Wartawan tuntut Google buat bayaran

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,596
Reaction score
8,826
Points
2,226

PARIS: Ratusan wartawan menggesa pegawai Eropah mengambil tindakan terhadap Google, berhubung keengganannya membayar syarikat media kerana mempamerkan kandungan berita, pelanggaran undang-undang hak cipta ketat terbaharu Kesatuan Eropah (EU).

Perancis adalah negara pertama mengesahkan undang-undang itu, yang diluluskan tahun ini dan berkuat kuasa hari ini untuk memastikan penerbit diberi bayaran apabila hasil kerja mereka disiarkan atas talian.

Namun bulan lalu, Google berkata artikel, gambar dan video cuma akan ditunjukkan dalam hasil pencarian jika firma media membenarkan gergasi teknologi itu menggunakan ia secara percuma.

Jika enggan berbuat demikian, cuma tajuk dan pautan kepada kandungan berita yang akan muncul, kata Google, hampir pasti menyebabkan penerbit hilang perhatian dan hasil iklan.

Kira-kira 800 wartawan selain jurugambar, pengarah filem dan ketua pegawai eksekutif media menandatangani surat terbuka yang disiarkan akhbar seluruh Eropah menggesa kerajaan memastikan Google dan firma teknologi lain mematuhi undang-undang baharu EU itu.

“Undang-undang itu berisiko tidak membawa apa-apa makna sebelum ia dikuat kuasa.

“Keadaan yang wujud sekarang, menyaksikan Google menikmati kebanyakan hasil iklan dijana berita yang dikumpul tanpa sebarang bayaran, tidak boleh dipertahankan dan meletakkan media dalam krisis mendalam setiap tahun,” menurut surat yang menyifatkan tindakan Google itu sebagai penghinaan kepada kedaulatan negara Eropah.

Presiden Kesatuan Agensi Berita Eropah dan Persatuan Penerbit Akhbar Eropah turut menandatangani surat berkenaan.

Google menegaskan ia memberi manfaat kepada penerbit berita dengan menyalurkan lebih lapan bilion lawatan ke laman web mereka setiap bulan di Eropah.

“Kami tidak membayar untuk pautan dimasukkan ke dalam hasil carian kerana ia akan meremehkan kepercayaan penggunan,” kata timbalan presiden Google yang bertanggungjawab ke atas berita, Richard Gingras, di Paris bulan lalu. — AFP


 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,797
Reaction score
1,303
Points
206


Google’s sample screenshot, showing how searching for news might look under the EU Copyright Directive.

tiada petikan ringkas, tiada gambar. hanya pautan.
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,793
Reaction score
1,027
Points
196
ini gaduh sbb google tak nak byr duit adsense ke?

ke gaduh sbb target keyword tak naik 1st page google dkt SERP? ekekekeke
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,596
Reaction score
8,826
Points
2,226

Media Perancis kemuka aduan terhadap Google


PARIS: Media Perancis kemuka laporan terhadap Google kepada pengawal selia persaingan negara kerana tidak mahu membayar syarikat akhbar kerana menyiarkan kandungan mereka dalam menentang undang-undang baharu hak cipta Kesatuan Eropah (EU) yang ketat.

Persatuan akhbar APIG, menghimpunkan puluhan kumpulan akhbar kebangsaan, wilayah dan tempatan berkata mereka akan mendesak kerajaan Perancis agar mengambil tindakan terhadap syarikat gergasi internet Amerika Syarikat (AS) itu.

Agensi berita antarabangsa, Agence France-Presse (AFP), bukan anggota persatua itu berkata, mereka sudah menyiapkan aduan berasingan.

Perancis adalah negara pertama yang mengesahkan undang-undang hak cipta EU baharu yang diluluskan pada tahun ini dan berkuatkuasa hari ini untuk memastikan penerbit diberi pampasan apabila hasil kerja mereka disiarkan dalam talian.

Bagaimanapun, Google berkata, artikel, gambar dan video yang disiarkan dalam hasil carian dalam talian hanya digunakan, jika syarikat media bersetuju untuk membenarkan syarikat teknologi gergasi itu menggunakannya secara percuma.

Menurut Google, sebaliknya, jika mereka menolak, hanya tajuk dan pautan kosong kandungan akan disiarkan yang menyebabkan kerugian siaran dan potensi hasil iklan untuk penerbit.

Susulan perkembangan itu semalam, ratusan wartawan termasuk jurugambar, penerbit filem dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menandatangani surat terbuka yang disiarkan di dalam akhbar seluruh Eropah mendesak kerajaan memastikan Google dan beberapa syarikat teknologi mematuhi undang-undang baharu EU itu. - AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register