BTC USD 26,897.1 Gold USD 1,977.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas tolak isteri berkerusi roda ke dalam laut

Yallah

Active+ Member
Messages
3,002
Joined
Jun 21, 2021
Messages
3,002
Reaction score
409
Points
41
tolak-isteri.webp
SUSPEK menolak isterinya ke dalam laut kerana letih menjaganya. - Thaiger

Warga emas tolak isteri berkerusi roda ke dalam laut​

  • Oleh KOSMO!
  • 5 November 2022, 9:30 pm
TOKYO – Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 81 tahun kerana didakwa menolak isterinya yang berkerusi roda jatuh ke dalam laut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki tersebut, Hiroshi Fujiwara ditahan di bandar Oiso, wilayah Kanagawa. Menurut polis, suspek kemudian mengaku membunuh isterinya yang berusia 79 tahun.

Fujiwara berkata, dia berasa ‘letih’ menjaga isterinya kerana wanita itu telah menggunakan kerusi roda sejak 40 tahun lalu.

Menurut laman berita Japan Today, kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) Rabu lalu.

Menurut polis, Fujiwara telah membawa isterinya ke jeti, meletakannya di atas kerusi roda dan bersiar-siar selama beberapa minit sebelum menolaknya ke laut.

Warga emas itu kemudian memandu ke rumah anak sulungnya dan mengakui perbuatan tersebut.

Anak lelakinya menghubungi polis sebelum seorang nelayan mendakwa melihat mayat mangsa terapung di dalam air.

Berita tersebut mengejutkan penduduk Jepun, namun ramai mengatakan bahawa kejadian itu mendedahkan situasi sebenar yang dihadapi sebilangan warga emas di negara itu.

Oleh kerana ramai yang tidak mendapat bantuan, mereka akhirnya terpaksa menjaga pasangan yang juga warga emas.

Menurut sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Projek Borgen, Jepun mempunyai masyarakat yang semakin tua. Ditambah pula dengan jangka hayat yang panjang, ramai warga emas berhadapan dengan keadaan yang sukar. – Agensi

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
44,356
Top Poster #3
Joined
Jul 1, 2008
Messages
44,356
Reaction score
5,010
Points
481
Awards
1
Menurut sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Projek Borgen, Jepun mempunyai masyarakat yang semakin tua. Ditambah pula dengan jangka hayat yang panjang, ramai warga emas berhadapan dengan keadaan yang sukar.
------------------------
sihat sangat pon masalah...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register