BTC USD 96,897.0 Gold USD 2,688.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Mati Melecur Selepas Disambar Api Dapur

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_11.1.jpg

YAHYA yang melecur teruk diberi rawatan kecemasan di Hospital Baling sebelum meninggal dunia semalam.

BALING - Dalam keadaan melecur akibat disambar api dapur di rumahnya di Kampung Telok Pandiat di sini, seorang lelaki warga emas terpaksa kuatkan semangat menunggang motosikal sejauh 500 untuk mendapat bantuan.

Sebaik sampai di sebuah rumah orang kampung yang sedang mengadakan kenduri kahwin, mangsa Yahya Che Matt, 56, dihantar ke Hospital Baling sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Bagaimanapun, sejurus selepas dirawat Yahya yang melecur hampir seluruh badannya meninggal dunia.

Isterinya, Basariah Ahmad, 46, berkata, kejadian pukul 9 pagi semalam itu berlaku semasa arwah suaminya dikatakan mahu memasak untuk makan tengah hari.

"Sebaik membuka dapur gas tersebut, api menyambar muka dan badannya," kata beliau.

Menurut beliau, semasa itu, beliau tiada di rumah kerana bekerja di sebuah sekolah tidak jauh dari rumah.

P/S: AL-FATIHAH.........
 
Sponsored Post

Al Fatihah

dulu kat bangi kes hampir serupa tapi yang tu penjual pisang goreng...tertumpah minyak panas masa gopoh apa tah...meningal lepas seminggu masuk spital
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register