BTC USD 62,665.6 Gold USD 2,378.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Vietnam maut dibelasah penduduk

Uzyr R

Super Active Member
Messages
7,750
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
KUCHING 3 Jan. - Akibat mabuk dan membuat kacau, seorang lelaki warga Vietnam maut manakala seorang rakannya parah setelah dibelasah oleh sekumpulan penduduk di Kampung Muara Tebas, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang setelah sekumpulan warga asing berkenaan menetak seorang penduduk sebelum itu.

Mangsa yang terbunuh ialah Dong Binh Minh, 25, manakala rakannya, Nguyen Phanh Hi, 42, cedera.

Ekoran daripada itu, polis telah memberkas 14 penduduk tempatan dan empat warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai nelayan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kejadian bermula apabila warga asing itu membuat kacau setelah minum minuman keras di kampung berkenaan.

Katanya, insiden itu menyebabkan penduduk tempatan berasa tidak selesa.

"Ekoran sikap warga asing itu, penduduk telah menghalau kumpulan tersebut supaya kembali ke kapal mereka di jeti berhampiran di Kampung Muara Tebas.

"Bagaimanapun, kumpulan warga Vietnam itu tidak berpuas hati lalu mengambil parang dan berpatah balik ke kampung itu.

"Mereka kemudian bertembung dengan seorang lelaki dan wanita yang dalam perjalanan ke masjid dan menyerangnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, lelaki berusia 55 tahun itu hampir putus tangannya setelah ditetak warga asing tersebut.

Katanya, kejadian itu disaksikan oleh penduduk kampung yang terus menyerang warga Vietnam terbabit lalu membelasah mereka sehingga parah.

"Pasukan polis tiba ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada pukul 6.47 petang.

"Lelaki tempatan yang cedera lengannya itu telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan manakala mayat warga Vietnam turut dihantar ke hospital yang sama bagi bedah siasat.

"Pada masa ini, pihak polis masih melakukan soal siasat terhadap mereka yang ditahan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Berderau darah aku bila baca berita ni..rasa mcm nk join je belasah diorg ni cukup2..:mad:
 
Sponsored Post

padan muka, kalau den, den hempuh biar hancur, dajai punyer org..
:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register