BTC USD 48,893.3 Gold USD 1,787.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada dengan polisi tabung amanah haji palsu

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 3 Jan. — Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan risalah Kumpulan Wang Simpanan Usahawan (KWSU) berhubung Polisi Tabung Amanah Haji yang kini tersebar luas di Banting, Selangor.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Abdul Rashid Hussein berkata TH merupakan satu-satunya agensi yang dilantik kerajaan bagi menguruskan dana simpanan wang bakal jemaah haji Malaysia.

“TH juga merupakan agensi tunggal yang menguruskan urusan perjalanan haji semenjak penubuhannya 45 tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata simpanan dalam TH dijamin kerajaan dan kadar pulangan tahunan yang diberikan dalam bentuk bonus tahunan sentiasa kompetitif dengan pasaran semasa.

Katanya dakwaan risalah itu membolehkan semua orang mempunyai satu bentuk simpanan yang lebih sistematik dan teratur tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

“Ini memandangkan TH telah mempunyai rekod latar belakang dalam menguruskan dana pendepositnya dengan lebih baik, sistematik, teratur dan selari dengan perkembangan teknologi,” kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pembukaan akaun di TH adalah serendah RM2 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa dan tidak ada had maksimum tertentu.

“TH ingin menasihkatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak tertipu dengan kumpulan sindiket yang cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui penipuan,” katanya.

Sementara itu, ketika Bernama menghubungi salah seorang anggota wakil polisi itu berdasarkan kepada risalah yang diedarkan, mendapati kumpulan tersebut beroperasi secara bersemuka dengan pelanggan dan tidak ada bangunan pejabat.

Wakil itu berkata segala transaksi dijalankan bersemuka dengan pelanggan di sekitar Banting dengan tempat ditentukan oleh pihaknya.

Beliau berkata untuk sebarang pendaftaran, pelanggan hanya perlu membawa wang sebanyak RM5,000 dengan salinan kad pengenalan, dan jumlah wang yang sama perlu ditambah setiap tahun untuk mengaktifkan polisi mereka.

Katanya, sistem pelaburan mereka turut meliputi perlindungan insuran, bagaimanapun beliau mendakwa wang pelaburan itu akan dipindahkan ke akaun TH menggunakan draf bank.

Guna saluran yang betul jangan mudah tertarik dengan tawaran orang perseorangan...
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Messages
38,557
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Aku tak faham ngan jenis manusia yang berani menipu fund orang nak menunaikan Haji nie....~X(~X(~X(~X(

Nanti duduk Neraka Level berapa tu? :-?
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Aku tak faham ngan jenis manusia yang berani menipu fund orang nak menunaikan Haji nie....~X(~X(~X(~X(

Nanti duduk Neraka Level berapa tu? :-?

Dok ngan firaun sekali kot...:mad:
 

underscore

Legendary Member
Messages
12,011
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,011
Reaction score
4,436
Points
206
tak kisahlah pegi haji dgn syarikat mana pon,
yg penting tanya dulu orang pernah berurusan dgn syarikat yg kita nak ambik.
 

nazim5123

Active+ Member
Messages
4,698
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
bnm tak kan tak buat apa apa kot ni kira dah macam amik deposit haram
 
Sponsored Post
Top
Log in Register