- Joined
- Mar 27, 2008
- Messages
- 12,037
- Reaction score
- 159
- Points
- 123
bAGI mereka yang membesar dengan komik Gila-Gila, pasti sketsa komedi itu yang mengangkat watak daripada majalah lawak paling popular di Malaysia satu ketika dulu itu dapat mengimbau nostalgia zaman persekolahan mereka.
Sketsa komedi Gila-Gila ini menampilkan lawak yang disampaikan secara bersahaja dan dekat di hati serta kehidupan masyarakat. Sketsa terbitan Box Lite Films ini menampilkan sentuhan Amore Rizan dan Michael Ang. Selaku pengarah, Michael berkata, dia memang menanti peluang mengarahkan sketsa yang diadaptasi daripada komik Gila Gila itu.
"Saya dapat idea buat sketsa ini ketika berbincang dengan Pengurus Saluran Astro Prima/Warna, Nizam Sani di satu lokasi penggambaran drama. "Terus terang, saya tidak mahu buat sketsa yang nampak ***** sebab itu saya cadangkan kepada Astro Warna untuk buat sketsa daripada komik Gila Gila.
"Saya sendiri suka baca komik itu sejak dulu. Pada masa sama, saya tidak fikir pemilik komik itu, Jaafar Taib akan beri kebenaran untuk kami menerbitkannya dalam bentuk sketsa. Bagaimanapun, Astro Warna menerima idea saya untuk buat sketsa Gila Gila ini," katanya. Michael berkata, dia juga berjumpa Jaafar untuk mendapat kebenaran dan syukur Jaafar juga beri sepenuh kepercayaan pada saya untuk mengadaptasi komik Gila Gila yang diterbitkan sejak 1978. "Segmen satu, From Taiping With Love, Adegan Yang Kita Tidak Ingin Lihat, Atuk Aku. Segmen dua pula, Tan Tin Tun, Adegan Yang Kita Tidak Ingin Lihat dan Aku Budak Minang. "Manakala, segmen tiga, 3 Dara Pingitan, Adegan Yang Tak Patut Dilihat dan Old Malay movie spoof," katanya. Michael berkata, dia sangat menyukai karakter 3 Dara Pingitan iaitu Anoi, Esah dan Awa dalam komik Gila Gila itu. "Idea sudah ada dan saya hanya ubah suai sedikit cerita itu untuk menjadikannya lebih menarik. Kisah tiga dara dari zaman sekarang hingga mereka buat bisnes. Selain itu, saya juga petik banyak lawak daripada komik itu. "Sebanyak 95 peratus sketsa ini sama dengan jalan cerita asalnya. Dalam Old Malay movie spoof, kami ubah nama filem kepada KL Meraung (KL Menjerit), Jangan Pandang Depan dan Cinta Kolestrok dan sebagainya" katanya.
Michael berkata, dia tidak berhadapan dengan masalah sepanjang mengarahkan mengarahkan sketsa itu. "Semua pelakon komedi seperti Didie Alias, Enot dan Sharifah Shahora cukup berpengalaman dan hanya dua saja pelakon yang baru iaitu Soya dan Bob Fahrin. Selain itu penampilan Along Raja Lawak. "Sketsa ini juga dibintangi pelakon veteran, Norlia Ghani yang menjadi emak dalam 3 Dara Pingitan. Ia kali pertama saya bekerja dengannya dalam drama. Pemilihan pelakon diputuskan saya dengan persetujuan pihak Astro Warna. Seramai tujuh pelakon adalah tetap dan watak undangan antaranya Fauzi Nawawi," katanya. Dia ditemui selepas majlis tayangan program terbaru di Astro Warna iaitu sketsa komedi Gila-Gila, Anak Mami Mek Ani, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Ada Aku Kisah di Cathay Cineplek, The Curve, Mutiara Damansara di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Shahora berkata, dia tertarik berlakon cerita itu kerana memang membesar dengan komik Gila-Gila.
"Saya memang ada koleksi lama komik Gila-Gila. Bila dapat tawaran buat cerita ini saya terus mencari koleksi lama komik itu.
Saya tidak ada masalah untuk menjiwai watak Awa dalam 3 Dara Pingitan kerana sudah memahami karakter itu. Saya sudah baca komik itu terlebih dulu untuk memahami karakter Awa. "Saya, Didie dan Enot juga tidak ada masalah untuk bergandingan bersama kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Apabila kami digandingkan bersama memang gamat jadinya suasana di lokasi. "Memang kami banyak ketawa di set kerana semua kepala 'gila gila' dan ia pengalaman yang sungguh menyeronokkan sepanjang penggambaran cerita ini," katanya.
Kata Shahora lagi, pelakon yang juga kartunis, Soya yang banyak beri maklumat mengenai watak mereka dalan 3 Dara Pingitan.
"Watak Awa, adalah lurus bendul iaitu cakap banyak tapi otak kosong dan watak Didie pula, Esah, seperti 'kakak' kerana dia yang paling tua daripada kami bertiga. Enot pula bawa watak Anoi. "Pengarah juga terpaksa kawal lakonan kami supaya tidak lari daripada skrip Gila-Gila. Naik angin juga kami kerana lakonan kami dikawal," katanya. Kata Shahora lagi, dia percaya sketsa Gila-Gila itu akan mendapat sambutan apabila disiarkan di kaca TV nanti.
"Maklumlah, sudah 10 tahun saya tidak baca komik Gila- Gila. Saya percaya ramai peminat komik itu tidak sabar menonton cerita ini," katanya. Sketsa komedi, Gila-Gila akan bersiaran setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 29 November ini di Astro Warna.