BTC USD 64,591.0 Gold USD 1,788.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas dibunuh selepas disamun

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BAHARU - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas lantai dalam bilik tidur rumahnya, dipercayai dibunuh, di Kampung Jebak, Jeram, Pasir Puteh hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mayat Wan Kalsom Wan Husin, 68, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepala oleh cucunya Nik Muhammad Irham Razali, 13 yang diminta mencari neneknya itu oleh ibunya Raja Zailah Raja Husin, 40.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa sebelum itu berada di rumah seorang daripada enam anaknya bagi menyediakan jamuan hari raya, namun kembali ke rumahnya untuk mengambil sudip kira-kira pukul 10 pagi.

Warga emas itu gagal kembali ke rumah anaknya menyebabkan ibu Nik Muhammad Irham meminta remaja berkenaan ke rumah neneknya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

"Dia mendapati tingkap dan pintu depan rumah neneknya berkunci, namun pintu belakang dalam keadaan terbuka. Nik Muhammad Irham kemudian menuju ke bilik neneknya yang terletak di bahagian dapur tetapi mendapati ia berkunci dari luar," katanya pada sidang media, di sini.

Mazlan berkata sebaik remaja itu membuka pintu bilik tersebut, dia mendapati neneknya berada dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati, ada kesan luka sepanjang 8 sentimeter dan 3 cm lebar di belakang kepala mangsa, selain luka di pipi kiri sepanjang 2 cm panjang dan 1 cm lebar," katanya.

Mazlan berkata siasatan mendapati suspek melakukan jenayah tersebut dengan tergesa-gesa kerana tidak menggeledah rumah dan hanya mengambil seutas gelang tangan bernilai kira-kira RM4,000 manakala cincin dan subang yang dipakai mangsa ditinggalkan.

"Kami percaya suspek mengekori mangsa ketika Wan Kalsom pulang ke rumahnya. Selain itu, mangsa juga dipercayai mengenali suspek berikutan tiada kesan pergelutan dalam rumah tersebut.

"Suspek juga dipercayai berasal dari kampung sama dan kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999 bagi membantu polis untuk mengesan suspek," katanya.

Sementara itu, di PASIR PUTEH, Raja Zailah ketika ditemui pemberita, berkata ibunya tidak mempunyai musuh dan aktiviti seharian ialah lebih banyak membaca al-Quran.

"Saya terkilan dengan kejadian ini, sebelum itu tiada apa-apa perubahan yang berlaku," kata Raja Zailah yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jeram. - Bernama
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
setiap hari ade kes jenayah...
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Jenayah semakin menjadi-jadi, kalau ye pun kenapalah dibunuh orang tua yang tak bersalah tu.
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
jahak molekkkkkkk... bakpe lah gi bunuh orang tua tu.. :((
 

silibug

Active Member
Joined
Nov 13, 2010
Messages
1,557
Reaction score
14
Points
25
kenapa ek jenayah byk berlaku kat malaysia?
silap pemimpin ke silap sape?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register