BTC USD 63,460.7 Gold USD 1,770.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Kanada ditemui mati tergantung di balkoni

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Warga Kanada berusia 48 tahun yang ditemui mati mati tergantung di balkoni


SUBANG JAYA - Penduduk sebuah kondominium di kawasan SS12 di sini gempar apabila seorang lelaki, warga asing, ditemui mati tergantung di luar bahagian balkoni tingkat 5, kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang juga seorang pensyarah sebuah kolej swasta di Subang Jaya sebelum itu dikatakan merayau-rayau di tingkat bawah kondominium sebelum mayatnya ditemui.

Mangsa, warga Kanada berusia 48 tahun juga dikatakan meninggalkan sekeping nota di rumahnya.

Dia dipercayai berhadapan dengan masalah cinta.

Difahamkan, mayat mangsa yang tergantung di tingkat lima pangsapuri itu ditemui penduduk yang tinggal berdepan dengan kediaman dihuni sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Katanya, mangsa ditemui sudah tidak bernyawa dengan leher dijerut dengan kain dipercayai langsir di luar beranda rumah yang disewa sejak empat tahun lalu.

Beliau berkata, rumah mangsa dikunci dari dalam namun segugus kunci ditemui di dalam kasut yang tersusun di depan pintu berkemungkinan untuk memudahkan pihak polis masuk ke dalam rumah mengambil mayatnya.

Menurutnya, pihak polis percaya perselisihan faham dengan teman wanita warga Canada berusia awal 30-an menjadi punca mangsa mengambil keputusan berkenaan.

“Mangsa yang sudah bercerai dengan isterinya di Canada tinggal seorang diri di apartment itu dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej sejak empat tahun lalu.

“Kita percaya mungkin berlaku perselisihan faham antara dia dan teman wanitanya berdasarkan tulisan nota ditinggalkan yang ditujukan kepada wanita itu. Mangsa meminta teman wanitanya tidak membangkitkan tindakannya dan tidak mengingatinya lagi,”katanya.

Yahaya berkata, sekeping lagi nota turut ditemui di atas meja makan dalam rumah berkenaan yang ditujukan kepada lima anak mangsa masing-masing tiga perempuan dan dua lelaki yang dikatakan menetap di Canada. Anak mangsa berusia antara 15 dan 20 tahun.

Katanya lagi, tiada laporan menunjukkan mangsa mempunyai masalah mental namun insiden menjurus kepada tekanan yang dialami daripada teman wanitanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah lain,kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,”katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/warga-kanada-ditemui-mati-tergantung-di-balkoni-1.81748
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
amik jalan pintas...
xpela kapir je pun...
 

sp00f3r

Active Member
Joined
Jun 19, 2012
Messages
1,581
Reaction score
80
Points
30
pensyarah yang punyai didikan tinggi pun nekad bunuh diri..
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,687
Reaction score
2,389
Points
201
GERENTI kekal dalam neraka.

Mati dalam kafir + bunuh diri.

Aduhai....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register