BTC USD 37,768.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Waris mangsa tertimbus di Cameron Highland terima pampasan Perkeso

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,580
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,580
Reaction score
467
Points
91
Waris mangsa tertimbus di Cameron Highland terima pampasan Perkeso...
FB_IMG_1638801763949.jpg
FB_IMG_1638801765871.jpg
FB_IMG_1638801767880.jpg

Bagi Puan Nor Shahida Bt Saidin,31 thn rutin suaminya sebagai seorang Pemandu Lori yang perlu berulang alik dari dirumahnya di Kuala Kurau ke Cameron Highland adalah suatu pengorbanan yang harus beliau dan anak- anak terima memandangkan suaminya adalah tonggak keluarga bagi mencari rezeki.

Namun segalanya berubah apabila beliau mendapat berita bahawa suaminya telah terlibat dalam insiden tanah runtuh di Cameron Highland pada 2 Dis 2021. Allahyarham suaminya Muhammad Hafiz Bin Hamdi, 31 tahun yang sedang memandu lori telah terperangkap didalam lorinya ketika dalam perjalanan membawa bekalan sayur ke Ipoh. Allahyarham telah dibawa keluar dari tempat kejadian sekitar jam 1105 malam dan jenazah telah dibawa ke Hospital Ipoh bagi tujuan bedah siasat.

Jenazah kemudiannya telah dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kuala Kurau Perak pada petang Jumaat 3 Dis 2021. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak termasuk 2 orang anak hasil perkahwinannya terdahulu.

YB Dato Abdul Yunus Jamhari,Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Adun Kuala Kurau Perak telah menghubungi Skuad Perkeso Prihatin (SPP) Taiping bagi memaklumkan tentang kejadian dan maklumat waris yang boleh dihubungi. YB Dato sememangnya telah beberapa kali menyalurkan info-info kes setempat dan amat tahu peranan yang boleh diambil oleh SPP.

Pada hari ini, Pengurus Perkeso Taiping YM Tunku Shahrain Bin Tunku Salehan bersama YB Dato Abdul Yunus Bin Jamhari telah hadir ke rumah balu bagi menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2000. Didalam majlis penyerahan ini juga, Tuan Pengurus Perkeso Taiping juga telah memaklumkan bahawa balu adalah layak menerima pencen bulanan seumur hidupnya manakala bagi anak-anaknya sehingga mencapai umur 21 tahun.Pihak Perkeso Ipoh juga telah menghubungi majikan Allahyarham bagi segera melaporkan kes kemalangan dan ianya akan diproses dibawah Faedah Orang Tanggungan (FOT).
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Cepat je lulus klo kes dapat liputan. Jam tu jugak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register