BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut, 5 cedera kemalangan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,287
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,287
Reaction score
1,665
Points
201
Warga emas maut, 5 cedera kemalangan
FB_IMG_1647752939156.jpg
FB_IMG_1647752941129.jpg

RENGGAM: Seorang wanita warga emas meninggal dunia manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan di sini kira-kira 1.30 awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata warga emas berusia 72 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

"Lori berkenaan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dan sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dinaiki enam orang telah melanggar belakang lori berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, seorang penumpang hadapan kereta wanita warga tempatan meninggal dunia akibat cedera teruk di kepala.

"Lima mangsa yang lain turut cedera dan dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang.

"Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafar daripada Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, berkata, sebuah jentera disertai enam anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada pada jam 12.36 tengah malam.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan.

"Terdapat lima mangsa yang berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak- kanak lelaki.

#BeritaHarian
 
KEMALANGAN | Warga Emas Maut, 5 Cedera

Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Renggam, dekat Kluang, Johor.

 
Back
Top
Log in Register