BTC USD 96,465.6 Gold USD 2,701.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Bangladesh cuba rogol wanita mabuk, rakannya didakwa rogol mangsa sama

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Lelaki cuba rogol wanita mabuk, rakannya didakwa rogol mangsa sama


Dua pekerja asing yang menaiki kereta api terakhir pulang ke asrama pekerja mereka terserempak dengan seorang wanita yang sedang mabuk semasa dalam perjalanan, dan memutuskan untuk membawanya bersama mereka selepas kereta api berhenti di stesen Tuas West Road.

Seorang daripanya, Alam Foysal, 38, membimbing wanita itu keluar daripada kereta api, kemudian membawanya dari stesen MRT ke padang berumput di bawah jejambat Tuas, di mana dia didakwa merogolnya.

Rakannya, Ahmed Rayhan, 32, mengekori rapat di belakang Alam dan mangsa. Dia kemudian cuba merogol mangsa, tetapi tidak berhasil setelah beberapa kali mencuba.

Mangsa berusia 32 tahun itu akhirnya ditemui oleh seorang yang lalu lalang dalam perjalanan ke tempat kerja keesokan paginya.

Alam dan Ahmed, yang merupakan warga Bangladesh, telah ditangkap pada hari yang sama, selepas polis mengesahkan identiti mereka daripada rakaman kamera pengawasan.

Pada 18 Oktober, Ahmed dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan sembilan sebatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan merogol.

Dua lagi pertuduhan berkaitan mangsa yang sama, satu bagi serangan seksual melalui penembusan dan satu untuk mencabul kehormatan, telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Kes Alam masih belum selesai di mahkamah.

Kejadian berlaku antara 12.30 pagi dengan 2.20 pagi pada 8 Mac 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Michelle Tay memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kedua-dua lelaki bekerja sebagai pengimpal dalam projek berkaitan pembinaan yang sama dan tinggal di asrama yang sama.

Pada petang 7 Mac 2022, kedua-dua lelaki itu bertemu rakan mereka untuk minum.

Pada tengah malam itu, Alam dan Ahmed menaiki kereta api di stesen MRT Chinese Garden untuk pulang ke asrama mereka.

Semasa dalam perjalanan, mereka menyedari mangsa yang berada di dalam gerabak kereta api di sebelah mereka.

Beliau dalam keadaan sangat mabuk dan berkelakuan tidak menentu – mundar-mandir di gerabak kereta api, terduduk di atas lantai dan kemudian berdiri.

Kedua-dua lelaki itu mendekatinya dan cuba memulakan perbualan, tetapi perbualannya tidak jelas dan beliau tidak menjawab soalan mereka.

Apabila kereta api tiba di stesen Tuas West Road kira-kira jam 12.30 pagi, mereka memutuskan untuk membawanya bersama mereka.

Alam memberitahu kakitangan stesen MRT itu bahawa dia dan Ahmed bertemu mangsa di dalam kereta api, beliau tinggal berdekatan dan mereka ingin membawanya pulang.

Pendakwa raya berkata Ahmed kemudian menyedari bahawa Alam berniat untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sana.

Pendakwa raya berkata, selepas menyaksikan Alam merogol mangsa, Ahmed memutuskan untuk melakukan perkara sama. Tetapi dia tidak dapat berbuat demikian dan menarik diri setelah mencuba beberapa kali.

Berikutan percubaan Ahmed yang gagal, Alam merogol wanita itu buat kali kedua, kata pendakwa raya.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya menaiki teksi pulang ke asrama mereka.

Kira-kira 7.10 pagi, seorang warga negara China berbasikal melepasi padang ternampak mangsa meringkuk di atas tanah, sebahagiannya tidak berpakaian dan berdarah di kepala. Beliau menelefon polis.

Ahmed ditahan pada 6.20 petang, manakala Alam ditahan pada pukul 7.05 malam pada hari yang sama.

Pendakwa raya berkata, air mani Alam ditemui pada beberapa swab yang diambil daripada badan mangsa.

DNA Alam ditemui pada swab yang diambil daripada seluar dalam mangsa, manakala DNA mangsa ditemui pada bahagian dalam seluar jeans yang dipakai Ahmed.

Ahmed pada mulanya didakwa merogol. Ini telah dipinda kepada cubaan merogol selepas pertuduhan terhadapnya dimuktamadkan pada 16 Ogos 2023, mahkamah diberitahu.

Pendakwa raya menuntut penjara lapan hingga 10 tahun dan enam sebatan, dengan mengatakan bahawa Ahmed tahu mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk membenarkan perbuatan seksual dan mengambil kesempatan daripada keadaan mangsa yang tidak berdaya.

Peguam Ahmed, Encik Mahadevan Lukshumayeh, berkata anak guamnya “membuat kesilapan terbesar dalam hidupnya” apabila dia tunduk kepada godaan selepas melihat apa yang berlaku di depan matanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register