BTC USD 42,407.7 Gold USD 1,775.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wartawan Lapor Polis, Keliru Jenis Vaksin Di Terima Dos Pertama

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
28.07.2021 - Kuala Lumpur, Seorang wartawan membuat laporan polis selepas keliru dengan jenis vaksin bagi dos pertama yang diterimanya. Lelaki berusia 47 tahun itu berkata, ia selepas Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 dan kad temu janji untuk dos kedua miliknya menunjukkan jenis vaksin yang berbeza.

"Ketika disuntik dos pertama, saya menandatangani borang persetujuan untuk vaksin Pfizer. Tetapi kad temujanji saya untuk dos kedua menunjukkan saya akan disuntik dengan vaksin Sinovac. Kini saya keliru dan tertekan kerana apakah jenis vaksin yang sebenarnya saya terima ketika dos pertama," katanya yang enggan dinamakan kepada Malaysiakini.

Menurutnya, dia menerima dos pertama vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai, Taman Bukit Mewah di Kajang, Selangor pada 16 Jun lalu. Dia membuat laporan polis di Balai Polis Semenyih pada 24 Julai lalu bagi meminta penjelasan terperinci daripada Kementerian Kesihatan. Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan laporan polis tersebut dan berkata kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Malaysiakini juga telah menghubungi adan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini. Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, lelaki itu berkata selepas tidak dapat hadir temu janji dos kedua pada 7 Julai kerana tidak sihat, dia ke PPV Bangi Golf Resort Club pada 24 Julai. Ketika itu, katanya, kakitangan di PPV memberitahu dia akan menerima vaksin Sinovac berdasarkan kad temu janjinya.

"Saya rasa terkejut dan beritahu pegawai kesihatan berkenaan bahawa saya tak boleh menerima Sinovac kerana telah disuntik dengan vaksin Pfizer. Saya tunjukkan surat pengesahan suntikan Pfizer yang saya tandatangani (tetapi) dia beritahu kad temu janji adalah (untuk) vaksin Sinovac," katanya.

Katanya lagi, pegawai itu kemudian membuat semakan rekod dan mengesahkan yang dia memang menerima vaksin Pfizer untuk dos pertama dan memberitahu dia akan diberikan vaksin yang sama untuk dos kedua.

"Tetapi saya minta penangguhan kerana rasa keliru sama ada dos pertama yang disuntik adalah Pfizer atau Sinovac," katanya menurut laporan itu.

Ketika bercakap dengan Malaysiakini, dia juga berkata pegawai tersebut memaklumkan terdapat kesilapan pada kad temu janji yang diterimanya.

"Dia kata saya diberi kad temu janji Sinovac kerana kad temu janji untuk Pfizer sudah habis. Tapi saya tangguh suntikan kedua kerana bimbang suntikan vaksin berlainan akan mengakibatkan masalah kesihatan," katanya lagi.​

1627432574568.png
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,237
Reaction score
5,979
Points
321
Ala x mati la cucuk vaksin berbeza jenis..
Semua tu xde kajian lagi..
Takyah risau sangat..

Dah kau sign borang sukarela kan ?

Vaksin campur ke, vaksin angin ke..
Semua tu nothing wrong..

Jgn bnyk songeh..
Orang dh bg vaksin pun banyak bising lagi..
X bersyukur langsung..

Ramai lgi x dpt vaksin..
Fikir la sikit..

k next :)
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Ala x mati la cucuk vaksin berbeza jenis..
Semua tu xde kajian lagi..
Takyah risau sangat..

Dah kau sign borang sukarela kan ?

Vaksin campur ke, vaksin angin ke..
Semua tu nothing wrong..

Jgn bnyk songeh..
Orang dh bg vaksin pun banyak bising lagi..
X bersyukur langsung..

Ramai lgi x dpt vaksin..
Fikir la sikit..

k next :)

dia mungkin risau baca berita sebelum ni pompuan Thai mati lepas dapat 2 vaksin berbeza kot ..
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
2,059
Reaction score
569
Points
81
Dia kata saya diberi kad temu janji Sinovac kerana kad temu janji untuk Pfizer sudah habis. Tapi saya tangguh suntikan kedua kerana bimbang suntikan vaksin berlainan akan mengakibatkan masalah kesihatan," katanya lagi.
SOP pengurusan x dikawal oleh quality management system.staff x terlatih utk handle "apa perlu dibuat kalau document2 tertentu x available?".
walaupon nampak kes remeh,tp hal kesihatan & persepsi org jgn ambik mudah.mcm mn nak develop keyakinan kalau hal2 mcm ni asyik jadi?serupa mcm kes cucuk vaksin kosong la.
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,237
Reaction score
5,979
Points
321
SOP pengurusan x dikawal oleh quality management system.staff x terlatih utk handle "apa perlu dibuat kalau document2 tertentu x available?".
walaupon nampak kes remeh,tp hal kesihatan & persepsi org jgn ambik mudah.mcm mn nak develop keyakinan kalau hal2 mcm ni asyik jadi?serupa mcm kes cucuk vaksin kosong la.

Boss nak tahu, vaksin yg ada punya banyak side effect..

Takde data clinical trial kpd org yg hadapi masalah kesihatan kemudian ambil vaksin..

This is true.. Bukan masalah SOP shj..

Saringan yg KKM buat kpd rakyat yg layak ambil vaksin juga bagai "test subject" xde sop yg ketat..
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,237
Reaction score
5,979
Points
321
dia mungkin risau baca berita sebelum ni pompuan Thai mati lepas dapat 2 vaksin berbeza kot ..

Takde pun clinical trial data orang test 2 vaksin berbeza jenis..

Apa yg thailand buat cuma test subject direct..
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,121
Reaction score
2,392
Points
201
Nah aii jenuh dia risau tu, apa2 biaq la polis siasat
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,931
Reaction score
546
Points
86
human error ni dlm dokumentasi..main juta2 dokumentasi ,dan pelbagai vac yg diguna,kesilapan boleh berlaku..
biasa akan diberitahu sblm cucuk vaksin apa yg diguna..dlm kad yg pertama pun ada tulis..
so lau berbeza ,jgn terima..boleh lapor kat pihak yg berkaitan..
kita pun kena cakna juga..
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,410
Reaction score
139
Points
43
kat arab saudi deme campur je suntik AZ ngn pfizer..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register