WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 (WKB 2030)

Recommended Brokers


moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
7,169
Reaction score
232
Points
73
Rasuah, salah guna kuasa rencatkan pengagihan ekonomi

Diterbitkan Hari ini 4:29 petang



Perkara pokok yang merencatkan pengembangan dan pengagihan ekonomi negara adalah aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bukannya Agenda Bumiputera, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Agenda Pemerkasaan Bumiputera menerima impak besar daripada masalah tersebut apabila peluang dan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputera telah disalahgunakan dan tiris kepada kumpulan yang tidak sepatutnya.

Jelas beliau, sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera yang telah ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru juga masih lagi belum tercapai.

“Kesannya, jurang kedudukan ekonomi Bumiputera tidak akan selesai. Kanser ini telah membarah dan pemulihannya harus dilakukan segera.

“Sebagai doktor, saya hanya melihat bagi mengubati kanser ini, ia harus dipotong dan dibuang,” kata Dr Mahathir dalam ucapan perasmian Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana menteri berkata peningkatan ekuiti asing juga membimbangkan.

Hasil kajian dan data terkumpul mengenai kedudukan ekuiti korporat Negara sehingga 2015 mendapati ekuiti korporat Bumiputera telah jatuh kepada 16.2 peratus manakala bukan Bumiputera turun kepada 30.7 peratus dan pemilikan ekuiti asing meningkat kepada 45.3 peratus.

“Ini berbanding dengan pemilikan ekuiti korporat pada tahun 2011. Ketika itu, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera berada pada tahap 23.4 peratus manakala bukan Bumiputera memegang 34.8 peratus,” jelas Dr. Mahathir.

Ekuiti asing ketika itu cuma sebanyak 37.2 peratus.

- Bernama

Err...Atuk pecat Anwar tahun 1998 tanpa perbicaraan mahkamah tu bukan salah guna kuasa ke? Tanya je
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
Pakar ekonomi: Benarkah Wawasan Kemakmuran Bersama untuk semua?
Diterbitkan 5 Okt 2019, 10:43 malam



Putrajaya hari ini memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Wawasan 2030 (WKB2030), yang menyasarkan untuk memastikan pertumbuhan yang saksama merentasi garis etnik pada masa sama mengutamakan bumiputera.

Bagaimanapun pakar ekonomi Terence Gomez membangkitkan beberapa persoalan mengenai dasar tersebut, berdasarkan laporan ringkasan yang dibacanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, persoalan pertama dibangkitkan Gomez adalah seberapa inklusif perbincangan yang diadakan sebelum pelan dasar itu dirangka Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

"Adakah ia (rundingan itu) termasuk rundingan dengan orang-orang dari sektor swasta?

"Adakah mereka (kerajaan) juga berunding di peringkat antara kementerian? Adakah kementerian Kewangan atau Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa terlibat dalam perbincangan ini?" soalnya.

Gomez juga bertanya sama ada semua komponen Pakatan Harapan terlibat dalam perbincangan untuk merumuskan laporan dasar utama yang pertama.

Antara yang hadir berucap pada pelancaran WKB2030 hari ini ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dari Bersatu, serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dari PKR.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir, selain Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR.

Sementara itu, Gomez juga mempersoalkan mengapa WKB2030, tidak menangani kegagalan Dasar Ekonomi Baru, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi bumiputera.

"Terdapat banyak penekanan terhadap bagaimana (ekonomi) kaum bumiputera tidak baik ... tapi kenapa DEB tidak memenuhi matlamatnya selepas begitu banyak penekanan?

"Mereka mengatakan ia disebabkan oleh rasuah, tetapi saya ingin membangkitkan isu sokongan di bawah DEB ... Mengapa dasar ini gagal walaupun sokongan dibuat secara selektif?" katanya.

Gomez berkata walaupun penekanan diberikan kepada bumiputera dalam WKB2030, bukan bumiputera juga menurutnya tidak banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata pemilikan ekuiti bukan bumiputera meningkat dari tahun 1970-an hingga akhir tahun 1990-an, namun kini telah kembali ke tahap yang sama seperti tahun 1970-an.

"Bukan bumiputera pun jauh tertinggal di belakang," katanya.

Satu lagi persoalan dibangkitkan Gomez adalah kenapa kerajaan, melalui Khazanah, melupuskan asetnya kepada pemilikan asing, sedangkan penekanan WKB2030 terhadap peningkatan ekuiti tempatan.

Beliau memetik penjualan 16 peratus saham Khazanah dalam IHH Healthcare kepada Mitsui Co & Ltd Jepun tahun lepas, dan juga perbincangan sebelum ini untuk menggabungkan Axiata dengan Digi, yang dimiliki oleh Telenor Group Norway.

"Mengapa pentadbiran menjual ekuiti milik awam kepada orang asing?" katanya.

Terdahulu, menurut Azmin, sehingga 2015, ekuiti asing berada pada 45.3 peratus, bumiputera (16.2 peratus) dan bukan bumpitera (30.7 peratus).

Akhir sekali, Gomez bertanya sama ada angka yang disebut dalam WKB2030 hanya merujuk kepada pemilikan ekuiti persendirian.

"Bagaimana pula dengan ekuiti yang dimiliki oleh kerajaan melalui GLC? Bolehkah mereka menyatakan sama ada ini juga disenaraikan sebagai sebahagian daripada angka pemilikan ekuiti?" soalnya.

Gomez berkata sebagai dasar yang bertujuan untuk kemakmuran bersama semua kumpulan etnik, banyak yang akan dibincangkan mengenai WKB2030 dan sama ada ia benar untuk semua rakyat Malaysia, dan bagaimana untuk membetulkan isu-isu penting.

 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,536
Reaction score
419
Points
81
WKB = Warkah kalling berj!8d?
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,477
Reaction score
863
Points
171
wawasan ape plak lah org tua nie... tak relevan dah pemikiran mahathir...
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
Pakar ekonomi: Benarkah Wawasan Kemakmuran Bersama untuk semua?

Diterbitkan 5 Okt 2019, 10:43 malam



Putrajaya hari ini memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Wawasan 2030 (WKB2030), yang menyasarkan untuk memastikan pertumbuhan yang saksama merentasi garis etnik pada masa sama mengutamakan bumiputera.

Bagaimanapun pakar ekonomi Terence Gomez membangkitkan beberapa persoalan mengenai dasar tersebut, berdasarkan laporan ringkasan yang dibacanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, persoalan pertama dibangkitkan Gomez adalah seberapa inklusif perbincangan yang diadakan sebelum pelan dasar itu dirangka Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

"Adakah ia (rundingan itu) termasuk rundingan dengan orang-orang dari sektor swasta?

"Adakah mereka (kerajaan) juga berunding di peringkat antara kementerian? Adakah kementerian Kewangan atau Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa terlibat dalam perbincangan ini?" soalnya.

Gomez juga bertanya sama ada semua komponen Pakatan Harapan terlibat dalam perbincangan untuk merumuskan laporan dasar utama yang pertama.

Antara yang hadir berucap pada pelancaran WKB2030 hari ini ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dari Bersatu, serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dari PKR.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir, selain Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR.

Sementara itu, Gomez juga mempersoalkan mengapa WKB2030, tidak menangani kegagalan Dasar Ekonomi Baru, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi bumiputera.

"Terdapat banyak penekanan terhadap bagaimana (ekonomi) kaum bumiputera tidak baik ... tapi kenapa DEB tidak memenuhi matlamatnya selepas begitu banyak penekanan?

"Mereka mengatakan ia disebabkan oleh rasuah, tetapi saya ingin membangkitkan isu sokongan di bawah DEB ... Mengapa dasar ini gagal walaupun sokongan dibuat secara selektif?" katanya.

Gomez berkata walaupun penekanan diberikan kepada bumiputera dalam WKB2030, bukan bumiputera juga menurutnya tidak banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata pemilikan ekuiti bukan bumiputera meningkat dari tahun 1970-an hingga akhir tahun 1990-an, namun kini telah kembali ke tahap yang sama seperti tahun 1970-an.

"Bukan bumiputera pun jauh tertinggal di belakang," katanya.

Satu lagi persoalan dibangkitkan Gomez adalah kenapa kerajaan, melalui Khazanah, melupuskan asetnya kepada pemilikan asing, sedangkan penekanan WKB2030 terhadap peningkatan ekuiti tempatan.

Beliau memetik penjualan 16 peratus saham Khazanah dalam IHH Healthcare kepada Mitsui Co & Ltd Jepun tahun lepas, dan juga perbincangan sebelum ini untuk menggabungkan Axiata dengan Digi, yang dimiliki oleh Telenor Group Norway.

"Mengapa pentadbiran menjual ekuiti milik awam kepada orang asing?" katanya.

Terdahulu, menurut Azmin, sehingga 2015, ekuiti asing berada pada 45.3 peratus, bumiputera (16.2 peratus) dan bukan bumpitera (30.7 peratus).

Akhir sekali, Gomez bertanya sama ada angka yang disebut dalam WKB2030 hanya merujuk kepada pemilikan ekuiti persendirian.

"Bagaimana pula dengan ekuiti yang dimiliki oleh kerajaan melalui GLC? Bolehkah mereka menyatakan sama ada ini juga disenaraikan sebagai sebahagian daripada angka pemilikan ekuiti?" soalnya.

Gomez berkata sebagai dasar yang bertujuan untuk kemakmuran bersama semua kumpulan etnik, banyak yang akan dibincangkan mengenai WKB2030 dan sama ada ia benar untuk semua rakyat Malaysia, dan bagaimana untuk membetulkan isu-isu penting.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
Tiada makna kemerdekaan kepada kaum asal

06 Oktober 2019 11:22 AM


JURANG ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera yang semakin melebar ini wajib diperbetulkan. - UTUSAN ONLINE/gambar hiasan


Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) ingin memetik hasil kajian yang dinyatakan dalam laporan iaitu, ‘Hasil kajian dan data terkumpul mengenai kedudukan ekuiti korporat Negara sehingga 2015 mendapati ekuiti korporat bumiputera telah jatuh kepada 16.2 peratus, manakala bukan bumiputera turun kepada 30.7 peratus, sementara pemilikan ekuiti asing meningkat kepada 45.3 peratus.’

Wira Putra mendapati bahawa angka 14.5 peratus pengurangan ekuiti korporat bumiputera sehingga tahun 2015 ini amat membimbangkan.
Sekiranya corak statistik ini berterusan, ia menunjukkan penguasaan ekuiti korporat bumiputera semakin mengecil, dan akhirnya korporat bumiputera akan hilang penguasaan di dalam pengagihan kek ekonomi di sektor korporat.

Wira Putra mendapati statistik ini secara tidak langsung adalah becanggah dengan perjuangan Putra di dalam 10 Sumpah Keramat Parti Putra, di mana salah satunya adalah Putra akan memperjuangkan dan memastikan kek ekonomi negara diagihkan secara adil dan saksama antara kaum dalam semua bidang ekonomi.

Memandangkan bumiputera adalah kaum asal dengan jumlah penduduk sekitar 67 peratus, maka jurang ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera yang semakin melebar ini wajib diperbetulkan supaya kek ekonomi negara adalah lebih adil dan saksama kepada kaum bumiputera sebagai kaum asal negara Malaysia.

Jika tidak, tiada makna 62 tahun kemerdekaan kepada kaum asal sebagai kaum bumiputera, namun kedudukan ekonomi masih di takuk lama.

Keadilan dan kesaksamaan ekonomi ini bertujuan untuk menjamin keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara bagi jangka masa yang panjang.

Dengan ini Wira Putra bertegas untuk menegakkan hak bumiputera sebagai kaum majoriti dan kaum asal Tanah Melayu/Malaysia dan bukan setakat menangani kemiskinan B40 yang dikatakan 70 peratus bumiputera dan 30 peratus bukan bumiputera tanpa mengira kaum.

Contohnya tanah rezab Melayu yang tinggal 12 peratus manakala ‘property ownership’ atau pemilikan harta bernilai tinggi dan di kawasan stratejik di kuasai oleh bukan bumiputa dan orang asing.

Berapa jumlah milik bumiputera saperti ‘rumah kedai’, premis perniagaan, menara atau sebagainya? Jawabnya boleh bilang dengan jari. Jangan palu gendang isu kemiskinan tanpa mengira kaum sahaja.

Maka dengan ini Wira Putra akan terus menuntut agar hak bumiputera sentiasa dibela dan janganlah hanya sekadar beretorik menyatakan niat untuk membela Melayu bumiputera tetapi realitinya menindas dan lebih teruk lagi menyisih hak bumiputera yang sudah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

ASHRAF ROSLI

Exco Ekonomi Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
Forget Bumiputera equity, focus on productivity, economist tells govt

October 6, 2019 9:00 AM


Universiti Tun Abdul Razak’s Barjoyai Bardai says Bumiputera equity should not be based on the number of shares held by them. (File pic)

PETALING JAYA: An economist has urged the government to set aside its focus on Bumiputera equity, saying the number of shares held by the community was not its biggest problems.

Universiti Tun Abdul Razak’s Barjoyai Bardai said equity is typically measured by the number of shares issued by companies and registered with the Companies Commission of Malaysia (SSM).

“If we measure Bumiputera equity based on the number of shares held, then it’s meaningless because different shares are priced differently.

“In one company, a single share can be worth RM150 but in another, a single share could only be 26 sen. Both represent a single share but their value is worlds apart,” he told FMT.

He was commenting on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s revelation yesterday that Bumiputera equity dropped from to 16.2% in 2015 from 23.4% in 2011, far from the 30% target in the New Economic Policy.

Barjoyai said the decline in equity holdings can be traced to the increase in the number of companies being incorporated, including foreign investors who set up companies here.

“So the number of companies and number of shares owned by non-Malays has grown more rapidly than Bumiputera holdings.


Barjoyai Bardai of Universiti Tun Abdul Razak.

“But this is not important. What matters is a company’s ability to generate income from the ownership of these shares, and Bumiputera companies, by and large, have failed to do this.”

Malaysian companies, he said, on average do not pay more than 10% of their profits and dividends and so, for many equities, this is not a key to increasing their income.

The focus, therefore, should be on the value Bumiputera companies have on their employees, he said.

“In the bigger picture, the focus should be on ensuring Bumiputeras can earn higher wages. That is the real problem faced by the community.”

Barjoyai said some 80% of the people were employees, and the Bumiputeras – many of whom were in the working class – were facing problems because their salaries had not grown in tandem with inflation.

He said wages could not increase as productivity was low.

So, the government needed to focus on enhancing productivity and reskilling the Bumiputeras to enable them to earn more as well as encourage them to be entrepreneurs.

“A key part of developing entrepreneurs is changing mindsets and exposure. The people don’t have to always rely on the government. They have to be prepared to take risks.”

Meanwhile, Academy of Sciences Malaysia fellow Madeline Berma said she was concerned over the low equity given that the Bumiputera community accounted for 68% of the population.

She said equity ownership indicated Bumiputera wealth ownership, and the low equity reflected the failure of previous administrations to narrow the inter-ethnic wealth gap.

“I am concerned that Bumiputera wealth is concentrated only in the hands of a few, particularly those with strong affiliation to the ruling political parties then,” the economist said.

Madeline said the government should review the method of estimating equity distribution, noting that official data excluded shares held by the government.

“Also, the measurement of Bumiputera participation in the economy must include both financial and non-financial assets,” she said.

Yesterday, PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man called on the government to publish a detailed report on the latest equity holdings of the Malay and Bumiputera community, saying the party was shocked with Mahathir’s revelation on the equity holdings.

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,071
Reaction score
219
Points
73
Mai org br lancar plk wawasan br bila la kt nak maju klau pemimpin berlumba2 nak tunjuk depa hero.....
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
Kemakmuran bersama tak boleh hanya tumpu ekonomi
Ismail Sabri | Diterbitkan Hari ini 6:36 petang | Dikemaskini Hari ini 6:37 petang



ULASAN | Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dikatakan pelan besar hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang telah dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum meneliti butir-butir spesifik, timbul beberapa persoalan utama berkenaan ketepatan dan kebolehpercayaan dokumen polisi WKB 2030.

Pertama, WKB 2030 dalam bahagian kesimpulan menyatakan bahawa “pecah amanah telah merencatkan matlamat pembangunan negara”.

Selain itu, WKB 2030 digubal dalam keadaan pembangunan negara, pertumbuhan eksport, import dan nilai perdagangan antarabangsa kita menjunam teruk (Jan-Ogos 2019).

Malah, nilai ringgit semakin susut dan pasaran saham pula mencatatkan penurunan sehingga Bursa Malaysia jatuh sebagai pasaran utama tercorot di dunia (April 2019).

Pada masa yang sama, keadaan ekonomi Malaysia semasa agak suram berdasarkan badan penarafan antarabangsa, hutang dan defisit negara semakin meningkat.

Persoalannya sekarang, memandangkan PH sendiri yang mengurus dan mengawal ekonomi, namun masih berlaku segala kejatuhan prestasi yang teruk ini, maka siapakah yang tidak cekap atau telah melakukan pecah amanah sehingga membawa kepada keadaan yang teruk tersebut?

Dan bagaimana pula WKB2030 ini akan dijayakan dalam keadaan sebegini?

Tidak meyakinkan

Kedua, berasaskan realiti ekonomi terkini, ditambah pula dengan tindakan melulu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) menghantar surat kepada negara-negara ASEAN lain tentang perubahan pendirian Malaysia terhadap perkara-perkara yang dibincangkan dalam pusingan akhir rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada saat-saat akhir, prinsip panduan “paksi ekonomi Asia’ yang diketengahkan oleh PH sebagai satu wawasan negara sudah tentulah diragui dan tidak meyakinkan.

Dalam erti kata lain, dasar serta hala tuju di bawah WKB 2030 ini tidak pun melihat dan mengambil kira tindakan dan keputusan sedia ada kerajaan yang nampaknya saling bercanggah.


Ketiga, bagaimanakah rakyat jelata dapat mempercayai pelan dan perancangan WKB 2030, sedangkan pengiraan asas yang menjadi dasarnya pun sudah tidak betul?


Sasaran pertumbuhan KDNK negara 4.7% setahun di bawah WKB2030 untuk mencapai sasaran KDNK RM3.4 trilion pada tahun 2030 adalah salah. Kiraan alternatif yang diberikan oleh pelbagai pihak menunjukkan bahawa negara kita sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 7.36% untuk mencapai angan-angan tersebut.


Saya menuntut pihak kerajaan, khususnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk menjawab, mempertahan atau memberikan penjelasan pertikaian berhubung kesalahan pengiraan ini.

Sekiranya pengiraan yang begitu mudah dan asas ini sekali pun sudah tidak boleh dipercayai, bagaimana mungkin untuk kita menerima sahaja segala sasaran berlipat ganda dan pelbagai teras strategik yang lain?

Pengiraan tentang jurang pendapatan, perbandingan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan negara luar dan beberapa statistik lain nampaknya ditafsirkan secara semberono dan sesuka hati (tanpa mengambil kira kadar inflasi dan nisbah yang betul serta konsep pembangunan dan pertumbuhan) seolah-olah semuanya bertujuan cuba mengaburi mata masyarakat.

Namun, sekalipun terdapat pelbagai kesilapan pengiraan dan kelemahan dalam perkara-perkara asasnya, WKB 2030 telah pun dilancarkan. Maka, sebagai pihak pembangkang yang bertanggungjawab, adalah penting untuk kita memberikan saranan dan ulasan konstruktif agar berlaku proses semak imbang yang wajar.

Bukan prestasi ekonomi semata-mata

Adalah diakui bahawa usaha dan teras strategik untuk membetulkan dan membaik pulih defisit polisi lama negara perlu diteruskan bagi menjamin kesejahteraan dan keterangkuman rakyat Malaysia.

Namun, beberapa isu spesifik perlu diketengahkan.

Pertama, hujah kemakmuran bersama tidak boleh hanya berkisarkan prestasi ekonomi semata-mata. Tetapi ia harus merangkumi kualiti hidup rakyat yang meliputi prestasi tadbir urus, keselamatan dan sekuriti, pendidikan, kebebasan individu dan kelestarian alam sekitar.

Justeru, usaha membangunkan indikator sosial baru termasuk indeks perpaduan, indeks kesihatan rakyat, indeks perubahan iklim dan alam sekitar adalah sesuatu yang diakui baik dan wajar.

Akan tetapi, kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh sekadar asyik dengan indeks yang dibangunkan sendiri lalu menafikan penarafan antarabangsa. Sebaliknya, amalkanlah sifat terbuka untuk mengambil kira juga indeks komprehensif yang objektif dan diiktiraf pada skala antarabangsa seperti ‘OECD Better Life Index’, ‘Human Development Index’, ‘World Happiness Report’ dan ‘Social Progress Index’.



Kedua, kayu pengukur dan garis penandaan yang digunakan perlulah sesuai dengan peredaran masa dan konteks terkini.

Analisis terbaru Institut Penyelidikan Khazanah mendapati tidak semua golongan B40 memerlukan bantuan sosial yang sama. Malah, Laporan ‘Penandaan Isi Rumah: Satu Analisis Bersepadu Pendapatan dan Perbelanjaan’ telah mengutarakan bahawa isi rumah B20 lebih memerlukan bantuan kebajikan secara langsung seperti bantuan tunai dan subsidi, manakala M50 lebih memerlukan pemerkasaan dan perluasan akses terhadap peluang menambahkan pendapatan mereka.

Klasifikasi isi rumah turut perlu diperhalusi dengan mengambil kira perbezaan pendapatan dalam lokasi berbeza serta perbezaan saiz isi rumah untuk memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran. Hal ini penting untuk disertakan dalam mekanisme perlaksanaan pengurusan polariti dalam WKB 2030.

Ketiga, adalah penting untuk diingatkan sekali lagi bahawa penghalang utama kepada kemakmuran bersama adalah pendapatan yang melampau tinggi dan tumpuan kekayaan dalam kelompok kecil golongan orang kaya, yang rata-ratanya lahir melalui strategi ekonomi ‘laissez-faire’ dan polisi ‘trickle-down economics’ semasa zaman Perdana Menteri ke-4.

Memandangkan WKB 2030 melaporkan bahawa “75% rakyat Malaysia tidak dapat menyediakan RM1,000 semasa waktu kecemasan” dan “majoriti rakyat Malaysia akan kehabisan tunai dalam masa seminggu sekiranya hilang sumber pendapatan”; polisi ‘trickle-down economics’ tidak boleh diteruskan tanpa berhati-hati.

Jika tidak, sekali lagi kekayaan negara hanya akan dikongsi dengan golongan tertentu sahaja dan hanya mereka yang akan ‘makmur bersama’.

Keempat, bagaimanakah gelombang baru penswastaan akan sehaluan dengan Kemakmuran Bersama?

Adakah usaha untuk mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi dan pelupusan pelbagai aset strategik negara dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan mewujudkan orang tengah yang mendapat keuntungan atas angin (‘rentier’) sekali lagi?

Akhir sekali, jika Kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan bahawa buku manifesto PRU yang “digubal dengan usaha dan titik peluh pakar strategik dengan kerjasama pakar pelbagai pemegang taruh dan penyelidik” (seperti yang diutarakan oleh Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Bersatu) sekalipun boleh diketepikan begitu sahaja, sehinggakan Perdana Menteri baru-baru ini mengakui kerajaan berdepan kekangan tertentu untuk memenuhi setiap janjinya, apakah jaminan yang kita ada bahawa WKB2030 ini akan dilaksanakan dengan serius dan tidak berdepan dengan nasib yang sama?

Jangan sampai WKB 2030 ini tidak lebih dari sekadar satu lagi retorik politik terdesak yang dibentangkan menggunakan angka-angka yang salah dan tidak tepat.



ISMAIL SABRI merupakan ketua pembangkang.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,386
Reaction score
5,798
Points
1,346
'Ilmu hisab mana PH pakai, pengiraan sasaran KDNK 2030 salah'

Diterbitkan 5 Okt 2019, 10:19 malam | Dikemaskini 5 Okt 2019, 11:05 malam



Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kemahiran matematik menteri Pakatan Harapan (PH) dengan berkata bahawa pengiraan Putrajaya dalam menyasarkan nominal RM3.4 trillion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030 adalah salah.

Terdahulu, berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang diumumkan, sasaran itu bakal tercapai jika KDNK negara naik pada kadar purata sebanyak 4.7 peratus setahun dari 2021 hingga 2030.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan pengiraan tersebut salah dan kadar purata perlu barada dalam anggaran 7.36 peratus setahun untuk mencapai sasaran.



Ini adalah kerana KDNK untuk tahun 2018 adalah RM1.45 trilion.



Pada kadar 4.7 peratus, Najib berkata KDNK hanya akan berjumlah RM2.53 trilion menjelang 2030.



Najib menggunakan rumusan kadar pertumbuhan tahunan bagi menunjukkan bahawa pengiraan matematik Putrajaya adalah salah.



Dua hari lepas, sebelum WKB2030 diketahui umum, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga menyatakan bahawa KDNK perlu berkembang antara 6 hingga 8 peratus untuk mencapai sasaran 2030, walaupun tidak jelas sasarannya pada masa itu.



Malaysiakini membuat pengiraan ulang berkenaan perkara tersebut dan mendapati bahawa pengiraan yang dibuat Najib betul.



Bank Dunia menganggarkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2019 hanya pada 4.6 peratus.



China, yang merupakan antara negara ekonomi paling pesat berkembang di dunia, kali terakhir mencatat pertumbuhan KDNK dua digit pada tahun 2010.



Sejak itu ia semakin menurun, dengan pertumbuhan KDNK 2018 pada 6.9 peratus.



Terdapat hujah diperkatakan bahawa terdapat angka yang berbeza bagi jumlah KDNK sebenar dan nominal.

Secara ringkas, KDNK sebenar menyesuaikan angka nominal untuk menjelaskan kadar inflasi atau deflasi.



Bagaimanapun, angka KDNK nominal suku tahunan menunjukkan bahawa Malaysia mungkin tidak mempunyai perbezaan yang ketara untuk 2018.



Jadi, sasaran pertumbuhan 4.7 peratus masih tidak akan menghasilkan KDNK sebanyak RM3.4 trilion pada tahun 2030.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register