BTC USD 104,011 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Menguji Ciri Membolehkan Pengguna Memilih Suara Selebriti Untuk Meta AI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,528
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,528
Reaction score
7,078
Points
916
Awards
1
Awal bulan Ogos dilaporkan tentang WhatsApp yang sedang menguji ciri interaksi suara dengan Meta AI. Walaupun ciri tersebut juga masih lagi dalam proses pembangunan, WhatsApp kini dilaporkan sedang memperhalusi lagi ciri berkenaan dengan ia akan memiliki keupayaan untuk membolehkan pengguna memilih suara untuk Meta AI tersebut. Lebih menarik lagi, ciri pilihan suara Meta AI ini juga dikatakan adalah berdasarkan suara selebriti terkemuka.

WA_META_AI_VOICE_CHAT_MODE_FEATURE_WITH_PUBLIC_FIGURE_VOICES_ANDROID-1.webp


Meskipun ciri ini masih dalam pembangunan, ia dijangka akan tersedia kepada pengguna WhatsApp dalam masa terdekat. Apabila ciri ini dapat digunakan kelak, pengguna akan dibolehkan untuk memilih jenis suara selebriti yang dimahukan termasuklah suara lelaki atau perempuan dan mengikut loghat British atau Amerika. Siapakah selebriti-selebriti ini masih lagi misteri tetapi sebelum ini kami telah laporkan Meta membayar jutaan Dolar kepada Judi Dench, Awkwafina dan Keegan-Michael Key untuk menggunakan suara mereka dalam rangkaian alatan AI yang sedang dibangunkan.

Sumber asal https://wabetainfo.com/whatsapp-beta-for-android-2-24-19-32-whats-new/
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register