BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Malaysia antara cedera insiden letupan bom berhampiran balai polis di Pattani

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,296
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,296
Reaction score
1,430
Points
201
Warga Malaysia antara cedera insiden letupan bom berhampiran balai polis di Pattani


SEORANG warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi ini.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, kata Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.

“Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu.

Mangsa warga Malaysia itu ketika kejadian berada di dalam kereta sementara menunggu isterinya yang sedang membuat laporan kehilangan dokumen perjalanan di dalam balai polis berkenaan, katanya.

“Jarak kereta mangsa dari lokasi letupan hanya sekitar 10 meter, menyebabkan cermin kenderaan itu pecah akibat impak letupan,” kata Jeffery.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan, katanya.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki dalang kejadian,” katanya.

– BERNAMA


6064600157208559815_121.jpg

6064600157208559817_120.jpg

6064600157208559814_120.jpg

6064600157208559816_121.jpg

6064600157208559819_121.jpg

6064600157208559818_120.jpg

6064600157208559820_120.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register