BTC USD 61,420.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi basikal

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,740
Reaction score
425
Points
91
Warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi basikal
FB_IMG_1631881404435.jpg
FB_IMG_1631881407153.jpg

Sungai Petani: Lelaki warga emas ditemukan sudah tidak bernyawa di sebelah basikalnya di hadapan rumah kedai di Jalan Padang Temusu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 73 tahun ditemui dalam keadaan terduduk oleh penduduk pada 8.45 pagi dan kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, hasil maklumat daripada anak saudaranya dikatakan mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

Menurutnya, anak saudaranya juga memberitahu bahawa mangsa yang masih bujang dan bekerja sendiri selain mendapat bantuan orang ramai di sekitar kawasan terbabit.

"Siasatan kita juga mendapati mangsa adalah penagih dadah tegar dan lokasi penemuan mayat itu sudah disanitasi untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Pemeriksaan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan.

Anuar berkata, mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

#HarianMetro
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,868
Reaction score
21,826
Points
1,671
Apek cina ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906
#SungaiPetani Perkara itu dimaklumkan pihak Hospital Sultan Abdul Halim yang melakukan ujian saringan sebelum proses bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/.../warga-emas-ditemukan-maut...

Warga emas ditemukan maut di sisi basikal sah positif Covid-19​


1631888611920.png


Sungai Petani: Lelaki warga emas yang ditemukan maut dalam keadaan terduduk di sisi basikal miliknya di hadapan rumah kedai Jalan Padang Temusu, dekat sini, hari ini, disahkan positif Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, perkara itu dimaklumkan pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang melakukan ujian saringan sebelum proses bedah siasat.

"Ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap mangsa mendapati dia positif Covid-19 dan maklumat berkenaan disahkan pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, dalam kejadian 8.45 pagi, mangsa yang berusia 73 tahun ditemuikan tidak sedarkan diri oleh penduduk berhampiran yang kemudian menghubungi polis.

Hasil keterangan awal, anak saudaranya mendakwa mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

Mangsa yang masih bujang dan bekerja sendiri itu menjalani hidup hasil bantuan orang ramai sekitar kawasan terbabit.
Selain itu, siasatan polis juga mendapati mangsa adalah penagih tegar dan kes diklasfikasi sebagai mati mengejut.

Mayat kemudian dihantar ke HSAH untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat.
Berita berkaitan

Disiarkan pada: September 17, 2021 @ 8:07pm

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register