Warga Bangladesh Guna Nama Isteri Jual Ubat Seludup, Tiruan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
18.01.2021 - Kuala Lumpur, Taktik seorang lelaki warga Bangladesh selama lebih 10 tahun menggunakan nama isterinya seorang rakyat tempatan melakukan kerja-kerja terlarang di Ipoh, Perak akhirnya terbongkar baru-baru ini. Antara kerja terlarang itu termasuklah membawa masuk ubatan-ubatan import dari luar negara yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain menghasilkan produk tiruan.

Selain itu lelaki itu juga dikatakan menghasilkan rokok tiruan (chewing tobacco), akij beedi (curut) dari India serta menjualnya secara haram terutamanya untuk pelanggan warga India dan Bangladesh. Apa yang lebih membimbangkan, suspek juga terlibat dengan ubat tiruan muka seperti jenama terkenal yang mungkin membahayakan pengguna. Baru-baru ini sumber MalaysiaGazette mendedahkan sindiket didalangi lelaki itu berjaya dibongkar sebelum beberapa premis yang didaftarkan atas nama isterinya diserbu di Ipoh.

Tindakan telah dilakukan oleh Jabatan Kastam Malaysia bersama-sama Jabatan Kesihatan Perak menyerbu lima premis yang telah didaftarkan atas nama isterinya.

“Sekurang-kurangnya 15 produk seludup, tiruan, tanpa hologram dan nombor pendaftaran KKM telah disita ketika ini. Kes ini masih lagi dalam siasatan tetapi kita telah bertindak atas maklumat yang telah disalurkan kepada kita, buat pemantaun selepas mendapat aduan tidak kurang 60 hari, tunggu masa kemudian serbu. Lain-lain maklumat kita tidak boleh beri ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette turut diberikan beberapa keping gambar serbuan serta video operasi berkenaan yang turut menggegarkan penduduk setempat. Difahamkan pihak berkuasa ketika ini sedang giat mengesan kilang pemprosesan bahan-bahan tiruan itu manakala isteri kepadasuspek ditahan dan dilepasan dengan jaminan. 4720A7A3-EC2D-41C5-A79A-CF632E164EECTurut ditahan untuk siasatan beberapa lelaki warga asing ketika serbuan dilakuan namun status terhadap mereka belum dapat disahkan

Screenshot-3700.jpg



Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/01/18/warga-bangladesh-guna-nama-isteri-jual-ubat-seludup-tiruan/
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
Warga Bangladesh jual ubat tiruan, seludup bernilai RM14,000

4B7C6498-9CC9-4EA5-B0B6-8D806C17C5BA.jpeg


KUALA LUMPUR – Seorang warga Bangladesh mengambil kesempatan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjual ubat-ubatan serta barangan kosmetik tanpa kelulusan akhirnya memakan diri.

Suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan ketika sedang berlegar-legar memandu kereta Toyota Innova di sekitar ibu kota akhirnya dicekup polis minggu lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya turut merampas ubat tiruan, seludup serta barangan kosmetik lain yang tidak mendapat sebarang kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita bertindak selepas mendapat maklumat tentang aktiviti seumpama ini, hasil rampasan bernilai kira-kira RM14,000 dan siasatan mendapati suspek sudah aktif sejak tiga bulan ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Antara barangan dirampas ialah botol ubat batuk jenama Tusca Plus Expectorant (1006 botol), 10 paket paket herba kosmetik jenama Ratan Patti Zarda, 40 kotak ubat Oralsaline-N dan 191 botol minuman tenaga jenama ubat Ginsin–Plus.

“Semua ini tidak ada kelulusan KKM dan ada antaranya barangan seludup serta tiruan juga, kita buat tangkapan pada 19 Januari lepas dan suspek telah ditahan reman sehingga 2 Februari ini bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sambung Mohamad Zainal, siasatan polis telah selesai dan suspek akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 esok.

“Hukuman bagi pertuduhan pertama adalah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Hukuman bagi pertuduhan kedua pula denda tidak lebih daripada RM25,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal menyeru orang awam untuk segera tampil membantu dalam menyalurkan sebarang maklumat kegiatan pengedaran dan penjualan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan di sekitar daerah Dang Wangi.

Jika ada maklumat, orang awam boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

“Perbuatan seperti ini tidak akan sesekali dikompromi dan marilah kita bersama-sama bantu sesama sendiri perangi jenayah ubat-ubatan tiruan serta tidak mendapat kelulusan seperti ini kelak,” katanya.


== MalaysiaGazette
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
Banteras kegiatan warga Bangladesh jual ubat tiruan

07FACB32-2136-43FA-89C1-2D09C8BEF762.jpeg


KUALA LUMPUR – Beberapa minggu lalu timbul cerita warga Bangladesh menjual ubat tiruan selain menyeludup produk kosmetik di negara ini.

Malah seorang lelaki warga Bangladesh didakwa membawa masuk ubat-ubatan import dari luar negara secara tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain aktif menghasilkan ubat tiruan untuk pasaran negara ini.


Lelaki tersebut juga dikatakan menghasilkan rokok tiruan, curut dari India dan menjualnya secara haram kepada pelanggan warga India dan Bangladesh.

34A56890-8BDF-4CC5-99E9-D127A1E72DF6.jpeg


Menurut seorang sumber, pihak berkuasa perlu meletakkan noktah terhadap kegiatan haram itu.

“Bayangkan bagaimana ubat-ubat tiruan atau seludup ini dipasarkan kepada rakyat tempatan kita dengan harga jauh lebih murah.

“Ada yang tidak tahu apa-apa terus beli sahaja, ini sangat menakutkan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, beliau pasti terdapat cara warga Bangladesh itu dapat meloloskan diri untuk melakukan perbuatan tersebut dan ia perlu dihentikan segera.

Sumber itu percaya, warga Bangladesh tersebut akan mengambil kesempatan daripada pandemik Covid-19.
“Kita tidak ada isu jika negara ini adalah lubuk rezeki secara halal, tapi janganlah cuba lakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang selain membahayakan rakyat kita, jangan sehingga tergadai ke tahap itu,” katanya.


== MalaysiaGazette
 
Sponsored Post
Top
Log in Register