BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut dipanah petir

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
WhatsApp_Image_2019-11-13_at_8.41.14_AM_1573608773.jpg


MAMAT Junus ditemui meninggal dunia di kebunnya akibat dipanah petir di Kampung Matang, Kuala Berang. - Foto ihsan polis
KUALA BERANG: Keresahan seorang isteri selepas suaminya yang keluar ke kebun di Kampung Matang di sini, tidak pulang ke rumah terjawab apabila lelaki itu ditemui meninggal dunia di kebunnya akibat dipanah petir, semalam.

Mayat mangsa, Mamat Junus, 61, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya berusia 51 tahun yang ke kebun berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk mencari mangsa, selepas bimbang suaminya tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.25 petang memaklumkan penemuan mayat mangsa di kebun berkenaan.

“Sepasukan anggota dan pegawai kemudian segera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar ke kebun berhampiran rumah mereka sejak jam 7 pagi semalam, namun tidak pulang sehingga petang menyebabkan wanita itu bimbang.

“Dia kemudian ke kebun itu selepas solat Asar untuk mencari mangsa dan terkejut menemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat dipanah petir.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan cuaca sekarang dan elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang apabila berlaku petir bagi mengelak kejadian tidak diingini.


 
Back
Top
Log in Register