Wartawan Pertahan Laporan Orang Asli Di Pelupusan Sampah

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,923
Reaction score
3,003
Points
236
16.02.2020 - Muadzam Shah, Wartawan foto bebas SC Shekar berkata beliau mempunyai video dan bukti foto yang menyokong laporan berita tentang satu komuniti Orang Asli di bandar Muadzam Shah, Pahang yang terpaksa mengutip di tapak pelupusan sampah untuk kelangsungan hidup.

Menurut Shekar beliau tegas mempertahankan laporan pendedahan tersebut yang disiarkan oleh portal berita Malay Mail selepas agensi berita nasional BERNAMA melaporkan penafian oleh salah seorang anggota masyarakat Jakun semalam.

Shekar berkata beliau telah mendokumentasikan tentang komuniti berkenaan sejak 10 bulan lalu dan melihat sendiri kanak-kanak mengutip sampah di kawasan itu dan keadaan amat memilukan kerana perkara tersebut telah lama berlarutan.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah nyata dan beliau mempunyai bukti dalam bentuk video, foto dan interaksi bersama komuniti berkenaan, lapor Malay Mail.

Wartawan itu juga mendakwa beliau tidak melihat bukti bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) prihatin terhadap kebajikan komuniti berkenaan.

Dalam pada itu Shekar berkata beliau bersama NGO Yayasan Keamanan Global sering kali menyumbang keperluan asas seperti susu dan makanan kepada komuniti Jakun yang tinggal di Bukit Ibam, Bandar Muadzam Shah dan “bukan di kawasan buangan sampah di Jalan Bukit Ibam” seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

“Saya kenal Orang Asli yang membuat kenyataan melalui JAKOA Pahang. Beliau seorang yang baik dan beliau hanya mahu hidup.

“Tetapi mengapa baru sekarang JAKOA bersuara, setelah perkara ini dilaporkan oleh media? Kenapa tidak sebelum ini apabila komuniti berkenaan memerlukan bantuan?” tanya Shekar.

Bernama sebelum ini melaporkan kenyataan Mahmud Dom, 55, sebagai mewakili kumpulan yang dirakamkan di kawasan pelupusan sampah tersebut bahawa mereka hanya ke situ untuk mencari tin, botol dan besi buruk yang boleh dijual sebagai bahan kitar semula bagi menambah pendapatan.

Mahmud memberitahu Bernama bahawa beliau tidak pasti niat sebenar pihak yang membuat dakwaan berkenaan dan menggambarkan seperti ia tidak menghormati komunitinya, selain memburukkan kerajaan negeri Pahang, JAKOA dan negara.

Laporan asal berita tersebut dibuat dengan kerjasama Yayasan ECM Libra yang menyediakan dana dan melakukan pelbagai kerja amal, terutama berhubung pendidikan komuniti peribumi di semenanjung dan Sabah dan Sarawak, terutama kaum Orang Asli.

Dalam satu kenyataan malam tadi Malay Mail dan Pengerusi Yayasan ECM Libra, Datuk Seri Kalimullah Hassan mempertahankan Shekar dengan berkata beliau juga pernah mengunjungi kawasan berkenaan dan melihat sendiri keadaan teruk kehidupan komuniti Jakun di bandar Muadzam Shah.

Menurut Kalimullah pemegang konsesi kawasan pelupusan sampah itu, Greenviro Solutions Sdn Bhd yang bertanggungjawab ke atas lokasi tersebut bermula Disember lalu telah bersetuju untuk mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
Menurut Malay Mail, Kalimullah juga berkata Orang Asli yang diwawancara oleh Bernama itu diberi tekanan untuk berbuat demikian.
Kalimullah yang merupakan seorang bekas wartawan berkata beliau mengenali jurucakap Orang Asli itu dan juga maklum bahawa anggota komuniti itu terpaksa bekerja mengutip di kawasan berkenaan untuk menampung sara hidup.

“Saya faham mengapa beliau menukar pendirian daripada apa yang beliau ceritakan pada kami. Orang miskin yang ditekan tidak mempunyai banyak pilihan.

“Pendirian pihak JAKOA yang berpura-pura masalah itu tidak wujud tidak akan mampu melenyapkan isu tersebut. Dengan cara berpura-pura itu mereka hanya akan memastikan Orang Asli yang terbabit mati secara perlahan.



“Tidak pernah disebut mana-mana pun bahawa mereka tinggal di kawasan pelupusan sampah. Mereka hanya berkata bahawa mereka mencari rezeki di kawasan itu.

Saya bercakap dengan ketua komuniti itu sendiri. Kampung mereka terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari situ – tanpa bekalan air bersih dan tanpa bekalan elektrik. Itu adalah FAKTA,” tambah beliau.

Kalimullah berkata JAKOA tidak menjalankan tugas mereka.

Dalam pada itu beliau mengesahkan komitmen yayasan tersebut untuk terus membantu menyalurkan bantuan kebajikan kepada penempatan Orang Asli lain yang menurutnya juga dilupakan oleh JAKOA.

“Rumah-rumah mereka tiada bekalan air dan elektrik. Ini adalah FAKTA. Dan boleh diperiksa oleh wartawan yang sudi turu n ke padang.

“Bagi saya, Yayasan ECM Libra akan terus memberikan bantuan seperti mana kami lakukan sejak sedekad yang lalu untuk banyak penempatan Orang Asli di Perak dan Negeri Sembilan – TANPA sebarang bantuan daripada JAKOA,” tegas Kalimullah.

Berita asal https://www.hatred contents/news/wh...ar-muadzam-shah-pahang-kalimullah-has/1837919
 
Top
Log in Register