Warga Korea main golf maut disambar petir

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini.

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

“Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke hospital,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
tu la degil .. hujan-hujan nak main..
 

emoney

Super Active Member
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
tu la degil .. hujan-hujan nak main..
Semua tu dah tersurat...cuma nak cari sabit jer tu..

Ptg smlm pun layan Permas GCC...hujan gaks.

Moga dijauhi menda-menda mcm nih. Amin..
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
dah takdir..sian dia..

ujan2 jgn le duduk kat tempat2 lapang camtu..duduk dalam umah je la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register