BTC USD 37,864.9 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Bangladesh mungkin jadikan Sekinchan 'Cameron Highlands' kedua

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Warga Bangladesh mungkin jadikan Sekinchan 'Cameron Highlands' kedua​

AZMAN MAHMOOD

AZMAN MAHMOOD
Kuala Lumpur: Ganti Cameron Highlands. Itu antara faktor pemilihan kawasan sawah di sekitar Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor yang dijadikan kebun.

Hasil semakan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri (Mafi) mendapati, hasil daripada aktiviti kebun di sawah seperti didedahkan Harian Metro dijual ke pasar borong sekitar Lembah Klang.

Ia dikatakan lebih menjimatkan kerana pembekal tidak perlu mendapatkan sayur dari Cameron Highlands, Pahang seperti sebelum ini.

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Azman Mahmood berkata, menerusi maklumat diperoleh, mereka menggunakan rangkaian yang sama di Cameron Highlands untuk membekalkan sayur terutama di Kuala Lumpur di Selangor.

"Mereka sudah mula membekalkan sayur untuk pasaran Lembah Klang.

"Tak mustahil jika tidak dibendung, ia akan menjadi Cameron Higlands kedua," katanya.

Menurutnya, berdasarkan keadaan itu, tidak mustahil kebun 'skala besar' akan bertapak di kawasan sawah di negara ini.

"Ini isu yang besar kerana ia akan menjadi aktiviti ekonomi, tapi dikawal orang asing.

"Rantaian perniagaan yang akan digunakan sama seperti di Cameron Highlands, tapi mereka kini boleh jadikan Lembah Klang sebagai hub bekalan," katanya.

Laporan ekslusif Harian Metro mendedahkan mengenai sawah seluas 12 hektar di sekitar Sekinchan kini bertukar menjadi kebun yang diusahakan warga Bangladesh.

Pelbagai sayuran dan tanaman diusahakan seperti jagung, bendi, peria dan kekacang di atas sawah yang disewa.


Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Tanah dan Galian di seluruh negara berhubung perkara itu.

Ia membabitkan status sawah yang diusahakan warga Bangladesh itu serta tindakan yang boleh diambil.

"Kita mahu ia dikembalikan kepada sawah semula dan diusahakan sebaiknya.

"Perlu satu pendekatan bersama antara semua pihak terbabit supaya agenda agronomi ini diusahakan dan dinikmati oleh orang tempatan," katanya.
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Bangla rajin adalah keluarga kita hehe
Sampah tepi jln pun dia sapu 😂
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register