dan-Like-Baharu-950x534.webp


Mana-mana pengguna WhatsApp lain yang anda Mention pada Status bersifat peribadi. Ini bermakna walaupun Status itu ditetapkan untuk tontonan umum, yang disebut sahaja boleh kongsi semula Status berkenaan. Mereka yang disebut akan menerima notifikasi dan nama mereka tidak akan dipaparkan pada Status berkenaan. Pada masa yang sama, Meta turut menyertakan kemampuan untuk pengguna menghantar Like atau menyukai mana-mana Status yang telah dikongsi.

Ciri ini telah rasmi diperkenalkan kepada semua tetapi kemas kininya diedarkan secara berperingkat.

Sumber asal https://blog.whatsapp.com/share-the-love-on-whatsapp-status
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register