BTC USD 56,408.2 Gold USD 1,762.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WhatsApp, Facebook & Instagram Alami Masalah Akses

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Semua platform yang bermasalah sudah dibaik pulih dan berfungsi seperti sediakala. Nampaknya kesemua platform media sosial milik Facebook kini sedang menghadapi masalah untuk diakses pengguna. Ia melibatkan aplikasi dan laman web Facebook, WhatsApp, Instagram serta platform berkaitan lain seperti Messenger dan Facebook Workplace.

Pengguna mula menyedari perkara ini sekitar 11.40 malam waktu tempatan dimana paparan pada setiap platform tidak dikemaskini. Selain itu, mesej melalui WhatsApp juga tidak boleh dihantar. Ketika ini pihak Facebook sudah maklum akan isu ini dan menjanjikan kerja-kerja baik pulih dijalankan secepat yang mungkin.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Mark Zuckerberg Menyangkal Dakwaan Facebook Pentingkan Keuntungan Daripada Keselamatan Pengguna

Sehari selepas Frances Haugen yang merupakan bekas pengurus produk di Facebook ditemubual 60 Minutes dan mendakwa platform media sosial ini mementingkan keuntungan daripada keselamatan pengguna, Mark Zuckerberg tampil dengan jawapan. Dalam status yang dinaikkan ke Facebook hari ini, Zuckerberg menolak kesemua dakwaan mengenai platform media sosial nombor satu dunia.

Beliau menyangkal bahawa Facebook meletakkan kepentingan keuntungan syarikat daripada keselamatan pengguna. Mengenai tuduhan Facebook membenarkan kandungan kebencian dikekalkan kerana menarik lebih banyak interaksi pula, Zuckerberg berkata ini adalah tidak masuk akal. Pengiklan tidak mahu produk mereka diletakkan dengan kandungan negatif tambah Zuckerberg lagi.

Perubahan pada susur masa untuk mengurangkan waktu pengguna di laman juga telah dilakukan menerusi kemas kini Meaningful Social Interactions untuk susur berita pengguna. Mengenai laporan Instagram memberikan kesan negatif kepada remaja pula, Zuckerberg mengatakan kajian yang digunakan tidak dilaporkan dengan betul.

Sama ada anda ingin berpihak kepada Facebook ataupun Haugen, yang pasti Facebook kini terlalu besar serta terlalu dominan. Kehilangannya Facebook, Instagram dan WhatsApp selama enam jam hanya sehari yang lalu menyebabkan gangguan perniagaan di Afrika, Amerika Syarikat dan Eropah kerana ia menjadi tulang bekalang komunikasi berbilion pengguna setiap hari.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register