Waspada ajaran sesat di pusat urut

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PULAU PINANG - Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) mengesan kegiatan ajaran sesat yang mula berkembang ke negeri ini dengan berselindung di sebalik pelbagai aktiviti perniagaan termasuk membuka pusat refleksiologi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mendakwa kumpulan itu membuka sebuah pusat refleksiologi.

Katanya, ketika proses rawatan mengurut, tukang urut dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu akan membaca mentera tertentu dan menyebut:

"Ya Allah dengan berkat dan karamah guruku, sembuhkanlah penyakit..."

"Kita dapati ajaran mereka mula berkembang secara sulit kerana apabila disoal siasat, pekerja di situ tidak mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan berkenaan," dedahnya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas kejayaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menumpaskan satu kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Abdul Rejab di Putrajaya kelmarin.

Ghazali berkata, ketua kumpulan itu yang mendakwa kerabat diraja itu turut menggunakan kanak-kanak berusia antara lapan dan 11 tahun untuk mengutip derma bagi menjana pendapatan.

Katanya, siasatan jabatannya mendapati, kanak-kanak itu meminta derma dan penderma akan dihadiahkan cakera padat lagu dakwah.

"Cakera padat lagu dakwah itu adalah nyanyian dua penyanyi dan kita sedang siasat kaitan antara lagu-lagu itu dengan kegiatan kumpulan berkenaan," katanya.

Katanya, antara percanggahan akidah dalam ajaran tersebut adalah mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah; mengadakan kuliah tertutup untuk ahli serta mendakwa didampingi 'Pak Syeikh' atau Wali Allah.

Ketua kumpulan itu pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
pusat urut pun ada ajaran sesat...setau aku ajaran sedap byk la..:)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register