Warkah buat pesara tentera

CG Sponsors




tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Salam dan selamat sejahtera buat seluruh Warga Angkatan Tentera Malaysia Khasnya....semoga skot-skot dan sahabat handai serta taulan bergembira menghadapi saat saat persaraan dan kehidupan sebagai orang awam setelah hampir 21,22,23,24 dan 25 tahun berada dalam perkhidmatan ketenteraan yang penuh dengan disiplin dan kekangan yang maha hebat.

Warkah ini saya tujukan khas buat bakal pesara dan yang sudah bersara , walaupun saya sedar tak ramai yang seusia saya menggunakan internet dan laptop dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin generasi baru jer yang masih berkhidmat menggunakan kemudahan ini coz dulu zaman saya tak der semua benda ni...saya terlibat dalam dunia internet dan menjadi seorang interprenur adalah atas dasar minat dan ingin berjaya seperti orang lain dan berkat daya dan usaha saya tanpa jemu mempelajari maka saya mampu menggunkan kaedah moden ini ...:D

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah kesedihan saya terhadap kawan-kawan yang masih dalam perkhidmatan dan bakal bersara yang sering mengambil sikap acuh tak acuh sebelum menghadapi dunia persaraan sebenar....mana tidaknya mereka tidak pernah terfikir diluar kotak minda mereka untuk merancang apa yang bakal mereka lakukan setelah menamatkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan nanti.

Rata-rata usia persaraan adalah antara umur 40 dan 41 tahun dan usia ini di kira masih muda dan jangka hayat rakyat Malaysia kini boleh mencecah sehingga 77 tahun mengikut kajian . Jadi apa perancangan yang anda nak buat selepas bersara nanti, adakah nak bekerja makan gaji, kerja sendiri atau buat bisnes ...segala-galanya adalah atas diri anda sendiri...jangan anda fikirkan dengan pangkat yang anda sandang sekarang mungkin sehingga PW 1 dan gaji anda RM3,500 ke RM3,700 akan memberi keselesaan pada usia persaraan anda nanti, fikirlah yang bila anda bersara nanti gaji anda hanya akan tinggal setengah sahaja dan anda akan perolehi hanya RM1,500 atau RM1,6000 atau RM1,700 dan anda perlu menanggung pembayaran kos pemotongan pembelian rumah, kos sara hidup dengan anak-anak yang semakin membesar serta peningkatan harga barang??? Mungkin semasa sedang berkhidmat anda selesa dengan gaji begini namun setelah bersara nanti pasti anda akan rasa kejutan yang maha hebat.

Kejutan persaraan akan lebih di rasai bagi mereka-mereka yang tak pernah tinggal di luar (SOP) dan hanya tinggal di Quarter selama usia persaraan dan jarang bercampur dengan orang awam. Saya tidak cuba menakut-nakutkan anda tetapi inilah realitinya apa yang berlaku pada segelintir sahabat-sahabat kita.

Jangan skot rasa selesa dengan membeli sebuah rumah yang besar dengan harga hingga RM130 Ribu atau RM170 Ribu...kerana semua ini sebenarnya akan mengundang masalah bila bersara nanti kerana potongan bulanan pastinya antara RM700 ke RM800 sebulan...maka kekangan kewangan akan berlaku dan hati kita tak akan tenteram , mungkin orang lain lihat kita hebat miliki rumah sebegini namun kita sendiri yang akan alami kesengsaraan. Biarlah rumah Flat atau rumah hanya berharga RM50 ribu atau RM60 ribu namun kita akan rasa tenang dan aman tanpa masalah kewangan.

Nasihat saya kepada skot skot semua rancangkan kerjaya persaraan anda 2 atau 3 tahun sebelum melangkah ke dunia awam sebenar..dan cuba survey ...apa yang skot nak lakukan masa bersara nanti, jangan tertangguh tangguh di samping kerjaya ketenteraan kita tidak di abaikan. Hadirilah kursus yang di anjurkan oleh PERHEBAT dan jangan "curi tulang" dan hanya nak kursus di belakang rumah sahaja. Pilih bidang kursus yang berkaitan dengan apa kerjaya kita akan ceburi setelah tamat perkhidmatan nanti. Lakukan dari sekarang dan jangan hanya lakukan setelah bersara dengan harapan nak jalankan perniagaan setelah mendapat wang saguhati (Gratuiti) dan duit tabung. Saya sedar rata-rata pesara akan perolehi antara RM130,000.00 ke RM150,000.00 semasa bersara nanti tapi nasihat saya..sebenarnya jumlah itu tidak banyak dan akan habis skot gunakan paling lama pun dalam tempoh 3 tahun dan ada yang 1 tahun dah habis lepas tu mula ler terkontang-kanting.

Ubahlah persepsi mentaliti askar dulu dulu lepas bersara jer..apply jadi Pak Guard...kerana guard ni dah sinonim dengan anggota tentera..saya tidak menghina kerjaya ini tetapi cubalah cari sesuatu kerjaya yang lebih baik...atau lebih menjamin masa depan anda...bersama keluarga....dah 22 tahun anda dalam tentera tak kan masih nak pegang senjata lagi...memang guard ni mudah tapi anda fikirlah sendiri..

Jika nak berniaga mulakan 2 tahun sebelum anda bersara dengan membuat secara kecil-kecilan dan rajin-rajinlah ronda-ronda cari peluang yang terbaik seperti hubungi kawan-kawan lain yang telah berjaya dan jauhkan diri terlibat dengan SKIM CEPAT kaya..almaklumlah duit banyak ...baru dapat lepas bersara...tiada jalan yang mudah nak jadi kaya....kalau nak buat investment pun cari syarikat-syarikat yang sah berdaftar dan mempunyai lesen kewangan dengan suruhanjaya sekuriti Malaysia atau sewaktu denganya....atau buat fix deposit di Bank-bank yang memberi pulangan yang tinggi..namun saya sarankan anda jangan letakkan semua wang anda di bank....carilah satu tempat pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan pendapatan bulanan anda tapi perlu berhati-hati.

Setelah anda bersara...cepat-cepat daftarkan diri anda dengan Persatuan Bekas Perajurit kerana segala kemudahan ada disediakan untuk anda termasuk pembelajaran bagi anak-anak dan pemakluman situasi terkini dan kebajikan anda akan terjaga.

Jangan elakkan menghadiri kursus sampingan yang ditetapkan dan hadirilah ceramah-ceramah anjuran PERHEBAT untuk memotivasikan diri anda...Kajian menunjukkan pesara tentera hanya 30% sahaja yang berjaya menikmati kehidupan selesa setelah tamat perkhidmatan dan saya harap anda juga akan tergolong dalam golongan ini, insyallah.

Saya dah perhatikan ramai kegagalan dikalangan kawan-kawan kita menjalani kehidupan awam dan mereka terpaksa bekerja membawa lori dengan di perah keringat wal hal gaji yang diterima sekadar RM1000 ke RM1200 sahaja dan bekerja siang dan malam..namun saya tak salahkan mereka kerana itulah yang mampu mereka lakukan...tapi kenapa? ini berlaku...macam saya katakan tadi , tiada perancangan sempurna dan tiada perangan masa depan...perlu skot ingat...kehidupan ketenteraan hanya sementara kecuali bagi Pegawai-pegawai yang berkhidmat sehingga usia 56 tahun atau 57 tahun namun bagi LLP segalanya akan berakhir pada usia 40 tahun..

Pernah seorang kawan saya bekerja di kilang namun hanya dapat bertahan selama 2 bulan sahaja...mana tak nyer, kat situ segala Line Leader dan Bos semuanya baru berusia 20an dan 30an..justeru itu dapatkah skot terima arahan dari mereka sedangkan sebelum ni skotlah yang beri arahan dan hanya mengarah jer.

Cadangan terbaik dari saya buat skot skot semua sertailah bidang perniagaan kerana 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan walaupun mungkin pada peringkat awalan skot tidak akan perolehi pendapatan seperti yang saya jana kini namun dengan perlahan-lahan skot akan perolehi income yang pastinya skot tak jangkakan
kerana dengan kesungguhan dan iltizam ingin berjaya pastinya skot akan menempuh gerbang kejayaan dan skot akan bebas kewangan tanpa perlu runsing dalam meniti usia persaraan !!!!!

Ya memang benar bukan semua kita ada talent sebagai peniaga tetapi kita boleh asah bakat itu dan berkawanlah dengan seorang peniaga, walaupun menjual goreng pisang sekali pun ..itulah sumber rezeki kita dan pendapatan kita tanpa perlu menerima arahan dari orang lain, bayangkan lah dah 22 tahun skot terpaksa berkata..."Baik Tuan", "Yes Sir", " Saya akan laksanakan Tuan"..masih belum jemu-jemu lagi ke? jadi rancangkan agar kita jadi bos sendiri....pasti hebat kan! Jangan terkejut seorang Skot saya yang kini menetap di Kluang, Johor hanya menjual Goreng Pisang mampu menjana pendapatan antara RM4000 ke RM4500 sebulan...keluar berniaga jam 1 petang dan balik jam 6.30 petang...tak mahu ker anda jadi cam tu...

Warkah ini sebenarnya KHAS saya tujukan pada anggota Lain-ain Pangkat Sahaja (LLP) dan bukannya Pegawai. Bagi Pegawai Tentera mungkin mereka tidak akan alami masalah kerana usia persaraan mereka adalah 57 tahun so mereka akan tarik handbreak . hehe..:D

Bagi diri saya juga adalah pesara seperti anda dan pencen bulanan saya adalah sebanyak RM1500 sebulan namun sehingga sekarang ni saya tak pernah gunakan wang pencen tu dan saya hanya menggunakan wang hasil dari perniagaan online dan offline saya....pendapatan bulanan hasil perniagaan saya kini mencecah hampir RM15,000.00 sebulan dan saya dapat hidup dalam serba keselesaan dan bebas kewangan dan yang paling saya banggakan wang gratuiti dan tabung semasa bersara dahulu masih dalam amaun yang sama dan malah semakin bertambah dengan investment yang saya buat ....ini semua adalah kerana berkat perancangan saya yang teliti 2 tahun sebelum saya bersara.....bukan niat saya nak bermegah-megah tetapi saya ikhlas nak motivasikan skot skot semua agar pesara tentera akan di pandang tinggi dan disanjung oleh masyarakat sekaligus memartabatkan institusi Ketenteraan kerana bekas-bekas tentera berjaya dalam kehidupan dunia persaraan...

Akhir sekali nasihat saya buat anggota dan adik-adik yang masih berkhidmat...teruskan perkhidmatan anda sehingga bersara dan jangan berhenti sekerat jalan samada 13 tahun atau 15 tahun atau 18 tahun...teruskan sehingga 22 tahun dan anda akan nikmati pencen sebanyak 55%.kemudian rancanglah persaraan anda...saya doakan seluruh Pesara dan Bakal Pesara sentiasa di rahmati Allah dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat...amin
 
Sponsored Post

tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Ada ker askar askar yang baca ni:eek::eek:
 

tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Bukan senang nak senang:eek:
 

tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Aik mana gi geng geng askar ni:eek:
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
agi idup agi ngelaban...hhehehehehehe:)
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
askar bersara pangkat ape nih???
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
sempoi lar tesco..u r da best....
 
Last edited:

COMPACT V3000

Freshie
Joined
Nov 5, 2008
Messages
33
Reaction score
0
Points
6
kena menghadapi semua nie dgn penuh kesabaran
berdoa pd yg esa
semoga perjalanan hidup kita berjalan lancar
 
Sponsored Post
Top
Log in Register