BTC USD 47,434.7 Gold USD 1,762.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Di Tahan Di Syaki "Rogol" Kambing Hingga Mati

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,278
Reaction score
4,144
Points
236
28.07.2021 - Shah Alam, Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol seekor kambing hingga menyebabkan haiwan terbabit mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Hulu Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang memaklumkan mendengar kambingnya mengeluarkan bunyi pelik dan melihat suspek yang dikenali itu dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri. Katanya, dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu wanita berusia 45 tahun itu juga mendapati kambing betina peliharaannya sudah mati.

"Susulan laporan polis yang diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek hari ini. Suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi tadi. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Tambahnya Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Jelas Arsad, suspek akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 kanun sama.

"Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat. Semakan mendapatu suspek mempunyai rekod lampau yang membabitkan kes jenayah. Berikutan penahanan suspek, kita percaya berjaya menyelesaikan kes ini, sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat," katanya.

Sebagai rekod jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, denda atau sebat. Bagi kesalahan melakukan kecuaian berkenaan dengan haiwan boleh dipenjara hingga tempoh enam bulan, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.​

1627464047444.png
 
Lelaki Seks Luar Tabii Dengan Kambing Di Tahan

29.07.2021 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki warga emas tergamak melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini, semalam. Kejadian disedari seorang wanita yang juga pemilik kambing terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas mendengar kambingnya yang berada di belakang rumah mengeluarkan bunyi pelik.

Dia kemudian keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum lelaki itu melarikan diri. Wanita berusia 45 tahun itu kemudian memeriksa keadaan kambing berkenaan dan didapati haiwan itu sudah mati. Dia kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Serendah, pada jam 6.24 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata susulan laporan polis yang diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek hari ini.

"Suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi tadi. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 kanun sama.

"Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat," katanya.

Berikutan penahanan suspek, Arsad percaya polis berjaya menyelesaikan kes ini, sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat.​

1627521396501.png

Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,754
Reaction score
850
Points
121
Gila ahh.. rogol kambing pun kena smpai 20 tahun.
Patut pun daus pesan suruh beli teddy bear kalau dah tak tahan.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,953
Reaction score
2,345
Points
201
Naya kambing nie jd mangsa
 

QIPIDELANA

Legendary Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,099
Reaction score
376
Points
146
Eh serious la..macam susah nak percaya benda ni jadi kat msia.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,056
Reaction score
2,774
Points
201
Sampai terberak kambing tu pakcik yunus bin hasan keje kan 😂
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,511
Reaction score
14,718
Points
1,906
aduhai pakcik, dengan kambing tu, ta tercapai dek akal ni
tapi dia pun ada rekod jenayah lampau
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,492
Reaction score
773
Points
121
Baru lepas layan dunlop aku rasa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register