BTC USD 26,804.4 Gold USD 1,960.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas rentung dalam kebakaran

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,003
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,003
Reaction score
588
Points
121
Warga emas rentung dalam kebakaran
FB_IMG_1673534961795.jpg
FB_IMG_1673534964143.jpg

PADANG BESAR – Seorang warga emas yang menghidap masalah mental ditemui maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa, Azizah Panjang Karim, 61, ditemui maut.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Mohd. Shokri Abdullah berkata, sepasukan bomba yang diketuai oleh seorang pegawai tiba di lokasi pada pukul 1.27 tengah hari.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.35 tengah hari dan hasil pemeriksaan anggota bomba menemui satu mayat wanita di sebuah bilik.

“Pihak bomba memaklumkan mangsa terbakar hampir 90 peratus manakala kediamannya terbakar 75 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shokri, siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri di dalam rumah ketika kebakaran berlaku.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan forensik pihak bomba dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar mengenai kejadian kebakaran dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa,” jelasnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Top
Log in Register