BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Pay- Hantar & Terima Wang Melalui Chat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
WhatsApp hari ini telah mengumumkan pengenalan ciri terbaru mereka melalui aplikasi permesejan, iaitu kebolehan menghantar dan menerima wang terus melalui tetingkap sembang. Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan di Brazil, dan mungkin diperluaskan ke negara lain pada masa akan datang.

Selain menghantar dan menerima wang, ciri ini juga turut boleh digunakan dalam membuat pembayaran di kedai-kedai tempatan yang menerimanya.

WhatsApp mengatakan ciri ini dikuasakan oleh Facebook Pay, sekaligus memudahkan pengguna dan peniaga menggunakan maklumat pembayaran sama di semua platform lain dibawah Facebook.

Buat masa ini, WhatsApp menyokong pautan kad kredit dan debit daripada beberapa penyedia di Brazil dibawah rangkaian Visa dan Mastercard. WhatsApp mengatakan penghantaran dan penerimaan wang antara pengguna adalah percuma. Tetapi, peniaga akan dikenakan caj pemprosesan apabila menerima pembayaran daripada pengguna.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan ke negara-negara lain.

whatsapp-pay-950x675.jpg


Sumber asal https://blog.whatsapp.com/bringing-payments-to-whatsapp-for-people-and-small-businesses-in-brazil
 
Bank Negara Brazil Gantung Penghantaran & Terima Wang Melalui WhatsApp

WhatsApp telah pun memperkenalkan ciri penghantaran den menerima wang melalui WhatsApp minggu lepas – bermula di Brazil. Ia sekaligus memudahkan pemindahan wang, dan urusan jual-beli dilakukan dengan mudah terus melalui aplikasi permesejan popular yang dimiliki Facebook berkenaan.

Melalui ciri yang dinamakan WhatsApp Payment ini, ia memudahkan penghantaran wang melalui tetingkap sembang – sekaligus menjadikannya amat mudah bagi pemindahan wang antara pengguna, mahupun untuk membayar pekedai dan peniaga.

Apa pun, kini pihak Bank Negara Brazil dilihat telah menggantung ciri pembayaran melalui WhatsApp di negara berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa turut telah meminta Mastercard dan Visa untuk menghentikan aktiviti kewangan melalui aplikasi berkenaan.

Melalui Bloomberg, ia diperkatakan Bank Negara Brazil telah menggantungnya untuk menilai sebarang risiko yang dibawa oleh perkhidmatan ini ke sistem pembayaran tempatan, selain memastikan ia menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Bank Negara Brazil turut dilihat menekankan yang mana Mastercard dan Visa mungkin didenda sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
 
Back
Top
Log in Register